Pages

Friday, December 26, 2014

Banjir Cepatlah Surut

Doanya moga banjir di negeri-negeri yang terlibat cepatlah surut. 
Cuaca panas dah 4 hari dah tapi air masih naik dan naik (di KB).

Cukup-cukuplah cakap pasal politik dalam keadaan macam ni.
Rasa macam otak dah penuh ulat bila sampai dah dilanda bencana pun masih bercakap pasal parti WXY.
Aku pening.

Allah turunkan musibah pasti ada sebabnya untuk kita sama-sama muhasabah diri.
Sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.
Sama-sama berfikir macam mana kita boleh tolong saudara-saudara yang sedang diuji itu.

Sumbanglah apa yang boleh....
Kalau dah tak ada apa sangat nak sumbang, tolonglah berdoa dan solat hajat.
Tapi tak perlulah sumbangkan dosa kering dengan mengata macam-macam yang merapu meraban.

Adakalanya korang cakap macam koranglah orang yang paling dekat dengan Tuhan.
Adakalanya korang cakap macam korang tak dak Tuhan.

Aku cukup kesian dengan anggota keselamatan kita.
Saat ini dorang bertungkus-lumus dalam proses menyelamat dan menyalurkan bantuan.
Sampai tidur 2-3 jam.
Berpanas berhujan berjam-jam dalam bot, arus deras.
Ingatlah...dorang pun manusia biasa, bukannya terminator.
Ada di antara dorang keluarga sendiri pun menjadi mangsa banjir jugak.

Tutup mulut busuk korang kalau dah takder benda sangat korang nak bercakap.

Baik duduk diam-diam dan berdoa.





Tuesday, December 23, 2014

Sardin King Cup

Kalau nak masak laksa Penang, untuk bagi lebih sedap kenalah letak sardin dalam tin sebagai salah satu bahan kuah laksanya.
Sardin yang sedap untuk buat laksa adalah sardin King Cup.
Ni Maknjang yang ajar aku.

Mulanya aku ingat sardin King Cup ni produk bukan Islam.
Rupanya produk orang kita, alhamdulillah.

So sejak itulah aku dah mula guna sardin King Cup.

Hujan-hujan rasa terliur nak makan laksa pulak...adeih.

credit to : mukminbrand.com

Wednesday, December 10, 2014

Perancangan Kewangan

Emmm...ada sesuatu yang aku boleh ambil daripada penulisan blog ini tentang Perancangan Kewangan.


Terkadang aku rasakan aku terlalu banyak membazir wang kepada benda-benda yang tak perlu sebenarnya. Opps! Bukan shopping ya...itu agenda terakhir dalam senarai list aku hehe.

Jom sama-sama baca dan cuba implement kan apa yang disampaikan dalam penulisan tersebut.

Monday, December 8, 2014

Peminta Sedekah

Ada satu malam tu kami makan kat luar.
Kat satu tempat yang famous di sini malam-malam tu lah.

Masa sedang tunggu makanan yang diorder sampai, ada seorang lelaki tua yang tak terurus datang dekat kami.
Dia hulur tangan minta duit.

Aku memang jenis penakut dengan orang yang macam tu.
Aku tunduk jer tak nak pandang dia.
Aku takut bila aku hulur duit nanti akan ada lagi orang macam dia yang datang.

Aku bagi signal kat Abg supaya Abg ignore jer orang tua tu.
Abg buat tak tak nampak signal aku.
Yang si Iman dah terperosok kat perut aku sebab dia takut macam mama dia jugak.

Abg panggil pelayan kedai.
Kemudian Abg cakap kat pelayan kedai yang apa saja yang orang tua tu nak makan, dia akan bayarkan.

Orang tua yang minta duit tadi berubah air muka.
Nampak dia happy sangat.
Dia berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada Abg.

Orang tua tu pun berlalu dan duduk di meja lain sambil pelayan kedai ambik order darinya.

Aku rasa malu pada Abg dengan tiba-tiba.
Aku bersyukur punya suami macam Abg.

Giler malulah aku kat suami aku. Serius!
Malu sebab aku rasa perangai aku macam tak sepatutnya huhu.
Siap bagi-bagi signal lagi.

Sunday, December 7, 2014

Beli Basikal

Dah lama aku berjanji nak belikan basikal untuk anakku.
Kelmarin baru janji tu dapat ditunaikan.

Masa di kedai basikal tokey kedai tak berapa nak layan aku.
Dia asyik layan Abg, cerita harga dan specs basikal.
Bila aku tanya dia buat acuh tak acuh.

Masa nak bayar aku yang keluarkan duit.
Tiba-tiba tokey berubah arah.
Baik pulak dia layan aku.

Kuang jaq aaa.

Bye. Tak nak pi dah kedai ang.

Wednesday, December 3, 2014

Panda

Anak aku suka sangat-sangat dengan panda.
Tak cukup-cukup tengok mamanya yang bermata panda.
Kalau boleh semua barang yang ada gambar panda dia nak beli.
Apa yang dia best sangat dengan panda entahlah.

 Ini dah sah-sah panda jantan.
 Pemalu. Panda betina la tu.
Posing dalam restoren panda di Zoo Negara. 
Nasi pun hiasan kepala panda...aissh...nasib baik bukan daging panda masak merah ehehe.

Thursday, November 27, 2014

Anak Mengikut...

Anak akan mengikut apa yang ibu bapa mereka lakukan.

Aku suka uli, cubit dan cium anak aku tak kira masa. Aku jadi geram bila tengok anak aku. Aku rasa anak aku sangat comel dan gebu. Semua ibu akan ada perasaan yang sebegitu terhadap anak mereka. Itu normal. Walaupun anak-anak orang lain lebih comel dan gebu.

Rupanya anak aku juga buat semula apa yang aku buat pada dia. Pantang aku berbaring, dia akan datang dan uli, cubit dan cium aku tak henti-henti. Anak aku akan kata "Geram mama comel dan gebu. Geram saya nak cubit-cubit."

Rupanya itulah anak...apa yang kita beri, dia lihat dan dengar, itu juga dia akan ulang tayang kepada kita.

Berbuat dan beri contoh yang baik, insyaAllah anak itu akan jadi anak yang baik.

Saturday, November 8, 2014

Plasticine

Tadi sambil makan malam, sambil melayan berita di tv.

Iman : Mama, plasticine tu kenapa pulak?
Aku : Plasticine yang mana?.
Iman : Tu...plasticine kat tv tu...

Aku pandang Abg. Abg angkat bahu sebab tak faham.

Iman dah nampak nak marah.

Iman : Plasticine yang Israel bunuh tu la!

Ooo Palestine.

Tak leh tahan....aku dan Abg gelak tak berbunyi.
Iman ternampak kami gelak.

Iman : Saya kan tak boleh sebut betul. Janganlah gelak!

Terus Iman merajuk.

Hehehe budak kecik yang prihatin.

Sorry ya sayang. Tapi mama gelihati.


Wednesday, November 5, 2014

Drama Bersiri : Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ)

Masihkah korang ingat dengan novel Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) yang ditulis oleh Tamar Jalis? Buku ini sangat popular di tahun 80an.
 
Aku sangat meminati novel bersiri ini walaupun aku ni penakut. Selalunya lepas aku baca buku SBDJ ni aku akan sorokkan di bawah tilam. Satu, sebab aku tak nak tengok gambar muka depan buku nanti aku susah nak tidur. Kedua, aku tak nak mak jumpa buku ni. Kalau mak jumpa buku ni...habis kena lempar masuk dalam hutan. Penat aku kumpul duit nak beli buku misteri dan seram terbaik sepanjang abad.
 
Aku suka cara Tamar Jalis mengolah cerita. Terasa hidup. Aku macam dibawa bersama  di dalam perjalanan kisah Datuk dan Tamar Jalis. Yang lebih buat aku tertarik, setiap tempat yang diceritakan memang benar-benar wujud dan ada kisahnya tersendiri.
 
Semalam kali pertama SBDJ disiarkan di saluran Mustika HD 134 dan Astro Bella 133. Drama bersiri ini akan bersiaran setiap hari Selasa pada jam 10 malam. Adik aku yang whatsapp aku sebab dia tahu aku memang peminat tegar SBDJ.
 
Boleh tahan juga ya...episod pertama aku dah seram-seram sejuk. Watak Datuk dipegang oleh Rahim Razali. Memang sesuai...sebijik macam yang aku bayangkan tiap kali membaca SBDJ. Cumanya Datuk lebih gagahlah kot. Rahim Razali nampak macam tak larat jer hehe.
 
Aku harap drama bersiri ini akan sehebat novelnya. Kalau tidak memang buang masa Yusuf Haslam tunggu sampai 23 tahun untuk hasilkan drama ini.
 
Apa lagi...jom berselimut dan tutup telinga setiap malam Selasa, pukul 10 malam. Hehe...tu cara aku tengok cerita-cerita seram. Aku suka tutup telinga. Sebab pada aku wajah yang hodoh tak menakutkan sangat bila tak diiringi sound effect yang menggerikan.
 


Sunday, October 26, 2014

DeliverEat

Aku kerap juga order makanan melalui servis DeliverEat
Mudah. Cepat. Jimat minyak kereta dan tak perlu bayar parking.

