Aku dalam dilema. Hati ini hendak sangat berhenti kerja. Mahu jadi suri rumah sepenuh masa dan tak terbelenggu dengan ikatan pekerjaan.
Aku dah bekerja di jabatan ini selama 6 tahun. Banyak yang telah aku lalui. Aku suka dengan profesionku. Aku suka dengan tempat kerjaku. Cuma ada beberapa hal yang selalu buat diri ini terganggu.
1. Aku sangat tidak suka bila berbos kan seorang lelaki yang mana bila ada mesyuarat atau majlis yang aku terpaksa berkereta dengan dia. I hate it! Sah-sah itu dah melanggar hukum agama walaupun aku dah meminta izin daripada suami. Salah tetap salah. Itu tak kira bila diajak pergi makan yang mana aku selalunya heret kerani aku bersama.
2. Staf aku 90% lelaki. Aku terpaksa bekerja dengan lelaki. Ada masa terpaksa bekerja hanya berdua terutama bila melakukan prosedur. Takkan nak ajak satu jabatan bila nak buat prosedur yang hanya memerlukan dua manusia. Dan takkan tiap masa aku nak kena ajak kerani aku temankan aku untuk kerja yang dia tak sepatutnya tunggu. Sekali sekala tak apa. Dia pun perlu jaga ofis dan melayan pelanggan jabatan.
3. Kerja-kerja aku yang melibatkan proses euthanasia. Aduh! Masa study dulu tak pernah terfikir untuk buat ini semua. Tapi ini adalah rutin kerja aku. Walaupun dah jadi rutin, air mata aku tetap mengalir dan aku mohon keampunan daripada Allah selepas setiap kali prosedur dijalankan.
4. Pengajaran untuk student research. Ramainya student lelaki yang terpaksa aku bagi training. Maka sama saja seperti sebab nombor 2 tu. Post graduate student biasanya akan datang secara perseorangan bukan dalam kumpulan seperti under graduate student.
4 perkara ini saja sudah buat aku tak tenang...jiwa memang tak tenang. Rasanya kerja aku memang tak berkat bila bercampur dengan unsur-unsur yang dilarang dalam agama.
Aku masih mencari-cari untuk melakukan sesuatu yang berkat dan membawa ketenangan dalam hidup aku. Aku mahu walaupun bekerjaya, aku masih mampu mendidik anak aku sebagaimana arwah mak yang mendidik aku dengan sempurna.
Kadang-kadang bila fikir kembali, aku kagum dengan arwah mak. Mak seorang suri rumahtangga. Mak ada buat kerja sampingan di rumah. Mak berjaya didik aku dengan sempurna. Dan mak juga mampu dapat pendapatan RM1-3k setiap bulan dengan buat kerja sampingan tanpa mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
Aku?
Minta petunjuk daripada Allah sungguh2.
ReplyDeletePada masa yang sama, try buat side income yang tidak berisiko tinggi seperti modal rendah, tak perlu kita nak pergi keluar sana sini dan online jer segala urusan.
Allah Maha Tahu dan all the best
Satu kekesalan yg masih ada dalam diri akak ialah tak dapat jadi guru tadika KEMAS. menginfak ilmu mengenal abc alifbata pada anak anak yang rata rata datang dari kalangan org biasa biasa mcm akak sendiri
ReplyDelete> Myliferia, terima kasih di atas nasihat. Ya betul tu...saya perlu lakukan solat isthiqarah dan mohon petunjuk dari Allah.
ReplyDelete> Kak Anon 8:17, apa yang Allah aturkan pasti ada kebaikannya untuk kita kan kak? Masa muda selalunya jarang kita berfikir jauh...tak apalah...pasti ada yang lebih baik untuk kita :-)
Akak doakan semoga awak diberi petunjuk utk membuat keputusan...
ReplyDeleteKak Kam...amin. Moga pilihan itu terbaik untuk dunia dan akhirat saya.
ReplyDelete