Pages

Tuesday, March 31, 2015

Kobitos

Credit to www.kobito-dukan.com

Bila tengah macam-macam ni aku tetiba teringin nak bela Kobitos.

Korang tahu apa itu kobitos?

Kobitos ni sangat pelik. Anak aku paling marah kalau aku usik dia macam Kobitos. Apatah lagi bila aku panggil dia Peach Bottom. Lagilah dia mengamuk.

Ah! Pandai Toshitaka Nabata yang reka watak Kobitos ni sampai aku pun tertipu ingat ada betul ke makhluk ni.

Tapi sangat comel dan hodoh pun ada Kobitos ni.

p/s"Iman marah aku panggil dia Peach Bottom sebab katanya punggungnya tak besar dan warna merah macam Peach Bottom haha."

Orang Gemuk Bahan Lawak?

Kenapa ramai orang suka jadikan orang gemuk sebagai bahan lawak mereka?

Mungkin mereka ingat orang yang mereka bahan itu seronok atau tak kisah sehingga setiap perbualan pasti mereka mahu selitkan orang gemuk sebagai bahan jenaka.

Ya, ramai orang yang berbadan besar ini tampak cool di luar dan boleh tersenyum dengan gurauan rakan-rakan walaupun kadang-kadang gurauan itu melampau bila disamakan orang itu dengan haiwan dan sebagainya. Tapi di dalam hatinya dapatkah kamu semua merasa? Yang pasti hatinya akan terhiris dan terluka.

Cukuplah. Jangan jadi orang yang ada otak tetapi tidak boleh berfikir. Pandang diri sendiri. Tak ada yang sempurna pastinya

Dan ingatlah apa yang kamu persendakan itu adalah ciptaan Allah setiap satunya.

Monday, March 30, 2015

Diuji Lagi...

Credit to Google

Sejak dua minggu lalu ada perkara-perkara yang perit berlaku. Aku yang menanggungnya terasa perit dan pedih. Tapi bila dipandang hikmah atas setiap yang terjadi itu buat aku amat bersyukur. Aku dapat kenal di mana kekuatan dan kelemahan diri ini. Aku dapat kenal siapa yang benar sayangkan diri ini. Aku dapat kenal kejujuran dan kepura-puraan.

Aku sedar aku cuma hambaNya yang lemah. Allah menguji aku dan terus-terusan menguji. Yang pasti tempiasnya terkena kepada Abg dan Iman. Namun mereka tetap berdiri teguh di sampingku. Begitu juga dengan bapa dan ibu saudaraku serta bosku. Bosku? Ya...Allah mahu tunjukkan sesuatu. Sesuatu yang aku buta selama ini. Maafkan aku.

Aku bersyukur Allah masih sayangkan aku. Allah masih pandang aku dan sebab itu aku terus diuji. Aku harus sabar, terus berusaha dan berdoa.

Sampai masanya aku akan terpaksa memilih haluanku sendiri.

Benar kata sahabat baikku. Kita sedang diuji, habis-habisan, kerana Allah tahu apa yang baik untuk kita. Allah mahu kita keluar daripada semua ini kerana setiap hari kita berdoa untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Mungkin yang kelihatan ini nampak baik untuk dunia kita tapi tidak sebaliknya untuk akhirat kita. Ya...itu juga yang aku percaya.

Wednesday, March 25, 2015

Nak Berhenti Kerja Atau Tidak...


Aku dalam dilema. Hati ini hendak sangat berhenti kerja. Mahu jadi suri rumah sepenuh masa dan tak terbelenggu dengan ikatan pekerjaan.

Aku dah bekerja di jabatan ini selama 6 tahun. Banyak yang telah aku lalui. Aku suka dengan profesionku. Aku suka dengan tempat kerjaku. Cuma ada beberapa hal yang selalu buat diri ini terganggu.

