Tadi aku berbual dengan adik yang bekerja sama tempat denganku. Sesi meluahkan perasaanlah ni.
Bila aku dengar luahan hatinya, aku teringat zaman aku remaja dan solo dulu. Macam serupa sangat dengan adik ni.
Adik ni claim dia rasa rendah diri, rasa kurang segala-galanya berbanding dengan orang lain. Umur masih muda, awal 20-an. Masih solo.
Memang, aku faham perasaannya. Bila dia pandang sekeliling, ramai teman-teman dah berpunya dan ada yang dah berkahwin. Tentu dia rasa kekurangan. Dia tak ada sesiapa. Banyak masa dihabiskan dengan keluarga.
Orangnya cantik, putih gebu. Mempunyai seraut wajah yang manis. Sikap yang sopan dan agak pemalu. Setiap gerak-gerinya terjaga. Dia tidak terus menyahut sembarangan orang yang cuba berkawan dengannya. Aku faham, sangat faham.
Dia bukan mahu berkasih-kasihan. Kalau boleh dia mahu terus dapatkan seorang calon suami yang soleh dan boleh menjadi ketua rumahtangga yang baik. Tapi dia malu dan tak tahu bagaimana mahu memulakannya.
Nasihatku pada dia, jangan putus berdoa. Allah itu Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Penyayang. InsyaAllah pasti akan tertunai hajatnya nanti.
Aku sendiri mengalaminya. Aku hanya mampu berdoa dan berserah. Aku tak ada daya upaya. Dan tanpa disangka, Allah 'hantar'kan suami 'direct' terus pada aku. Orang yang tak pernah ku kenal sebelum ini. Dalam masa yang singkat, akhirnya kami berkahwin.
Aku doakan dia juga akan menemukan kebahagiaan yang dicari-carinya. Pinta adik ini, doakan dia setiap kali aku selesai solat. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment