Pages

Wednesday, October 26, 2016

BILA DAPUR GAS TIDAK BERASAP

Semalam gas habis. Masa tu aku tengah masak nasi goreng untuk keluarga ibu saudara Abg yang datang dari Kelantan. Alhamdulillah aku punya mikrowave. Nasi goreng aku sambung masak di dalam mikrowave.

Hari ini aku bercuti. Anak tak berapa sihat. Tong gas yang baru dipasang pun tak mampu hidupkan api dapur. Aduh.

Bila pekedai gas tu datang check rupanya kepala gas yang rosak. Kejap lagi perlu ke kedai untuk beli kepala gas yang baru.

Bila dalam keadaan dapur tak berasap baru terasa pentingnya dapur konvesional. Walaupun ada dapur Noxxa  dan mikrowave yang harganya mahal tu tapi bila nak memasak macam selalu rasa renyah betul hehe. Lepas masak nak kena pindah-pindahkan lauk bagai.

Aku belajar sesuatu dari insiden ini. 

Ok bye. Nak keluar cari kepala gas. Keropok lekor yang ibu saudara Abg bawa terdampar sepi setelah dipotong menunggu untuk digoreng :-D



4 comments:

  1. Agak spoiled mood bila tgh masak gas habis. Hehe.. bersabar lah. Bila jadi time ada tetamu lg lah ralat. Sy spare 2 tong gas kt rumah, sbb hubby jauh.. tak larat nk gi beli klu tetiba habis. :)

    ReplyDelete
  2. Betul. Spoil. Tong gas ada dua tapi yang satu pun lupa diisi hehe. Lain kali perlu bersedia setiap masa kan Atie :-)

    ReplyDelete
  3. Tong gas saya kat dapur masih berisi walaupun dah setahun saya beli.

    Ini menunjukkan bahawa dapur saya memang jarang berasap.... kihkih...

    ReplyDelete

Terima kasih untuk respons anda :)