Setakat ni aku puas hati dengan servis DeliverEat.
Servis di kawasan Penang dan Seberang Perai sahaja.
Selalunya aku order bila time makan di pejabat.
Order awal pagi, dan boleh pilih penghantaran pukul berapa yang kita nak.

Pernah jugak aku balik lambat dari pejabat, tak sempat nak masak, so aku order dari pejabat, setkan masa yang aku agak akan sampai rumah.
Sesampai di rumah, sekejap tu depa pun datang hantar makanan.

Order dari Restoren Pelita melalui DeliverEat

Sekarang depa dah tambah servis penghantaran barang-barang keperluan harian.
Pembayaran melalui perbankan internet atau kad kredit.

Rider depa pun ok baik-baik dan sopan.
Yang penting menepati masa.

Cuma servis ni ada kos minimum.
Elok kalau nak order banyak.

Selamat mengorder :)

Saturday, October 25, 2014

Salam Maal Hijrah 1436

Salam Maal Hijrah 1436 untuk semua.
Moga tahun baru ini akan membawa lebih kebaikan dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Moga kita jadi seorang Islam yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Tuesday, October 21, 2014

Kalaulah Semua Bos Baik Hati Macam Ni :)

Pagi tadi aku terbaca tentang kisah seorang majikan di India yang menghadiahkan kereta, apartment dan barang kemas kepada pekerja-pekerjanya sempena Deepavali.
 
Amboi! Kayonya pakcik!
 
I pun nak kalau macam tu...hehe
 
Untung isteri-isteri pekerja ni yang dapat hadiah barang kemas. Berbaloilah depa bekerja keras untuk syarikat ni kan...
 
 
Credit to NST
 
AHMEDABAD, India : A generous boss in western India has given 1,200 of his workers new cars, deposits for flats and thousands of dollars worth of diamond jewellery as rewards for loyalty.
 
The diamond merchant from the city of Surat presented the lavish gifts to the employees in a ceremony on Sunday before the major Hindu festival of Diwali.
The presents, including those for worker’s wives, were part of Savjibhai Dholakia’s company loyalty programme worth a total of 50 billion rupees ($815 million).
 
“We have rewarded those employees who have contributed to the development of the company over the years,” Dholakia, chairman of Hari Krishna Exports, told AFP on Monday.
 
“The have sacrificed their family lives for the progress of the firm and hence they deserve the reward,” Dholakia said from Surat, a diamond polishing and export hub.
Most employees receive presents of some kind from their bosses during Diwali, the festival of lights, but they are usually just boxes of Indian sweets.
 
Dholakia’s complex loyalty programme, in which employees earn points in 25 criteria, has been in place for five years – but this year the rewards have reached new heights.
“We gave apartments to 207 employees, cars to 491 and jewellery to 500 employees,” Dholakia said.
 
“The (deposits on) apartments were given to those who did not own one,” he said, while cars were given to those workers who already have their own home.
 
Jewellery, worth a maximum $5,860 apiece, was given to some employees as presents for their wives because spouses “have also contributed indirectly to the progress of the firm“, he said.
 
Employee Gaurav Duggal said his two-odd years of working for the company had been “indescribable”
 
“The jewellery which they have given me is not only priceless, it shows the sentiment that the company has towards me and other employees,” he told the NDTV network.
Dholakia’s firm exports polished diamonds to 75 countries. -AFP

Sunday, October 19, 2014

Resepi Sihat : Sup Lobak Putih

Credit to Google
Orang Cina sangat gemar makan lobak putih. Lobak putih banyak khasiatnya. Antara khasiatnya ialah dapat menambahkan air susu untuk ibu yang menyusu, baik untuk penghadaman, baik untuk sistem urinari yang sihat.
Arwah ayah sangat suka makan lobak putih. Jadinya aku pun suka makan lobak putih sebab arwah mak selalu masak sup lobak putih masa aku kecik-kecik dulu.

Sup Lobak Putih

Bahan-bahan :

Lobak putih - buang kulit dan dipotong nipis membulat
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Halia muda - hiris
Lada sulah
Serbuk lada hitam
Garam
Gula - sekadar untuk naikkan rasa manis
Minyak zaitun

Cara-cara :
1. Panaskan satu sudu besar minyak zaitun.
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia muda sehingga layu.
3. Masukkan air.
4. Masukkan lobak putih.
5. Perasakan dengan garam, gula, lada sulah dan serbuk lada hitam.
6. Masak sehingga mendidih dan lobak putih bertukar menjadi translucent.

*Jika suka boleh tambahkan daun bawang yang dipotong-potong pendek.
Untuk perisa boleh ditambah kiub ikan bilis atau stok ikan bilis.

