Pages

Sunday, June 29, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa seribu rahmat dan kebaikan buat kita di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, si kecik Iman pun dah mula memahami maksud puasa; bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang serta tidak disukai Allah.

Hari ni nak pi melawat seorang sedara. Dah lama depa kahwin, baru dapat anak. Aku turut rasa gembira dan bersyukur. Aku tahu macam mana perasaan depa.

Selamat Datang Ya Ramadhan :-)

Thursday, June 26, 2014

Spaghetti Goreng Isi Kepah


Isi kepah yang aku beli di Tanjung Dawai masih tak terusik pun. Balik dari kerja terus aku masak Spaghetti Goreng Isi Kepah.

Sekarang ni kami sekeluarga lebih suka makan spaghetti berbanding dengan mee kuning. Mee kuning kan tak elok untuk kesihatan. Sampaikan kalau buat Mee Kuah pun aku tukar guna spaghetti. Kalau ikut tekak aku, rasa spaghetti lebih sedap berbanding mee kuning.

Spaghetti yang aku masak ni tak pedas. Sesuailah untuk dimakan oleh kanak-kanak. Kalau yang rasa nak pedas, bolehlah tambahkan lada hitam atau cili padi potong.

Walaupun nampak plain, tapi rasanya sedap. Kalau tidak taklah Abg bertambah sampai dua kali hehe.


Tuesday, June 24, 2014

Teknik Memasak Lokan


Aku sangat suka makan lokan. Kali pertama aku kenal dengan si lokan masa tu di Terengganu. Walaupun aku ni asal dari kampung yang dekat dengan kuala sungai, aku tak pernah tengok lokan.

Masa tu Abg ikut jalan pantai untuk balik ke kampung. Di tepi-tepi kuala aku nampak banyak gerai jual siput besar longgok-longgok. Oh! Lepas tu baru aku tahu siput besar tu namanya Lokan hehe.

Aku mintak Abg stop untuk tengok dan beli. Aku teringin nak makan. Abg kata kalau kat sana orang bukannya makan sangat lokan ni. Laaa...ruginya. Abg kata rasa lokan ni masin dan silap haribulan banyak pasir.

Ok takpa, kita try dulu ye...

Akhirnya kami angkut dua bungkus besar lokan. Murah ja...tak ingat berapa ringgit.
Malam tu lepas dah cuci bersih-bersih, kami pun mulakan projek membakar lokan di atas arang. Acara bakar-membakar ni berlaku di rumah Makndak di Selising. Sambil bakar sambil makan cicah dengan sos cili Thai. Uh! Sedap. Manis

Semenjak hari tu aku tidak menoleh ke belakang lagi bila melihat lokan di tepi jalan kah kah. Mesti angkut punya.


Kemarin aku pi Tanjung Dawai. Nampak lokan dan kepah. Apa lagi...angkut berplastik-plastik. Aku beli sama kepah untuk Paknjang dan Maklang.

Ok...dah panjang merepek meraban. Mai aku tunjuk cara nak masak lokan bagi yang first time nak cuba masak.

Cara-caranya ialah :
1. Lokan yang baru dibeli jangan letak dalam peti sejuk.

2. Masukkan lokan ke dalam besen/bekas.

3. Masukkan air dan cili kering atau cili padi yang dah dipotong-potong. Gaul. Biar seketika.

4. Method no.3 tu akan buatkan lokan memuntahkan pasir-pasir yang ada dalam mulutnya. (Mulutnya???)

5. Kemudian bersihkan lokan bersih-bersih. Kadang-kadang bila mai time terlebih rajin, aku tonyoh kulit lokan ni dengan penyental periuk sampai berkilat haha.

6. Letakkan lokan di dalam kuali. Tak perlu letak air atau garam. Lokan dah original masin. Lokan juga akan keluarkan air yang banyak masa dimasak. Tutup kuali. Nyalakan api dapur.




7. Sat jer...pastu lokan ni akan ternganga. Ini menunjukkan lokan dah masak...mati ternganga (eeeeiiiww). Yang tak ternganga tu toksah dok ambik. Selalunya itu lokan yang dah mati awai dan isinya rosak.


