Pages

Sunday, May 31, 2015

Musim Durian

Durian dah mula banyak orang jual. Tak tahulah durian Siam atau durian kampung. Tapi kalau tanya si penjual sokmo jawabnya durian kampung. Bila balik, buka tengok rupanya durian Siam. Terus potong stim nak belasah durian.

Aku memang cerewet. Aku takkan makan durian Siam. Walaupun ada sesetengah gemar durian Siam sebab ulasnya tebal bijinya kecil. Rasa durian Siam sangat aneh pada lidah aku.

Tak sabar rasanya nak beli durian banyak-banyak dan makan dengan nasi putih, air garam dan gula. MasyaAllah nikmatnya.

Nanti aku nak pi beli durian Balik Pulau. Itu memang dah pasti rasanya terbaik hehe.

Anak aku juga hantu durian. Sebab selalu sangat tengok cerita Upin dan Ipin, dia sendiri dah pandai minta belikan durian dan manggis. Kata anakku lepas makan durian kena makan manggis. Sebab durian panas, manggis boleh sejukkan kembali badan kita. Hehe...bagus bagus. Tak dapat manggis, kita minum air dalam pangsa durian atau lebih mudah kita beli jer air cap Badak. Oh! Durian. I love you! Haha.

Tuesday, May 26, 2015

Claim

Yang jadi bos besar senang sungguh nak claim. Yang pangkat kecik-kecik ni susah sungguh nak buat claim sebab bos besar berat nak luluskan.

Aku rasa ada ketidakadilan di situ.

Claim yang dibuat bukan suka-suka hati. Dahlah ke kursus menggunakan duit sendiri, bila tiba nak claim balik punyalah payah hanya sebab bos besar punya banyak soal macam claim tu nak guna duit dia. 

Sedih aku tengok. Sudahlah setahun sekali nak berkursus pun payah. Bajet yang dah disediakan untuk claim kursus pun tak boleh digunakan. Abih-abih tengok bos gak yang guna untuk claim ntah apa-apa. Donia.

Aku cuma mampu perhati dan geleng kepala sajalah. 

Monday, May 25, 2015

Elak Serbuk Nescafe Jadi Keras

Aku tahu ramai penggemar Nescafe rasa kecewa bila serbuk Nescafe selalu keras di dalam botolnya. 

Aku ada satu kaedah untuk pastikan serbuk Nescafe boleh digunakan sampai ke suduan yang terakhir.  

Senang ajer...setiap hari cuma perlu goncangkan dan tunggang terbalikkan botol Nescafe tersebut. 

Cubalah kalau tak percaya hehehe.

Saturday, May 16, 2015

Resepi Cucur Ikan Bilis

Hari ni aku sediakan sarapan awal. Pukul 6.30 pagi dah mengadap meja makan kunyah cucuq ikan bilis.

Resepi cucur ikan bilis ni aku ambik daripada buku masakan: Resepi Blogger Nooriah Abdullah.

Sedap. Rahsia cucur ni macam yang pernah aku cerita dalam blog satu ketika dulu...masukkan sesudu minyak panas dalam adunan tepung (Cucur Udang Rangup)

Lembut di dalam, rangup di luar.

Resepi Cucur Udang (aku tukar ke Cucur Ikan Bilis)

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 biji telur
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1/2 batang lobak merah
Udang segar secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam, gula dan air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

1. Panaskan minyak di dalam kuali terlebih dahulu. Untuk dapat cucur yang cantik, minyak perlu banyak, api perlu perlahan.
2. Satukan semua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk. Air dituang sedikit demi sedikit sehingga cukup kepekatannya.
3. Masukkan lebih kurang satu sudu besar minyak panas dari dalam kuali ke dalam adunan tepung tadi.
4. Bolehlah sudukan atau jemput menggunakan tangan adunan ke dalam kuali.

Jangan makan cucur ni banyak-banyak ya. Seketul cucur pun dah hampir 60 kcal. Hehehe.


Tuesday, May 12, 2015

Resepi Sosej Roll

Bahan-bahan:

10 keping roti Gardenia
10 batang sosej - direbus sekejap, sejat biar air kering
2 putih telur
Breadcrumbs

Kaedah:

1. Gelekkan roti sehingga nipis menggunakan kayu penggelek atau tekan-tekan dengan tangan pun boleh.
2. Masukkan sosej dan gulung roti.
3. Sapu sedikit putih telur di hujung roti untuk lekatkannya.
4. Celupkan roti ke dalam putih telur yang telah dipukul.
5. Golekkan roti di dalam breadcrumbs.
6. Goreng di dalam minyak sederhana panas.
7. Angkat dan hidangkan.






Ini semua anak aku yang pulun mintak aku buatkan pagi-pagi sebelum ke sekolah. Katanya kemarin kawan-kawan di sekolah dia kelaparan dan bergaduh berebut sosej roll yang dia bawa. Haha budak-budaklah kan.

Maka hari ni dia mintak aku buat banyak so tak payah kawan dia gaduh-gaduh hehe. Dapatlah dalam dua puluh ketul. Jangan tak cukup lagi sudahlah...kang mama buka gerai kat sekolah pulak haha.

Friday, May 8, 2015

Nasi Sila Lahar Kepar

Minggu lepas aku ajak adikku keluar makan. Dah lama kami tak makan-makan bersama. Lagipun kami dah rindu sangat dengan si comel Aqil.

Sebab nak makan malam, kami sepakat menuju ke Nasi Sila Lahar Kepar di Kg Padang, Kepala Batas.

Kami orang pertama yang sampai. Operasi baru nak bermula. Restoren ni buka dari jam 6.30 petang hingga 11.30 malam. Tutup setiap hari Sabtu.

Ini kira first timelah kami nak makan di sini. Selalu asyik dok tengok orang jer makan, beratur panjang.

Konsep makan kat sini ialah sila pi beratur, pesan lauk apa yang nak, ambik talam/dulang, pi la hidang sendiri di meja.

Lauk-pauknya jenis yang tradisional. Tak daklah lauk-lauk moden. Kiranya kedai ni memang khas untuk orang yang nak makan nasi berlauk di malam hari. So adalah pilihan lain selain mamak's.

Kat depan restoren ni ada dijual satey. Pada aku satey tu sedap dan murah. 


 Lauk-pauk yang kami makan petang tu...


Anak sedara aku yang comel si Aqil. Mulut comel Aqil dah kena tutup dengan puting hehe.

Kesimpulannya makan di Nasi Sila Lahar Kepar ni oklah. Aku tak rasa ada apa yang istimewa. Biasa-biasa saja. Macam masak kat rumah hehe. Cuma satey memang sedap. Nyum nyum.

Tapi yang seronoknya dapat berkumpul bersama ahli keluarga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...