Kelmarin dulu aku demam mengejut. Tak taulah sebab apa. Dok elok-elok tiba-tiba badan jadi seram sejuk. Lepas tu dah start menggigil. Hari ni pun rasa ting tong lagi. Maybe faktor cuaca dan aku yang kurang minum air.
La ni aku macam malas minum air especially kat ofis. Ofis tengah renovate. Kalau aku minum banyak air nanti keja nak pi toilet. Rasa terganggu nak keluar masuk ofis dengan orang sibuk dok pasang itu ini kat kawasan luar.
Oh ya, alhamdulillah. Aku dah terima dua orang staf baru. Masih muda...lingkungan 20 an. Setakat ni depa memang boleh buat kerja. Yang sorang tu macam culas dan kalut sikit. Tapi lepas sebulan nampaknya aku dapat tangani dia. Cuma kena dok peringat setiap masa. Aku mintak staf-staf senior pun tolong peringat kat dia tu. Seronok pulak tengok depa boleh buat kerja sama-sama, makan dan bergelak bersama walaupun dua orang staf senior tu taraf bapak dah kat staf baru ni.
La ni aku dok tunggu staf sorang lagi. Berdebar jugak. Doanya dapat staf yang bagus. Sebab bila banyak kerja di ofis dan staf pulak buat perangai, memang penat nak handle. Tapi la ni nampaknya HR dah buka mata...depa baru nampak yang keperluan staf kat tempat aku ni bukan boleh orang yang main-main dan curi tulang. Abih semua operasi tak jalan dan kesannya pada penyelidik dan pelajar jugak.
Sepatutnya hari ni aku dah bertolak ke Kelantan untuk Hari Keluarga. Hari Keluarga akan bermula esok. Tapi tu la...kita hanya mampu merancang, Allah jugak yang menentukannya. Selain aku demam, Abg pulak tak dibenarkan bercuti sebab ada problem kena solve di ofis dia. Aku jangka memang problem besar sebab Director siap nak refund jika Abg beli tiket flight untuk ke mana-mana untuk bercuti. Takpalah. Nak buat macam mana. Pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kami.
Esok kalau sempat kami akan meluncur laju ke Kelantan. Kesian Iman. Aku awal-awal dah bagitau pasai Hari Keluarga ni pada dia. Apa lagi...si kecik ni memang excited abih. Dia kan anak tunggal...bila ada majlis yang melibatkan ramai ahli keluarga yang lain dia memang excited. Kesian pulak aku tengok Iman.
Hari ni aku nak berehat puas-puas. Semoga esoknya aku akan sihat, insyaAllah. Hadiah-hadiah untuk Hari Keluarga aku dah 'pos' melalui Pakngah dan Makngah yang bertolak ke Kelantan pagi ni. In case kami tak dapat pi jugak esok, hadiah akan sampai dengan selamat he he.
Nak pi packing barang dan baju semula. Semalam frust punya pasai aku dah tinggal baju tak masuk dalam beg. Baju-baju Iman ja dah selamat aku packing. Semoga esok kami selamat sampai ke Kelantan, insyaAllah :)
Macam ni lah rupa Iman bila dia excited
p/s : Iman baru bangun dari tidoq. Terus dia nangis takut tengok aku dok menaip dengan muka yang ditepek bedak serbuk ha ha.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk respons anda :)