1. Aku sangat tidak suka bila berbos kan seorang lelaki yang mana bila ada mesyuarat atau majlis yang aku terpaksa berkereta dengan dia. I hate it! Sah-sah itu dah melanggar hukum agama walaupun aku dah meminta izin daripada suami. Salah tetap salah. Itu tak kira bila diajak pergi makan yang mana aku selalunya heret kerani aku bersama.

2. Staf aku 90% lelaki. Aku terpaksa bekerja dengan lelaki. Ada masa terpaksa bekerja hanya berdua terutama bila melakukan prosedur. Takkan nak ajak satu jabatan bila nak buat prosedur yang hanya memerlukan dua manusia. Dan takkan tiap masa aku nak kena ajak kerani aku temankan aku untuk kerja yang dia tak sepatutnya tunggu. Sekali sekala tak apa. Dia pun perlu jaga ofis dan melayan pelanggan jabatan.

3. Kerja-kerja aku yang melibatkan proses euthanasia. Aduh! Masa study dulu tak pernah terfikir untuk buat ini semua. Tapi ini adalah rutin kerja aku. Walaupun dah jadi rutin, air mata aku tetap mengalir dan aku mohon keampunan daripada Allah selepas setiap kali prosedur dijalankan.

4. Pengajaran untuk student research. Ramainya student lelaki yang terpaksa aku bagi training. Maka sama saja seperti sebab nombor 2 tu. Post graduate student biasanya akan datang secara perseorangan bukan dalam kumpulan seperti under graduate student.

4 perkara ini saja sudah buat aku tak tenang...jiwa memang tak tenang. Rasanya kerja aku memang tak berkat bila bercampur dengan unsur-unsur yang dilarang dalam agama. 

Aku masih mencari-cari untuk melakukan sesuatu yang berkat dan membawa ketenangan dalam hidup aku. Aku mahu walaupun bekerjaya, aku masih mampu mendidik anak aku sebagaimana arwah mak yang mendidik aku dengan sempurna.

Kadang-kadang bila fikir kembali, aku kagum dengan arwah mak. Mak seorang suri rumahtangga. Mak ada buat kerja sampingan di rumah. Mak berjaya didik aku dengan sempurna. Dan mak juga mampu dapat pendapatan RM1-3k setiap bulan dengan buat kerja sampingan tanpa mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
Aku?

Balik kerja dah masuk senja. Urus rumah sikit sebanyak lepas tu terkelepek tidur pengsan. Aku kesiankan anak aku. Sungguh-sungguh kesian...

Monday, March 23, 2015

Balik Kampung

Bila Iman balik kampung...



Halaman rumah nenek luas. Seronok Iman dan sepupu-sepupunya berlari sampai jatuh tergolek-golek hehe.
Yang lawaknya Iman kata susah nak fahamlah...dorang cakap Kelantan dan Terengganu :-)

Thursday, March 5, 2015

Seminar Seni Melatih Anak Berfikir Aras Tinggi




Jom join ramai-ramai. Ilmu dapat, nasi Arab pun dapat makan hehehe.

Tuesday, March 3, 2015

Keliru Lagi

Masa dalam kereta Iman dengan penuh keyakinan meminta aku pasangkan cd "Nabi Yusuf".

Aku dan Abg tercengang-cengang. Seingat aku kami tak pernah ada cd berkaitan kisah-kisah nabi. Cd nasyid dan zikir tu adalah.

"Nabi Yusuf yang mana ni Iman? Mama confuse."

"Itu...Nabi Yusuf yang mukanya hensem dan suara sedap tu, " balas Iman.

Lagi tercengang-cengang kami dibuatnya.

"Ish mama ni...ni Nabi Yusuf ni," sambung Iman lagi sambil menarik kotak cd di sebelah aku.

"Iman! Wahahaha."

Aku dan Abg dah gelak bagai nak rak dalam kereta. Iman pulak tercengang-cengang tengok gelagat kami.

Korang agak siapa "Nabi Yusuf" tu?
 
 Credit to Google

Sami Yusuf la...wahahaha.

Adeih anakku. Tersimpul tali perut mama gelakkan kamu.