Pages

Monday, March 30, 2009

JJ Perda


Di tempat parking, aku lihat ada pekerja menarik troli. Budak muda, sebaya Amir. Stail seluar macam mat rempit.

Tiba-tiba aku terkejut bila budak ni mengeluarkan air liurnya panjang-panjang dan meludah pada troli. Tak silap aku pada bahagian dekat dengan pemegang. Aku terus renung perlakuan budak ini dengan perasaan yang pelik.

Ha! Budak ni perasan sudah aku sedang memerhatikan dia dari jauh. Cepat-cepat dia beredar dan mengalihkan mukanya ke dinding.

Kenapa ramai sangat anak muda sekarang ni 'retarded'?
Memang layak dilempang budak ni....
Selesai urusan di JJ, kami kembali ke parking. Troli yang banyak tadi dah habis diambil orang untuk membeli-belah. Aduhai....

Wednesday, March 25, 2009

Cameron Highland; cerita yang panjang

Ahad lalu aku, abg, mak dan Kinah ke Cameron Highland (CH). Kami bertolak awal pagi dengan harapan dapat sampai awal juga di CH. Sebelum bermula perjalanan kami telah diingatkan supaya tiada sebarang provokasi dicetuskan di dalam kereta. Siapa yang berdegil akan ditinggalkan di tepi jalan dan berumahlah dengan 'orang di sana'.

Kami naik melalui Simpang Pulai. Target utama JAGUNG dan juga STRAWBERI COKLAT. Merapu meraban merapu meraban akhirnya sampailah kami. Singgah di tempat org jual-jual sayur dan buah-buahan. Kinah angkut strawberi coklat sekotak, tak berani angkut banyak takut tak sedap. Tapi memang sedapla....mengasyikkan hehe. Nyesal kami beli sekotak sebab balik kami ikut Tapah; jalan lama.

Jagung kami beli di Pasar Tani. Lebih murah berbanding beli di farm. Kami jadi rambang mata bila semua benda kami nak beli. Walhal janji nak beli jagung jer. Cendawan goreng, strawberi coklat, jagung, sayur, kincan goreng, aiskrim strawberi.....alamak...bankrupt....dah la gaji tak masuk lagi.

Terlambat beberapa minit mesti tak sempat kami ke Pasar Tani tu. Lain kali tahu dah mana mau cari barang murah hehe.

Lepas makan kami solat di masjid atas bukit. Wah....bestnya..nyamannya. Toilet bersihnya, air sejuknya. Aku rasa tak mahu balik.

Masa balik aku minta abg ikut jalan lama; jalan ke Tapah yang kona-koni bagai nak rak. Sempat kami singgah di Cameron Valley Tea Plantations atau lebih dikenali sebagai Bharat Tea Plantation. Ramai pengunjung di situ. Kinah teruja tengok ladang teh yang menghijau. Sempatlah bergambar Kinah dan mak guna kamera telefon Kinah. Untuk pengetahuan, kamera digital aku rosak. Sedih betui ler.

Abg teruja nak minum teh macam orang lain sedang buat di situ. Konon-konon nak ambil 'feel' minum di ladang teh dengan menggunakan 'tea set' yang lengkap. Abg beratur. Ramai orangkan. Kemudian aku tarik abg keluar dari barisan.
"Abg, tak berbaloi la kita nak beratur dan bayar beringgit-ringgit untuk secawan teh yang bearcat sendiri boleh bancuh kat rumah."
Kami gelak-gelak dan beredar dari situ.

Mak dan Kinah masuk toilet di situ. Kata Kinah, Mak dan Abg, kalau nak rasa pengalaman 'membuang' sambil di skodeng pengutip daun teh, silalah ke toilet paling hujung hehehe. Toiletnya bercermin dengan harapan sambil 'membuang' dapat menikmati pemandangan teh yang menghijau.

Di sepanjang bukit ada Orang Asli jual petai. Wuyoo! Jangan tak beli. Petainya sedap. Besar-besar dan rangup. Walaupun mak dah angkut banyak, sebenarnya masih tak cukup. Tapi pandai-pandailah tawar-menawar. Orang Asli ni ada 'ek' dia tersendiri. Janganla dok tawar depan muka dia. Cara paling senang, tawar-menawar, kalau dia tak beri, terus buat-buat jalan masuk ke dalam kereta. Nanti dia akan panggil dan beri harga rendah skit. Tapi janganlah sampai 10 kali dok buat taktik yang sama. Harus ada orang tak turun CH jap lagi kena sumpit.

