Pages

Saturday, April 16, 2011

Amanah : versi nak marah.

Dah lama aku tak update blog. Sibuk. Balik kerja, pukul 9 malam kami sekeluarga sudah dibuai mimpi. Esoknya, seawal 5 pagi aku sudah perlu bangun dan bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

Aku juga nak bercerita tentang amanah; macam yang Pak Njang cerita dalam blognya. Sebut senang, AMANAH. Nak melaksanakannya, ramai yang failed tanpa kita sedari.

Tiga minggu lepas adalah hari yang betul-betul menguji kesabaranku. Apalagi kalau bukan kerana staf yang paling aku 'sayang' tu.

Sebenarnya dah lama jugak aku tak buat spotcheck di waktu cuti untuk pantau staf-staf yang buat OT. Yalah, aku pun berteraskan kepercayaan terhadap depa. Kalau aku jadi depa pun mesti rimas kalau sat-sat kena spotcheck dengan bos. Macam orang dah tak percaya kepada kita.

Tapi hari Sabtu tu, aku turun ofis. Wohoho! Tak ada manusia. Semuanya haiwan sahaja. Yang anehnya, dalam buku catatan kehadiran, ada tercatat makhluk yang bekerja hari itu. Halimunan kot. Aku tunggu sampai waktu OT tamat. Sekonyong-konyongnya datanglah seorang makhluk dengan muka dah pucat toreh tak berdarah. Senyum pun serba tak kena tengok aku tercegat di depan pintu masuk utama.

Dia cuba berbasa basi dengan aku. Aku buat muka stern. Sambil senyum sinis. Ni keja hang no. Dulu aku dah tangkap sekali. Aku dok cakap sorang-sorang dalam hati.

Esoknya aku call ofis. Tak laratla tiap-tiap hari nak pi ofis. Dapat tangkap lagi. Makhluk tu tak mai OT lagi. Bila check Isnin, buku kehadiran dah siap ditulis dari hari Sabtu rupanya. Aku dah nak jadi gorila (saiz memang dah macam gorila).

Akhirnya bos besar yang turun spot check minggu berikutnya. Ambik hang. Dia menipu lagi. Kali ni tak dak nak kesian-kesian lagi. Surat amaran pertama dikeluarkan.

Punya kuang ajaq, aku bagi surat pada dia, dia mai balik letak surat sambil buat muka toya tak nak isi. Ooo nak test aku ya.

Maka muka aku pun bertukar merah, badan menjadi lebih besar daripada biasa. Tipu ja.

First time dia tengok aku marah. Ha, ambik. Ingat aku macam lembut, boleh pijak-pijak ya. Mementang hang tu lelaki. Barulah dia slow down, dan minta maaf terus isi borang tu.

Macam siol. Suami sapalah ni ha!!!.
Kesian bini dan anak-anak dia. Selama ni diberi makan duit haram. Titik.

5 comments:

pulasan007 said...

kasi dia makan itu kasut juga...hehe...ramai 'org kita' dok wat perangai lagu ni...kat spital pon ada gak...cek2 tgk ada kat luar tgh isap rokok la..ada lg bes,mkn kt mamak.time keja tu...makan lak mau sejam lebih...mmg betuah.

Bearcat said...

Ya betul pulasan. Menyedihkan. Ini bukan setakat kes keluar makan sampai berjam-jam. Ada tu tipu claim OT sampai beribu dan boleh buat duit muka nak beli kereta Honda sebijik! Bayangkanlah seorang pegawai pun gaji takkan dapat mencecah sebanyak claim OT yang depa buat sebulan.
Astaghfirullahalazim.....patutla ramai orang Islam la ni hancuq! Mak bapak dok suap duit haram dalam mulut anak-anak.

hentian said...

nasib baik staf IM dulu semuanya bagus-bagus.

tak perlu IM jadi gorilla sebab IM tak ada ilmu boleh tukaq-tukaq spesis nih!

Ariff Budiman said...

Dulu ramai juga tempat pakjang buat macam tu. Boss pandai dia mai buat lawatan mengejut. apalagi bila depa tau ramai yang datang bawa keluarga beri alasan itu dan ini. Tapi dalam buku dah tulis siap ot. Start hari tu no more ot pada depa. Jenih juga gigit kuku selama 1 tahun.

Bearcat said...

IM, baguslah macam tu. Sebab IM keja private, depa memang kena jaga keja. Salah sikit kena terminate. Ni keja kerajaan, paham-paham ja lah.

Paknjang, masalahnya bila G tak bagi depa buat OT dah, mai merayu-rayu dengan muka sedih sangat-sangat. Kata ada masalah kewanganlah bla bla bla. Tapi no more this time. Sekali lagi ja tertangkap, silalah OT di rumah tolong bini basuh periuk belanga hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...