Saturday, October 18, 2014

Lengkuas vs Halia

Hari ini aku masak laksa.
Pagi-pagi lagi aku dah senaraikan bahan-bahan dan minta tolong Abg ke pasar.

Aku memang tak gemar ke pasar.
Orang ramai, kadang-kadang tergesel-gesel.
Sudahlah barang yang dijinjing berat. Aduh.
Aku lebih suka ke Giant, Mydin atau Tesco.
Lebih mudah tolak barang-barang yang dibeli menggunakan troli.

Untuk buat laksa perlukan lengkuas.

Tapi ini kali kedua Abg kena kecoh dengan peniaga di pasar.
Abg minta lengkuas tapi dibaginya halia.

Yang lebih malang Abg ni tak kenal-kenal yang mana halia, yang mana lengkuas hehe.
Penat dah aku  buat suai kenal antara lengkuas dan halia kepada Abg tapi asyik tak betul-betul beli lengkuas.

Rasanya sekali lagi aku akan snap gambar dan whatsapp gambar lengkuas bila Abg ke pasar lagi hehehe.

Tuesday, October 14, 2014

Monday, October 13, 2014

Sabah Menggamit Lagi

Hatiku bagai digamit untuk ke Sabah lagi. Masih terasa keseronokannya masa kami ke Sabah sedikit masa dulu.
 
Tapi bulan November dan Disember bukanlah masa yang sesuai untuk kami ke sana. Nampaknya kenalah tunggu tahun hadapan, insyaAllah.
 
Layan gambar-gambar yang aku snap masa trip ke Sabah hari tu.
 





Sunday, October 12, 2014

Pak Belang Mandi



Hari ni hari bertuah bila dapat tengok Pak Belang mandi di waktu pagi.
Amboi! Hebat berenang...smooth jer.
Aku pun tak reti nak berenang macam tu.
 
Pak Belang buat muka cool jer masa berenang.
Ke hulu ke hilir sampai kami yang bosan dan tinggalkan Pak Belang.
 
*Gambar kurang memuaskan disebabkan jerebu*

Friday, October 10, 2014

Kerja

Aku tersentuh dengan kata-kata seorang ustaz. Di mana kita bekerja sebenarnya telah ditentukan oleh Allah dengan tujuan kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita di situ.
 
Bila aku stress dengan pekerjaan aku, aku akan ingat kembali kata-kata ustaz tersebut. Allah tak akan letak kita di suatu tempat tanpa tujuan. Pasti ada sebab-musababnya kita di situ. Sama ada kita yang akan jadi agen perubahan atau kita yang perlu berubah ke arah yang lebih baik.
 
Walaupun letih, stress dan kadang-kadang migrain, aku terus bersabar dan banyak-banyak beristighfar. Ada sesuatu yang perlu aku ubah dan berubah.
 
Tak ada pekerjaan di dalam dunia ini yang mudah. Walaupun kita sering mebandingkan pekerjaan kita dengan pekerjaan orang lain yang kita sangkakan mudah dan hebat. Kita tidak menjerumuskan diri dalam bidang tersebut maka tak perlu banyak berkata-kata. Kadang-kadang apa yang dilihat oleh mata tidak sama dengan apa yang berlaku sebenarnya.
 
Ini cabaran untuk aku yang terpaksa menyelia lelaki-lelaki hardcore. Walaupun ada masa air mata mengalir juga tapi aku sama sekali takkan mengalah. Mereka cuma lelaki-lelaki hardcore. Aku ada Allah yang lebih hebat daripada segala-galanya :)

Go Mama Go! Don't Give Up!

Wednesday, October 8, 2014

Gambar+bosan+Aidiladha sunyi

Gambar-gambar waktu aku kebosanan termenung di balcony hotel.
Pantai yang semasa aku kecil ianya memang tak asing lagi.
Tempat mandi dan berkambus pasir dengan keluarga. 
 


Makanan hotel yang tak sedap.
Menyesal order.
Sebenarnya teringin ketupat dan rendang time tu isk isk.
Tapi tak ada dalam menu pulak :(
Ambil keputusan breakfast roti sapu kaya saja.
Daripada membazir rm40 seorang untuk buffet breakfast yang entah sedap ke tak.
Bot pelancong pun cuti raya.
Rumah orang kaya-kaya.
Macam bentuk sarang burung.
Buka tingkap terus nampak laut.
Bot cuti raya lagi.
Nak ke laut dengan jet ski ke?
Cuti raya la oiii.

Monday, October 6, 2014

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua. Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan mendapat keredhaaan Allah.

Kita hebat merancang tetapi Allah lah pelaksana yang terbaik.

