Kisah yang tertinggal.
Time ni kami ke Terengganu. Cuaca kurang baik. Angin kuat dengan hujan lebat sekali-sekala.
Ini pantai di Kg Mangkuk, Penarik. Angin kuat sangat sampai aku rasa macam nak terbang. Tapi kami tetap gigih bergambar sebab pemandangannya cantik.
Ombak membadai. Ngeri aku tengok. Dahla kat situ banyak pokok kelapa. Dok berjaga jer takut buah nyoq jatuh.
Lepas puas bergambar kami bergerak ke Pantai Rhu Sepuluh nak makan ikan celup tepung.
Dalam perjalanan, ada yang nak ke tandas. Maka berhentilah kami di sebuah tandas awam yang nampak masih baru.
Masa sampai di situ ada seorang makcik, pakcik dan budak yang berumur lebih kurang 10 tahun. Kami ingat depa ni orang yang menjaga tandas awam tersebut.
Gigih kami pakat bayar duit kat depa sebelum masuk ke tandas. Pakcik tu pun dok cerita pasal tandas yang baru siap dan si anak duduk dalam kaunter kutip duit.
Sekali bila kami semua keluar tandas, depa satu famili dah tak ada. Hahaha....hampeh betui. Rupanya depa pun mai tandas tapi selamba kutip duit macam depa pulak jaga tandas tu.
Pakat gelaklah kami ramai-ramai. Rasanya tandas tu tak siap lagi sebab pintu pun tak diletakkan kunci. Terpaksalah sorang masuk dan sorang lagi jaga di luar.
Pokok kelapa meliuk-lintuk tapi steady jer. Sepatutnya kita pun macam tu...sekuat mana angin dan badai, sekecil mana pun kita, kita patut jadi macam pokok kelapa...steady jer :-)
saya pernah ke PCB Kelantan. Ombak laut Cina Selatan memang mendebarkan. Syukur kerana pantai kita ombaknya boleh dibuat kawan sepermainan...
ReplyDeleteKat PCB memang lautnya menakutkan.
ReplyDeleteYa pantai kita masih boleh dibuat kawan.