Pages

Friday, February 26, 2010

Siong

Tengok tak cerita ni?
Aku tak tengok.
Cuma tengok sedutannya di tv.

Darah aku tersirap.
Bulu roma meremang.
Gambit Saifullah yang melakonkan watak hantu bermuka putih tepung, bersiung dan menghisap darah.

Nak tahu tak?
4 tahun lepas masa aku terganggu, makhluk yang wajahnya serupa inilah yang sering hadir di sisiku.
Memujuk aku untuk bertemankan dia.
Menghulurkan tangan untuk aku di bawa ke alamnya.

Serius, aku tak menipu.
Aku pernah ceritakannya pada abg.
Sampai aku jadi gentar bila bersendirian di rumah.
Dia pasti akan datang memujuk.

Aku tak pernah bermimpi kerana dia hadir dalam sedar, waktu siang dan malam.
Beza cuma matanya merah.

Siapa penulis cerita Siong tu?
Aku nak sangat tahu.
Mungkin watak tersebut terhasil daripada pengalaman sebenar penulis.
Misteri.

(aku cuba google muka hantu tu tapi tak dapat).

2 comments:

Anonymous said...

seramlah bila awak cerita macamtu..

bearcat said...

Lebih seram kalau pelakon tu tahu muka dia memang serupa dengan muka hantu tu...ish.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...