Pagi raya selesai solat Aidiladha, kami ke rumah maklang. Beraya di situ sampai dua jam.
Bersembang, bergelak ketawa sambil makan ketupat dan rendang ayam di luar rumah.
Iman sangat allergik dengan kucing.
Sebab tu kami terpaksa duduk di luar rumah.
Maklang ada memelihara beberapa ekor kucing.
Kucing parsi yang gebu-gebu dan boleh buatkan Iman allergik.

Tengahari, Abg bawa aku dan Iman berehat.
Tak beraya ke mana-mana dah.
Cuma baring-baring malas sambil perhatikan Iman.
Doanya Iman cepat sihat dan cergas kembali.

Ini raya paling pelik aku rasakan setelah raya puasa hari tu.
Ya, ada sesuatu yang Allah cuba sampaikan.

Ya Allah...terima kasih kerana aku masih punya Abg dan Iman.

Maksu beberapa kali menjemput kami ke rumahnya.
Niat hati memang nak ke sana.
Tapi bila pandang Iman, biarlah dia berehat dulu.
Nanti Iman over excited, terbaring pulak dia lepas tu.

Nampaknya hari ni bolehlah kami ke rumah terbuka Pakngah.
Harapnya Iman gembira.
Iman dah sedih sebab tak dapat tengok lembu korban.
Iman sedih sebab tak dapat beraya dengan Nenek dan Tok Ki.

Dalam kehidupan ini banyak pengorbanan yang perlu dilakukan
demi untuk sebuah kebahagiaan ☺


Tuesday, September 30, 2014

Barah Kebab & Chicken Milani - Restoren Kapitan, Queensbay

Aku dari dulu lagi tertanya-tanya apa itu Barah Kebab bila masuk ke Restoren Kapitan.
Bila tanya kepada mamak tu dia punya penjelasan buat aku macam lagi tak faham.

Rupanya, Barah Kebab adalah Kebab Kambing. Ler...

Apa lagi...untuk peminat tegar kambing dan bebiri macam aku ni dah tak boleh tahan nafsu.
Order bang...order.

Sekali kebabnya sampai anakku pun berkata "Eh, makanan mama dah tak elok...dah ada lumut!."

Pengsan!

Sebenarnya warna hijau kelumutan tu disebabkan daging kambing tadi disiramkan sos pudina.
Bukan sebab dia perap sampai naik lumut hehehe.

Abg lagi best. Abg bagitau Iman "Haaa inilah namanya Kebab Incredible Hulk. Arrghhhh!."

Ting tong betui suami aku ni.

Tapi, cubalah order Barah Kebab. Memang sedap. Aku suka. SUKA!

Rupa Barah Kebab ni macam kena spray cat pun ada jugak. Gulp!

Abg pulak order Nasi Beriyani Chicken Milani.
Aku tengok Abg interview mamak tu macam wartawan tv3 untuk segmen Majalah 3.
Abg nak tahu ingredients Chicken Milani.
Mamak tu pulak aku tengok tergeleng-geleng.

Rupanya mamak kata tarak tau apa ingredients Chicken Milani (penipu betui).
Abg pun makan.
Abg kata sedapnya.
Abg tanya aku "Yang tahu tak apa depa boh dalam Chicken Milani ni."
Aku sengih jer.

Sebenarnya depa letak cheese dan apa lagi ntahlah dalam Chicken Milani tu,
Aku malas cerita banyak dengan Abg.
Sebab dia kononnya geli makan cheese.
Walhal psikologi jer bukan sebab allergic ke apa.
Bila dia tak tahu itu cheese, dia pulun jer makan sambil sengih-sengih.
Jahatkan aku haha.

Chicken Milani...nyum nyum

So, kalau korang ke Restoren Kapitan Queensbay, jangan lupa order Barah Kebab dan Nasi Beriyani Chicken Milani di samping Roti Naan Cheese yang sedap tu :)

*Entri ini tidak ditaja oleh Restoren Kapitan kikiki*

Monday, September 29, 2014

Rahsia Bancuhan Kopi dan Teh Tarik Sedap

Untuk buatkan kopi dan teh tarik anda lebih sedap, jangan lupa campurkan secubit garam di dalam bancuhan. InsyaAllah, kopi dan teh tarik anda akan lebih ummph!
 
Pernah aku hidangkan air kopi kepada kawanku ketika mereka datang ke rumah. Sebelum balik, si suami minta aku belikan serbuk kopi yang aku gunakan untuk mereka bawa pulang ke Selatan. Tapi, bila sampai di rumah, isterinya kata suaminya merungut rasa kopi masih tak sama seperti kopi yang aku bancuh.
 
Aku beritahu rahsia untuk sedapkan bancuhan kopi. Pada awalnya mereka ketawakan aku. Akhirnya bila dah cuba barulah mereka percaya. Hehe...
 
