Pages

Saturday, November 8, 2014

Plasticine

Tadi sambil makan malam, sambil melayan berita di tv.

Iman : Mama, plasticine tu kenapa pulak?
Aku : Plasticine yang mana?.
Iman : Tu...plasticine kat tv tu...

Aku pandang Abg. Abg angkat bahu sebab tak faham.

Iman dah nampak nak marah.

Iman : Plasticine yang Israel bunuh tu la!

Ooo Palestine.

Tak leh tahan....aku dan Abg gelak tak berbunyi.
Iman ternampak kami gelak.

Iman : Saya kan tak boleh sebut betul. Janganlah gelak!

Terus Iman merajuk.

Hehehe budak kecik yang prihatin.

Sorry ya sayang. Tapi mama gelihati.


2 comments:

  1. hahahaha... pernah dengar dialog ni tak?

    A hantar msg kat B di FB: Apartheid tu apa?
    C balas msg tu: Apartheid pun tak tahu? Tak boleh bodoh lagi ker? Apartheid tu selera... macam selera makan... contohnya aku takder apartheid nak makan...

    wakakaka sapa lah yg bodoh nih sebenarnya... hahaha

    ReplyDelete
  2. Najib, kekeke lawak. Yg ngata org bodoh tu pun sama naik jer.

    ReplyDelete

Terima kasih untuk respons anda :)