8. Keluarkanlah isi lokan tu. Pastu bolehlah nak masak ikut resepi yang korang suka.


9. Nak makan terus pun boleh. Sedap dicicah sos cili Thai atau sambal kicap...nyum nyum.

10. Lokan ni dah sedia masin dan manis. Tak perlu letak gula dan garam lagi. Kalau nak masak lain resepi tu lainlah ceritanya.


Ok, enjoy the lokan ;)

Saturday, June 7, 2014

Sunset di Pantai Malindo

Subhanallah...keindahan matahari terbenam di Pantai Malindo, Balik Pulau.







Friday, June 6, 2014

Demam. Hari Keluarga.

Kelmarin dulu aku demam mengejut. Tak taulah sebab apa. Dok elok-elok tiba-tiba badan jadi seram sejuk. Lepas tu dah start menggigil. Hari ni pun rasa ting tong lagi. Maybe faktor cuaca dan aku yang kurang minum air.

La ni aku macam malas minum air especially kat ofis. Ofis tengah renovate. Kalau aku minum banyak air nanti keja nak pi toilet. Rasa terganggu nak keluar masuk ofis dengan orang sibuk dok pasang itu ini kat kawasan luar.

Oh yaalhamdulillah. Aku dah terima dua orang staf baru. Masih muda...lingkungan 20 an. Setakat ni depa memang boleh buat kerja. Yang sorang tu macam culas dan kalut sikit. Tapi lepas sebulan nampaknya aku dapat tangani dia. Cuma kena dok peringat setiap masa. Aku mintak staf-staf senior pun tolong peringat kat dia tu. Seronok pulak tengok depa boleh buat kerja sama-sama, makan dan bergelak bersama walaupun dua orang staf senior tu taraf bapak dah kat staf baru ni.

La ni aku dok tunggu staf sorang lagi. Berdebar jugak. Doanya dapat staf yang bagus. Sebab bila banyak kerja di ofis dan staf pulak buat perangai, memang penat nak handle. Tapi la ni nampaknya HR dah buka mata...depa baru nampak yang keperluan staf kat tempat aku ni bukan boleh orang yang main-main dan curi tulang. Abih semua operasi tak jalan dan kesannya pada penyelidik dan pelajar jugak. 

Sepatutnya hari ni aku dah bertolak ke Kelantan untuk Hari Keluarga. Hari Keluarga akan bermula esok. Tapi tu la...kita hanya mampu merancang, Allah jugak yang menentukannya. Selain aku demam, Abg pulak tak dibenarkan bercuti sebab ada problem kena solve di ofis dia. Aku jangka memang problem besar sebab Director siap nak refund jika Abg beli tiket flight untuk ke mana-mana untuk bercuti. Takpalah. Nak buat macam mana. Pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kami.

Esok kalau sempat kami akan meluncur laju ke Kelantan. Kesian Iman. Aku awal-awal dah bagitau pasai Hari Keluarga ni pada dia. Apa lagi...si kecik ni memang excited abih. Dia kan anak tunggal...bila ada majlis yang melibatkan ramai ahli keluarga yang lain dia memang excited. Kesian pulak aku tengok Iman.

Hari ni aku nak berehat puas-puas. Semoga esoknya aku akan sihat, insyaAllah. Hadiah-hadiah untuk Hari Keluarga aku dah 'pos' melalui Pakngah dan Makngah yang bertolak ke Kelantan pagi ni. In case kami tak dapat pi jugak esok, hadiah akan sampai dengan selamat he he.

Nak pi packing barang dan baju semula. Semalam frust punya pasai aku dah tinggal baju tak masuk dalam beg. Baju-baju Iman ja dah selamat aku packing. Semoga esok kami selamat sampai ke Kelantan, insyaAllah :)

Macam ni lah rupa Iman bila dia excited 

p/s : Iman baru bangun dari tidoq. Terus dia nangis takut tengok aku dok menaip dengan muka yang ditepek bedak serbuk ha ha.

Wednesday, June 4, 2014

Bila Toknjang Melompat

Suatu petang di rumah Toksu QK.
Toknjang WN dan Iman dah buat lompatan di tepi bendang.
Haha...dahsyat jugak Toknjang. Masih boleh melompat dengan tinggi.

Ok...Iman lompat dulu.

Jom lompat sama-sama.

Lompat lagi tinggi! Haha.

Penat melompat, Toksu GQ suapkan isi nyoq :)