Cubalah...tapi jangan masukkan garam sampai satu sudu besar. Itu lain pulak jadinya.

Sunday, September 28, 2014

Roti Sarang Lebah

Sekejap saja rasanya kita dah bakal menyambut Hari Raya Korban pulak minggu hadapan. InsyaAllah, tahun ini kami akan buat korban di Terengganu. Ya, balik beraya di Terengganu lagi. Doanya segala urusan perjalanan dipermudahkan Allah.
 
Urusan adik-adik juga telah aku selesaikan, alhamdulillah. Sudah lepas janjiku kepada arwah mak dan ayah. Lepas ini pandai-pandailah mereka nak menjalani hidup yang penuh dengan cabaran ini. Aku sudah letih. Aku mahu berehat dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap keluargaku.
 
Semalam, walaupun agak letih, aku buatkan roti untuk Iman dan Abg. Kesian aku tengok Iman yang nak sangat makan roti yang aku buat. Untuk Abg pula aku buatkan Roti Sarang Lebah.
 
Hari tu Makngah ada berikan kami Roti Sarang Lebah. Bila dah makan dan rasa sedap, mulalah aku cuba untuk membuatnya. Sebelum ni aku tak terliur langsung melihat Roti Sarang Lebah di dalam FB dan blog-blog masakan. Aku bayangkan roti ni besar. Rupanya, comel dan taklah terlalu manis.
 
Resepi doh aku gunakan resepi roti yang aku ada. Manakala resepi Sos Butterscotchnya aku ambil daripada blog Secubit Garam
 


Abg suka sangat makan Roti Sarang Lebah ni. Kalau nak beli kena order, so baiklah aku buat sendiri. Kata Abg rasa roti yang aku buat sama dengan rasa roti yang Makngah bagi. Alhamdulillah :)
 
Sekejap lagi nak ajak Abg keluar bawa Iman jalan-jalan. Satu hari terperap di dalam rumah yang comel ni. Kesian Iman. Esok dah sekolah. Mesti Iman rasa bosan.
 
 
 
p/s"Maaflah...aku malas menyalin semula resepi hehe. Boleh jer ke blog Secubit Garam yang popular tu untuk resepi lengkap."
 
 

Sunday, September 21, 2014

Amalan Baik Separuh-separuh

Petang tadi semasa aku tunggu Abg ke kedai, aku terpandangkan sesuatu.
Amalan tidak membuang sampah di merata tempat memang baik.
Tapi cubalah tengok betul-betul kat mana sampah dalam gambar ni dibuang.

 
Agak-agaknya tuan punya basikal naik angin tak?
Penuh sampah dalam raga basikalnya.
Seorang pakcik yang lalu-lalang kat situ pun buang sampah dalam raga basikal ni.
 


Monday, September 15, 2014

Congratulation vs Condolence

Pernah tak korang beli kad untuk ucapkan tahniah atau takziah kepada kawan-kawan?

Perkara paling bodoh yang pernah aku buat ialah tertukar kad tahniah dengan kad takziah.

Pada waktu yang sama, seorang kawan akan berkahwin sementara seorang lagi sakit.
Prihatinlah kiranya...aku pun belikan kad untuk dihantar kepada dorang.
Masa tu aku tengah serabut dengan final exam yang memang nak buat pelajar macam aku ni mati di kepuk (harap faham...kalau tak faham tak per hehe).

Balik dari shopping mall aku bersemangat tuliskan kad dan pos kepada kawan yang akan melangsungkan perkahwinannya di minggu hadapan.
Kebetulan dengan exam clinical yang macam nak maut tu menyebabkan aku tak dapat hadir ke majlis perkahwinannya.

Balik dari pejabat pos aku terus ke meja study...nak sambung baca buku untuk exam seterusnya.
Kad untuk kawan yang sakit belum aku poskan.

Aku buka kad tersebut sambil berfikir apa yang nak aku tuliskan kepada kawan ku itu.

Oh! Terkedu.

Kenapa dalam kad tu ditulis CONGRATULATIONS!

Macam aku nak hantuk kepala ke dinding.
Aku dah tersilap hantar kad kepada kawanku.
Sah mata dan otakku dah tak synchronize time aku tulis kad untuk kawan ku.

Akibatnya...aku kehilangan seorang kawan.
Aku jamin dia  marah sangat bila terima kad aku.
Sudahlah dia memang spesies pemarah tahap dewa petala bumi.

Sekian. Hilang seorang kawan akibat sekeping kad.

Saturday, September 13, 2014

Kelas Roti : Lahar Kepar, Kepala Batas

Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar membuat roti, anda bolehlah berhubung dengan Ustazah Aminah. Bayaran adalah berpatutan dan kaedah pembelajaran sangat santai.

