Pages

Wednesday, October 21, 2009

Menanti Keajaiban Itu

Mungkin ini dugaan buat aku. Allah berikan kebahagiaan dan Allah juga berikan aku kedukaan pada masa yang sama. Walaupun semuanya belum pasti, tapi apa yang aku lihat agak kabur masa depan kerjayaku.

Alhamdulillah. Apa lagi yang dapat aku katakan. Rezeki itu Allah yang menentukannya. Aku selalu bersangka baik, Allah lebih mengetahu apa yang terbaik untukku.

Aku kasihankan Abg. Kalau kerjaya aku 'terbang', mesti bebanannya bertambah. Nasibku baik sebab keretaku akan habis dibayar 3 bulan lagi. Lega rasa hati.

Bila pandang Mak, aku sedih kembali. Aku dah tak mampu lagi mahu hulurkan bantuan kepada Mak. Semuanya terpaksa aku harapkan pada Abg.

Di saat-saat ini, aku benar-benar terasa lemah. Tapi sedikit pun aku tak menyesal meletakkan jawatan sebelum ini sedangkan aku dah di tahap selesa ketika itu. Hidup ini perlu pengorbanan dan itu adalah salah satu pengorbanan yang aku buat untuk dapatkan kebahagiaan yang satu ini.

Di kala ini aku masih berharap ada keajaiban yang berlaku. InsyaAllah, jika masih ada rezekiku di situ. Tahun 2010 aku nantikan dengan penuh debaran.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...