Credit to Google
Sejak dua minggu lalu ada perkara-perkara yang perit berlaku. Aku yang menanggungnya terasa perit dan pedih. Tapi bila dipandang hikmah atas setiap yang terjadi itu buat aku amat bersyukur. Aku dapat kenal di mana kekuatan dan kelemahan diri ini. Aku dapat kenal siapa yang benar sayangkan diri ini. Aku dapat kenal kejujuran dan kepura-puraan.
Aku sedar aku cuma hambaNya yang lemah. Allah menguji aku dan terus-terusan menguji. Yang pasti tempiasnya terkena kepada Abg dan Iman. Namun mereka tetap berdiri teguh di sampingku. Begitu juga dengan bapa dan ibu saudaraku serta bosku. Bosku? Ya...Allah mahu tunjukkan sesuatu. Sesuatu yang aku buta selama ini. Maafkan aku.
Aku bersyukur Allah masih sayangkan aku. Allah masih pandang aku dan sebab itu aku terus diuji. Aku harus sabar, terus berusaha dan berdoa.
Sampai masanya aku akan terpaksa memilih haluanku sendiri.
Benar kata sahabat baikku. Kita sedang diuji, habis-habisan, kerana Allah tahu apa yang baik untuk kita. Allah mahu kita keluar daripada semua ini kerana setiap hari kita berdoa untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Mungkin yang kelihatan ini nampak baik untuk dunia kita tapi tidak sebaliknya untuk akhirat kita. Ya...itu juga yang aku percaya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk respons anda :)