Di Kuala Woh kami singgah sekejap. Konon-konon nak main air. Sekali syoknya bila ada air panas dalam air sejuk. Panas yang dapat memasakkan sebiji telur. Kami pulun rendam kaki sampai merah-merah. Lain kali rasa nak datang lagilah.

Saturday, March 21, 2009

Langkah Pertama

Petang tadi aku ikut Maklang, Paklang dan Kinah berjalan naik bukit turun bukit. Baru aku sedar aku ni langsung tak ada stamina. Macam mak nenek bila sampai kawasan yang berbukit.

Tapi aku gagahi juga. Kalau biar makin teruklah badan aku ni. Paklang steady jer. Siap buat lawak lagi di depan anjing sampai lari lintang-pukang anjing tu.

Kinah pun steady. Aku dan Maklang yang lambat sikit. Sikit jer hehe.

Waktu mahu pulang kami lalu di depan kedai runcit. Bagus jugak aku bawak rm10. Kinah beli gula-gula celup-celup yang masam dan aku beli Choki-choki. Sia-sia lemak yang kami bakar tadi sampai berpeluh-peluh.

Kenapalah mesti lalu di depan kedai runcit?

Friday, March 20, 2009

Haiwan Kesayangan

Rupanya bela puru-puru tak sama langsung dengan bela kucing. Tak mendatangkan kepuasan langsung bila aku tak dapat bermanja-manja dengan puru-puru.

Emm aku dah pesan sangkar 3 tingkat daripada kawanku. Kali ni tekad aku mahu cari kucing; anak kucing yang cantik.

Aku akan 'kasi' dan jaga kucing ini baik-baik. No more jalan-jalan. 'Leech' pun aku nak beli. Semoga kucingku kali ni takkan hilang lagi.

Sedih tau....puru-puru comel tapi tak boleh berkongsi perasaan. *puru-puru = guinea pig

Thursday, March 19, 2009

Aku malas nak cerita lebih-lebih pasal silat; takut ada yang sentap. Ya, memang sukar untuk menelan sebuah kebenaran.

Sampai ke Syurga

Sambil mengunyah Domino's pizza kawanku bertanya, "Bearcat, kalau u mati, u bagi tak dia kawin lagi?"

Aku senyum "Biarlah, i pun tak tahu apa dah masa tu...sibuk kena bantai."

"Kalau hubby kita kawin lagi, tak berpeluanglah kita bersama dia di 'sana' nanti kan?" ujar kawanku lagi sambil menggigit Chocolate Indulgance.

 "Eleh....dah dapat bidadara hensem nanti....lupa ler kat suami nanti," balas budak bujang yang rajin sambil teguk Sprite.

Aku dan kawan berhenti mengunyah sambil pandang budak bujang yang rajin... "Ingat kami macam korang orang lelaki ke!"

Kami berebut Chickstix sepantas kilat.

Sunday, March 15, 2009

Itu, Itu

Hari ini ada sedara yang meninggal. Buat aku serba salah lagi. Aku macam biasa jengah muka sekejap. Kemudian berlalu dari rumah itu. Ahh....susah memahami aku. Aku mudah terlihat itu, itu dan itu. Ya....itu.

Saturday, March 14, 2009

Wajah

Aku pandang wajah di cermin. Aku pandang wajah Abg. Kenapa kami selalu kena buli? Buli buli buli buli? Kenapa tak ada sesiapa pun takut pada kami?

Walaupun aku marah sampai merah-merah muka, orang masih tak takut. Oh Tuhan....Kaulah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Aku cintakan haiwan.

Jiran oh Jiran

Nasib aku dapat jiran-jiran yang bangang! Tak bertamadun! Orang zaman batu!

Ingat rumah aku ni apa? Suka hati nak panjat-panjat pagar, nak lompat masuk.

Ya Allah, sabarkanlah hati kami.

Hari ni jiran bangang belakang rumah pulak masuk dengan suka hatinya macam rumah mak pak dorang jer tanpa bagi salam. Kami tak pernah kacau dorang, banyak berdiam...jadi dorang ingat kami tunggul mati ikut suka hati nak buat apa pun.

Aku rasa dah hilang sabar. Hari tu pun sampai Pak Njang datang sound dorang...ha...baru ada akai. Aku bukan reti nak marah-marah, habis sangat aku bom jer rumah dorang. Bab cakap-cakap aku tak pandai. Ni jiran bangang belakang rumah; yang meraung satu taman dengar pasal bergaduh dengan suami. Siap nak bunuh-bunuh.

