Pages

Monday, May 13, 2013

Kisah Hantu Di Asrama Sekolah (3)

Kejadian ini berlaku semasa pelajar Tingkatan 5 sibuk nak menghadapi SPM.
 
Seperti biasa pada pukul 11 malam lampu bilik dorm wajib dipadamkan. Kalau terasa nak sambung study, silalah duduk di koridor atau gunakanlah lampu suluh dengan sebaik-baiknya. Mata rabun, sendirilah tanggung.
 
Aku tergolong dalam mereka yang terus tidur bila lampu dipadamkan. Mataku jenis yang tak boleh bertahan membaca menggunakan cahaya lampu suluh. Boleh migrain dibuatnya.
 
Biasanya aku "peram' mata. Sukar sungguh aku nak lelapkan mata sejak hari pertama aku jejakkan kaki di sekolah ini. Entah apa sebabnya aku pun tak pasti.
 
Tiba-tiba suasana malam yang sunyi dikejutkan dengan bunyi tapak kaki dan rantai diheret di koridor.
 
Kebetulan pada malam itu tak ada seorang pun rakan sebilikku yang study di koridor.
 
Meremang bulu romaku. Terus aku tarik selimut sampai ke kepala. Janganlah hantu tu masuk ke dalam bilik dan cari aku yang masih tak boleh tidur tu. Sampai berpeluh-peluh aku dibuatnya.

Alhamdulillah, hantu tersebut sekadar bersiar-siar di sepanjang koridor.

Keesokan harinya heboh cerita tentang bunyi tapak kaki dan seretan rantai di koridor. Rupanya ramai jugak yang tak tidur lagi dan berselimut litup sepertiku hehehe.

3 comments:

  1. Awat tak talipon Pak Anjang minta jampi mana patut!

    ReplyDelete
  2. Kak ina, kena cerita umum2 jer...kang ada orang tak boleh lena malam hihihi.

    IM, paknjang tak terer lagi time tu hihihi.

    ReplyDelete

Terima kasih untuk respons anda :)