Pages

Saturday, March 19, 2011

Kedai Runcit Itu

Kat tempat aku ada empat buah kedai runcit dalam deretan yang sama. Semua kedai orang Islam. Cumanya tiga kedai Melayu, satu tu Mamak's.

Aku cukup tak puas hati dengan kedai-kedai Melayu ni. Muka ketat jangan cakaplah. Susunan barang tak ada sistem. Barangan expired pun kadang-kadang ada.

Yang paling tak tahan, kita sebagai pelanggan dilayan macam pergi kedai depa nak ambik barang free; tak nak bayar. WTH betoi la. Baru jadi cashier dah belagak macam akauntan Bank Negara (aku rasa akauntan Bank Negara pun tak belagak macam cashier ni).

Aku tak salahkan tuan punya kedai sebab sepanjang pemerhatian aku depa ni memang sopan dan pandai melayan pelanggan. Masalahnya dengan pekerja-pekerja tuan punya kedai yang belagak macam share depa dalam kedai 90%. Pada pendapat aku semua pekerja ni kena hantar kursus; Kursus Melayan Pelanggan, Kursus Sopan Santun dan pelekat poster besar-besar dalam kedai Kami Tak Nak Kerek.

Yang tetap best kedai Mamak's. Walaupun kecik, padat dengan barang, barang baru selalu, tak dak expired. Kalau beli telur pun, telur kuning terletak cantik dan berkilat. Kalau kedai-kedai lain tu, beli telur, pecahkan, dah tak tahu beza mana putih telur, mana kuning telur.

Mamak's juga pandai layan pelanggan. Cepat-cepat hulurkan bantuan kalau barang yang dicari tak jumpa. Kalau kedai-kedai itu, baru tanya dah kena tenung macam "Eh, hang ni buta ka apa? Barang macam tu pun tak nampak!!".

Masa pembayaran pun cepat walaupun ramai orang beratur. Kalau kedai-kedai itu, harap saja buka dua kaunter, time nak bayar rasa menyampah bila orang belakang dok himpit-himpit sampai tergesel barang depa ke punggung kita.

Kesimpulannya, dalam urusan perniaagaan Mamak's juga the best. Orang Melayu ni memang hampehla. Err ini pandangan aku untuk kedai-kedai di tempat aku saja. Hehe.

4 comments:

Insan Marhaen said...

kat kat taman IM ni layanan, ok. cuma barang berselerak tu la... poor 5S. kadang kadang barang belambak atas lantai. kampit dan pecah pun ada.

sebab itu IM lebih suka beli kat mini market. tapi tu la.... cina juga untung!

Ariff Budiman said...

Kadang2 pakjang pun heran juga. Depa ni ada share ka sama dalam kedai. Nasib le ambil pekerja melayu yang terover perasaan

bearcat said...

IM,
Sebab kat taman tu tak dak saingan daripada Mamak's. Tu yang Cina gak untung hehe.

Paknjang,
Memang depa terover perasan. Rasa macam glamer sangat kot bila keja kat kedai ni...sabaq sajalah.

Insan Marhaen said...

tkasih singgah dan komen n3... BLOGGER JH.

lama tak kemaskini blog? tak ada ruang citcat, sebab itu IM komen di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...