Pages

Friday, October 10, 2014

Kerja

Aku tersentuh dengan kata-kata seorang ustaz. Di mana kita bekerja sebenarnya telah ditentukan oleh Allah dengan tujuan kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita di situ.
 
Bila aku stress dengan pekerjaan aku, aku akan ingat kembali kata-kata ustaz tersebut. Allah tak akan letak kita di suatu tempat tanpa tujuan. Pasti ada sebab-musababnya kita di situ. Sama ada kita yang akan jadi agen perubahan atau kita yang perlu berubah ke arah yang lebih baik.
 
Walaupun letih, stress dan kadang-kadang migrain, aku terus bersabar dan banyak-banyak beristighfar. Ada sesuatu yang perlu aku ubah dan berubah.
 
Tak ada pekerjaan di dalam dunia ini yang mudah. Walaupun kita sering mebandingkan pekerjaan kita dengan pekerjaan orang lain yang kita sangkakan mudah dan hebat. Kita tidak menjerumuskan diri dalam bidang tersebut maka tak perlu banyak berkata-kata. Kadang-kadang apa yang dilihat oleh mata tidak sama dengan apa yang berlaku sebenarnya.
 
Ini cabaran untuk aku yang terpaksa menyelia lelaki-lelaki hardcore. Walaupun ada masa air mata mengalir juga tapi aku sama sekali takkan mengalah. Mereka cuma lelaki-lelaki hardcore. Aku ada Allah yang lebih hebat daripada segala-galanya :)

Go Mama Go! Don't Give Up!

2 comments:

  1. betul tu. masa baru kerja kat sini, kawan-kawan kg pakat suruh IM balik kerja kat kg.

    IM jawap, aku jumpa apa yang aku mahu di sini. jadi... biar aku kerja kat sinilah..

    ReplyDelete
  2. IM, saya yakin pasti Allah telah merencanakan sesuatu yg terbaik utk kita :)

    ReplyDelete

Terima kasih untuk respons anda :)