Pembelajaran secara hands-on



Lebih mudah kiranya anda datang secara berkumpulan 8-10 orang untuk kelas roti ini.

Anda akan diajar untuk membuat pelbagai roti yang sedap untuk jualan. InsyaAllah, Ustazah Aminah sangat tidak kedekut dengan ilmu.

Bentuk pelbagai hasil tangan pelajar

Selesai kelas...tapau.


Aku berminat belajar membuat roti dengan Ustazah Aminah selepas aku beli dan rasa roti yang beliau hasilkan. Memang sedap!

Roti Pizza

Ustazah Aminah juga sangat menggalakkan para pelajarnya untuk memulakan bisnes roti setelah belajar. Ini adalah untuk memenuhi tuntutan agama dalam menghasilkan makanan yang halal dan suci bagi keperluan umat Islam.

Jom...sama-sama kita menuntut ilmu :)

Ustazah Aminah
019-5456254


Friday, September 12, 2014

Matikanlah Kami Dalam Iman

Minggu ni aku agak kelam-kabut. 
Ada urusan penting yang perlu diselesaikan.
Allah pula duga aku dengan sakit mata (conjunctivitis).
Dalam keadaan mata pedih dan cekang aku terpaksa bergerak.
Bergerak mulut jer...bagi arahan dan minta tolong daripada ahli keluarga yang lain.

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku dengan ahli keluarga yang baik; sangat membantu.

Aku merancang untuk melakukan semuanya sendirian; atau berdua dengan Abg.
Tapi Allah bagi aku rehat.
Dengan spek hitam; yang Abg hadiahkan aku sempena sakit mata.
Alhamdulillah...dapat spek hitam yang cantik.

Malam, baru aku akan keluar rumah dengan Abg.
Waktu malam kurang sikit pedihnya mata ini.
Tapi aku tetap pakai spek hitam untuk kurang kan gatal dan silau...pedih.

Dalam kereta aku diam berfikir perancangan yang dibuat.
Perlaksanaannya semua atas izin Allah.

Tiba-tiba anakku mula menyanyi.

"Ya Allah, matikanlah kami dalam iman."

Sepanjang jalan anakku melagukan ayat itu.

Aku tersenyum sendirian.
Allah sayangkan hambaNya.
Maka diturunkan kesakitan, musibah dan kesusahan.
Hanya semata untuk memastikan hambaNya makin dekat padaNya.

Terima kasih ya Allah.

Saturday, September 6, 2014

Roti Senget Benget

First time buat roti.
Tangan keras tak berseni langsung.
Walaupun roti lembut dan gebu, bentuknya out.

Korang tengok boleh.
Janganlah gelak kuat-kuat sangat.
Malu aku.



Percubaan Pertama. Senget!

Gebu

Percubaan kedua. Letak cheese dan tabur gula.

Percubaan ketiga. Bulat tak serupa bulat. 

Percubaan keempat. Sos main tuang dari botol.

Percubaan kelima. Adalah bentuk sikit.

Suka yang ni. Kecik comel berkilat. 

Banyak-banyak benda, berus dan botol sos aku lupa beli.
Maka beginilah rupanya.
Apa-apa pun alhamdulillah...menjadi.
Anak dan Abg dah suruh buat roti hari-hari.
Nampaknya biceps aku akan membesar.
Tak payah susah-susah angkat dumbell lagi.



Friday, September 5, 2014

Happy Birthday Abe Sahak!

Kek Birthday untuk Ayah!
Last week birthday Abg.
Aku tak berapa sihat...rancangan nak sediakan kek suprise untuk Abg telah terbantut.
Akhirnya anak aku yang siapkan kek daripada Playdoh untuk ayahnya.

Abg "Ni kek ka kereta kebal ni?"
Iman "Itu lilin lah ayah...apalah...tiup cepat!"




Monday, September 1, 2014

Bun

Aku la ni tengah gila buat roti bun.
Alang-alang dah pi kursus takkan nak biar ilmu berlapuk macam tu.
Maka tiap-tiap hari aku cuba praktis buat bun.
Almaklumlah aku ni bukannya pandai...yang biasa buat pun pizza ja.

Malam ni aku buat bun lagi.
Anak aku tanya "Bun ni nama apa pulak mama?"

"Bun Ki Moon."

Spontan aku jawab sebab dah terlalu mengantuk dan letih.

Anak aku terus dok menyanyi-nyanyi "Mama buat roti bun kin moon." berulang-ulang.

Hentam sajalah labu :-p

Monday, August 18, 2014

Macam Tu Nak Tangkap Rama-rama Rupanya...

Last week aku bersembang dengan seorang penyelidik senior.
Memang seronok sembang dengan 'orang lama' ni.
Pengalaman cukup banyak.