Aku rasa kesabaran aku dah sampai limit. Abg bolehla sengih-sengih lagi. Takkan aku nak panggil Pak Njang lagi!

Aku cukup bengangla....abg tu semut pun tak takut pada dia. Kalau orang takut takkan orang berani buat macam tu. Ni yang buat aku nak bela hantu raya ni. AAAArrrrrgggggggggggggh! (time-time macam ni orang macam Mak dan Izat yang aku perlukan)

Kerana Mulut...

Ada satu malam, Mak, Mak Lang, Tok, Kinah, Izat, Abg dan aku makan di gerai char koey teow. Kalau ikut aku memang malas nak pergi sebab aku allergik char koey teow. Lepas makan mesti dalam perut rasa gatal kemudian tumbuh bintik-bintik merah di badan.

Ish. Memandangkan aku jenis suka beramai-ramai dengan sedara, aku pun ikut. Seronok. Ramai orang. Gerai dekat dengan Sunshine.

Masa ambik order, mak tanya orang tu "Hangpa basuh teluq dak?" (Mak Lang dah bangun sambil bisik pada aku....alamak...mak mula dah....fikirku).

Opps! Jangan terkejut. Mak memang 'outspoken', kekadang menakutkan....sifat tu dah turun pada adik aku Izat. Hai...

Orang ambik order tu pun jawab "Alamak, teluq banyak, kami tak dan nak basuh."

Tu dia...pecah rahsia.

Aku tengok muka orang ambik order tu dah lain macam. Kurang peramah berbanding mula ambik order tadi.

Mak pesan lagi "Basuh teluq tu, basuh."

Izat pulak menambah "Teluq basuh....basuh teluq." (Mak memang suara kuat).

Aku diam, tunduk....pandang tempat lain. Ni adalah yang nak kena, fikir aku sendirian. Sebab aku tahu sangat dah kalau orang menjual makanan ni. Jangan cuba cari pasal dengan dorang (bukan semua). Silap haribulan kejang kat situ.

Malam tu rupanya mak muntah dan cirit-birit. Cuma mak sorang. Orang lain ok ok saja.

Sebenarnya dengan ikhlas aku beritahu, aku cukup berdebar-debar bila bawa Mak dan Izat keluar makan. Sebabnya.....sebab itulah.

Friday, March 13, 2009

Kena Lagi


Huwaaaaaaaa!
Pagi tadi masa aku tengah bersemangat bersiap untuk ke tempat kerja, aku telah disengat dua ekor lebah.
Aku jerit-jerit panggil abg di tingkat atas. Sakitla....kena sengat di bahagian tengkuk, bawah skit dari tempat terhantuk.

Abg marah aku. Katanya aku tak boleh bunuh lebah. Lain kali panggil dia. Kalau aku buat sesuatu mesti dapat musibah. Ooo aku tak boleh jadi destroyer....nanti aku yang destroy balik.

Abis ....itu tindakan refleks....bila lebah masuk baju, mestilah aku cuba penyek-penyekkan lebah tu. Malangnya lebah tak dapat dipenyekkan, lebah lari dan gigit tengkuk aku.

Abg spray lebah....banyaklah. Pening-pening. Aku pijak-pijak lebah. Kena marah lagi. Abg kata pijak sekali cukuplah. Jangan pijak banyak-banyak kali.

DAH LEBAH TU TAK MATI LAGI.....AKU PIJAKLAAAAAAAAAAAA! UWAAAAAAAAAAA. Sakit.
ABG PUN macam LEBAH!

Thursday, March 12, 2009

SPM

NIK Nur Madihah yang memperoleh 19 1A dan 1 2A dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan bersama bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin dan ibu, Mariani Omar (Sumber : Utusan Malaysia) Tahniah buat yang berjaya dan jangan putus asa buat yang gagal memperolehi keputusan yang diinginkan. Apa pun yang anda terima, anda harus bersyukur...hidup belum berakhir. Tersenyum aku bila mendengar seorang pelajar yang sedih kerana hanya mendapat 5A1. Targetnya tinggi, 9A1. Dan aku juga tersenyum bila mendengar suara riang seorang pelajar yang dulunya corot dalam kelas mendapat 2 A1 dan subjek lain semuanya B. Mungkin itu tidak dijangkanya. Apa-apa pun keputusan cuma di atas kertas. Jangan bersedih dan jangan terlalu suka. psst...pelajar-pelajar yang cemerlang gemilang terbilang itu selalunya amat membosankan seperti katak di bawah tempurung hahaha.

Monday, March 9, 2009

Indie...Indie...


