Sejak masuk 5 tahun anak aku sedikit meragam nak ke sekolah.
Dia tak teruja macam last year. Dulu, apa saja yang berlaku dalam kelas pasti semua dia akan ceritakan.
Aku dan Abg risau.
Selepas diselidik rupanya anak aku tak selesa dengan seorang guru kelasnya.
Kata anakku dia selalu dimarahi tanpa sebab.
Sebab tu lah setiap kali nak dihantar ke sekolah anakku mengalir-ngalir air matanya.
Akhirnya Abg pergi berjumpa guru kelas anakku yang seorang lagi tu.
Guru J ini memang penyayang dan lembut tutur katanya.
Abg bertanya sama ada anakku ini nakal dalam kelas.
Tidak, jawab guru J.
Akhirnya Abg pun memberitahu masalah anakku yang resah gelisah setiap kali hendak ke sekolah.
Pulang dari sekolah wajah anakku masam mencuka dan moody.
Kelmarin anakku dah kembali ceria.
Pulang dari sekolah pun mula ketawa dan menyanyi-nyanyi.
Katanya Guru L dah tak marah-marah lagi.
Guru L dah cakap dengan dia elok-elok.
Alhamdulillah.
Mungkin Guru L tersilap teknik dalam mendidik.
Dipukul rata satu teknik untuk semua budak.
Baguslah Guru j dan L cepat bertindak setelah permasalahan dikemukakan.
Aku dan Abg bukan tak biasa marah anak.
Marah kami bersebab dan kami akan sentiasa terangkan pada anakku itu kenapa kami marah dan apa tujuannya.
Dan marah kami bukan dalam bentuk jerkah tengking.
Sebab itulah anakku itu jadi 'terkejut' bila dijerit tanpa sebab musabab.
Dia keliru.
Moga anakku itu akan terus ceria dan bersemangat untuk terus ke sekolah :-)
saya pun selalu bersemuka dengan guru bila ada masaalah dengan anak di sekolah dulu. ianya lebih baik dari menerima bulat-bulat aduan dari anak.
ReplyDeletekita sepautnya bersikap profesional.... bukan emosianal.
Betul IM...sebab tu kalau ada apa2 hal kami akan terus berjumpa dengan guru. Dengar dan nilai drp kedua2 belah pihak :)
ReplyDelete