Pastu penyelidik ni tanya aku tahu dak teknik nak umpan dan tangkap rama-rama dengan mudah.
Aku manalah tahu.

Kemudian dia pun bukalah rahsia.

Korang tau apadia?

Kata dia, gunakan air kencing.
Sat ja rama-rama akan mai.

Aku spontan tergelak-gelak.

Penyelidik tu kata "Ini serius walaupun bunyinya macam lawak."

Rahsia dah terbongkar...
Cuba korang cuba, try, test tengok haha.

Tuesday, August 12, 2014

Gambar Raya Lama 1

Aku terjumpa gambar raya masa puluhan tahun yang lepas.
Gambar masa aku masih tinggal di kampung.
Aku pun dah tak tahu mana perginya kawan-kawan aku dalam gambar tu.
Indahnya saat masih kecik...

Aku, sepupu dan rakan-rakan semasa kecik.
Kami bergambar di depan rumah aku; di depan pokok ketapang yang besar.
Rindunya saat itu. Keliling kampung kami ronda kutip duit raya.



Thursday, August 7, 2014

Roti Jala Untuk Makan Malam

Petang semalam aku teringin sangat nak makan roti jala cicah dengan kari ayam dan kentang. Manalah nak cari malam-malam orang jual roti jala. Akhirnya kenalah balik kerja dan masak sendiri.

Laaa...rempah kari daging cuma ada sebungkus dalam almari. Mau tak mau aku campur sebungkus rempah kari daging dan sebungkus lagi rempah kari ikan. Sedap. Kari aku tak pakai santan. Tapi tetap pekat dan likat. Serbuk kari kena banyaklah sikit.

First time aku gunakan frying pan yang paknjang belikan untuk aku di Pasar Kemboja, Parit Buntar. Memang baguslah frying pan  tu. 

Mak ajar aku kalau buat roti jala, setiap kali dah habis menjala acuan tu kena terbalikkan supaya muncungnya tak tersumbat dengan tepung dan jadi "buta". Ha..ingatlah tu ya.

Frying Pan untuk roti jala.

 Roti jala aku lipat fesyen lama macam mana arwah mak ajar aku dulu.

 Kari ayam. Yang banyaknya kentang.

Iman di dalam wad pada pagi raya. Dia nak pakai baju raya tapi dok termenung sebab tak boleh beraya.

Iman makan roti jala sahaja tanpa kuah. Iman kata budak-budak memang makan roti jala kosong. Pandailah dia hehe.

Bila masak roti jala aku akan teringat arwah mak dan ayah. Mak selalu masak roti jala sebab ayah sangat suka makan roti jala di waktu petang. Rindunya kat depa...

Oh ya! Sekeping roti jala nilai kalorinya adalah 30kcal. Itu nilai kalori roti jala tanpa kuah kari ya hehe.

Wednesday, August 6, 2014

Ucapan Selamat Hari Raya Yang Terlewat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Ucapan moga tak terlewat.

Gambar di pagi raya. Iman yang snap. Kepala kami dah hilang! Ler...

Kami beraya di hospital.
Anak kesayangan kena serangan asthma dua hari sebelum raya.
Akhirnya kampung Abg pun kami tak sampai.
Tersangkut di hospital di pertengahan jalan balik ke kampung.

 Tangan dah dicucuk pun gigih lagi nak main tab. Pastu bising sakit jarum tercucuk hehe.

Ni mesti tengah mimpi jadi Ultraman.

Rupanya terasa kesedihan di malam raya berada di wad.
Sedih lihat keadaan anak dengan nebulizernya.
Sedih dengar bunyi takbir raya.
Sedih sebab macam-macam perancangan telah dibuat untuk memeriahkan raya di rumah mertua;
Semuanya tergendala.

Kemudian aku tersedar. 
Apa sangatlah kesedihan aku tu nak dibandingkan kesedihan rakyat Palestine.
Insaf terus.

Alhamdulillah Makndak dan Maklong sudi hantarkan juadah di malam dan pagi raya.
Terima kasih!
Sayang Makndak dan Maklong.



 Aku tak reti nak balut ketupat stail Kelantan macam ni. Macam susah jer.

Sia aka mangkuk bertingkat yang penuh juadah untuk pagi raya esoknya.

Mak mertua dan ipar-ipar juga melawat Iman di wad.
Terima kasih!

Kek yang aku tempah daripada sepupuku...kononnya nak buat suprise kat Mak Mertua. 

Menu Iman untuk Hari Raya Kedua. Kalau order sah mama dan ayah Iman yang pulun makan.

Setiap sejam Iman kena pakai Nebulizer. Moga cepat sembuh terus anakku.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...