"Ha! Ni lah kumpulan yang coreng-coreng muka dalam AJL hari tu," mak bersuara dengan penuh yakin.

"Suara teran-teran depa ni...tapi sedapla jugak lagu depa," sambung mak lagi.

Aku dan abg senyum-senyum dengar komen mak. Mak masih bercakap sorang-sorang; dia cuba nak ingat nama kumpulan yang menyanyikan lagu "Lagu Untukmu".

"Ha! Aku ingat dah! Ni la kumpulan Meet Uncle Sam!."

Aku dan abg gelak macam nak pecah kereta.

Kuat sungguh pengaruh Amerika nih.

Sunday, March 8, 2009

Makhluk Merah Jambu


Weh! Apa tu? Badan warna merah jambu macam Patrick dalam Sponge Bob. Sepanjang perjalanan ke Perlis, benda merah jambu ni ada dalam terusan, di dinding terusan, jambatan.


Izat manusia yang mula-mula perasan kehadiran makhluk merah jambu ini.


Bagi aku ianya amat menggelikan...eeee. Rata-riti ada.


Ada sesiapa tahu apa makhluk itu? Alien? Atau ada kilang chewing gum yang bocor?

Aku Marah; Taman Ular Perlis

Kesian kura-kura ni....melilau-lilau dengan badan kotor dan ada cengkerang yang pecah. Tak kesian ke tengok?? Ini namanya penderaan haiwan!
Memerang yang badan berkudis terbaring lesu di bawah tunggul kayu ni. MENYEDIHKAN!
Semalam aku marah.
Bila lihat ada makhluk terseksa.

Saban tahun aku datang ke Taman Ular di Perlis; dengan harapan mata aku akan dapat melihat pemandangan yang lebih baik berbanding kunjungan aku sebelumnya.
Tapi hampa.

Pekerja di sini tak dibayar gaji ke? Tapi kesalahan tak perlu diletakkan di bahu para pekerja bawahan. Yang memainkan peranan ialah orang atasan yang terlibat dalam urusan Taman Ular ini.

Korang ingat kura-kura, Iguana dan biawak boleh makan plastik dan bekas-bekas makanan yang dibuang ke dalam tempat dorang ke?


Hangin satu badan bila aku tengok betapa daifnya haiwan-haiwan tersebut. Dengan bekas air yang kotor, kangkung yang lembik lenyek.

Belum sempat aku ke sangkar-sangkar di bahagian belakang, hujan turun. Aku tahu, Allah tak mahu aku hangin lagi. Mungkin aku akan jadi Hulk kalau aku lihat ada lagi beruk kudung yang nasib tak terbela.

Mentang-mentang haiwan tak boleh bersuara, suka hati korang nak buat apa pung.
Kalau rasa tak sayangkan haiwan, tak perlu dengan gahnya mahu buat taman itu taman ini.

Friday, March 6, 2009

Dua Teman Baru















Balik kg abg, aku dapat dua teman baru. Bukan dapat sebenarnya, aku rompak mereka dari Epit, anak Maklong Toni. 

Jahatkah aku? Tidak....aku bayar tau... Bukan ambik free, walaupun Maklong menolak sesungguh hati. 

Jaaaa! Inilah teman baruku.... Kesian Epit, terpaksa cari teman baru yang lain(yang aku terfikir untuk rompak daripada dia jugak).

Sampai satu masa, aku nak buka zoo. Mana ada zoo di Penang ni....kesian orang Penang. Asyik-asyik tengok monyet je kat Botanical Garden. Tu yang ramai perangai pun dah nak serupa dengan monyet he he.

Wednesday, March 4, 2009

Terhantuk lagi Terngadah

Ini kisah aku. Yang selalu terlanggar atau terhantuk atau terjatuh. Hari tu kaki aku dah capik-capik terlanggar apa ntah.


Jumaat lepas masa majlis sambutan hari jadi bulan Februari; aku ngundur punya ngundur.... GEDEGANG! Kepala aku terlanggar pada kotak fius elektrik yang besar. Para hadirin cuma menyebut "ALLAH" beramai-ramai.


Aku jadi bingung tapi masih dapat mengawal diri dari rebah. Terus aku pergi potong kek hari jadi.


Impaknya rupa sampai seminggu. Aku menangis-nangis dalam tidur, sakitnya ya Allah kepalaku.


Aku jadi bingung.... Hari ini...kepala aku masih sakit. Aku ambik cuti. Ini kali keempat kepala ku kena gegaran yang kuat. Semoga aku selamat dan menjadi lebih genius. Boleh ke macam tu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...