Pages

Saturday, December 26, 2009

Jom Posing



Tadi petang aku saja suruh abg bawa aku ronda-ronda di Empangan Mengkuang. Ronda-ronda dalam kereta saja, bukannya aku boleh turun berjalan. Sekurang-kurangnya dapatlah aku legakan biji mata tengok kehijauan dan pemandangan yang berbeza; kalau tidak asyik pandang tilam dan dinding bilik. Bosan!

Aik! Di celah-celah pokok kami nampak macam ada pasangan berbaju cantik lebih tepat berbaju pengantin. Aaa betullah ada pengantin baru bergambar di celah-celah pokok dan rumput memanjang memendek yang tidak dimesin. Mulanya aku ingat aku dah nampak puteri dan putera bunian kat Empangan Mengkuang. Almaklumlah Empangan Mengkuang tu kan ala-ala misteri sikit hehe.

Kemudian bila abg drive melalui tempat parking, ada lagi sepasang pengantin yang sedang tersipu-sipu diarah oleh jurugambar untuk berposing. Apada...kalau dah tahu malu buat apala pergi ambil gambar di tempat-tempat macam tu. Ambik gambar dalam bilik dah ler...

Bila abg belok untuk pusing balik ada lagi sepasang pengantin juga sedang tersenyum-senyum diarah berposing oleh jurugambar.

"Abg, awat depa berposing sakan kat sini?" aku bertanya pelik.

"Ntah," jawab abg malas layan aku.

Empangan Mengkuang tak menarik mana pun nak dijadikan latar belakang gambar. Lainla kat Botanical Garden atau Putrajaya...Itu baru best!

"Baikla depa pi ambik gambaq dalam studio lepas tu superimposed kan kononnya depa dok kat mana-mana," aku terus membebel macam nenek tua.

Abg buat deeek saja. Ces.

Teringat zaman aku kawin dulu. Jangankan jurugambar, jurumekap pun tak ada. Akulah mekap muka aku sendiri, nasibla jadi macam hantu ke tepung gomak. Bukannya apa sebab itulah pertama kali aku pakai alat mekap ke muka sendiri hahaha. Jurugambar lagilah jauh panggang daripada api. Harapkan kawan-kawan dan sedara-mara saja yang ambikkan gambar. Itu yang bila siap gambar aku rasa nak menangis pun ada. Ada sekeping dua saja yang ok, yang lainnya hancus!

Tapi apa boleh buat, kawin ni pakai duit banyak. Jadi berjimatlah apa yang perlu. Apa yang penting keberkatan dan elakkan pembaziran.

Cuma aku tak nafikan, masa adik-adik ipar aku kawin, ada gak terasa kecik hati sikit. Apa taknya, tengok depa bersalin baju macam buat fesyen show. Muka sorang-sorang lak bergemerlapan macam artis-artis.  Ada jurugambar lak tu. Kemudian aku tenang-tenangkan diri dan berfikir secara waras kembali. Buat apalah aku jadi seperti orang lain. Cukuplah aku jadi diri sendiri. Yang penting segalanya telah selamat dan aku bahagia. Alhamdulillah.

Dan yang penting tak ada gambar aku berposing di Empangan Mengkuang...apa kelassss! Hahaha (ayat orang dengki).

Friday, December 25, 2009

Kain Batik, Kain Pelekat

Ya, aku bukan jenis manusia yang berkain batik. Kecuali terpaksa; macam sekarang.
Aku tak selesa berkain batik kerana aku rasa tak selamat. Dengan perwatakan aku yang kasar, kain batik boleh terlucut tanpa disedari...Ini pernah berlaku tapi selamatlah kerana di dalamnya aku dah pakai track-suit.

Aku tak suka tengok orang yang berkain batik dan berpelekat tapi tak pandai-pandai tukar kain yang lusuh kepada kain yang baru.

Bila mereka ini berdiri atau berjalan menghadap cahaya selalunya telus betul pandangan dari dalam kain batik dan kain pelekat ini. Ish!

Serta rajin-rajinlah anda yang berkain ini menukar kain setiap hari. Bau kepam bila dah seminggu asyik pakai kain yang sama. Ish!

Wednesday, December 23, 2009

Hehehe



A wife was making fried eggs for her husband for breakfast. Suddenly her husband burst into the kitchen.


"Careful... Careful!!! Put in some more butter! Oh my God! You're cooking too many at once. Too many! Turn them! Turn them now! We need more butter. Oh my God! Where are we going to get more butter? They're going to stick! Careful... Careful!!! I said be careful! You never listen to me when you're cooking! Never! Turn them! Hurry up! Are you crazy? Have you lost your mind? Don't forget to salt them. You know you always forget to salt them. Use the salt. Use the salt! The salt!"



The wife stared at him and asked, "What the heck is wrong with you? You think I don't know how to fry a couple of eggs?"

 The husband calmly replied, "I wanted to show you what it feels like when I'm driving with you in the car."

Tuesday, December 15, 2009

JANGANNNN!

1. DON'T SLEEP WITH WATCH

Watches can emit a certain level of radioactivity.
Though small, but if you wear your watch to bed
for a long time, it might have adverse effects on your health.


2. DON'T SLEEP WITH BRA

Scientists in America have discovered those that
wear bras for more than 12 hours have
a higher risk of getting breast cancer.
So go to bed without it.


3. DON'T SLEEP WITH PHONE

Putting the phone beside your bed or anywhere
near you is not encouraged.
Though some of us will use phones as alarm clocks,
but please put the phone as far as possible.
Scientists have proved that electrical items including
mobile phone and television sets emit magnetic waves when used.
These waves can cause disruptions to our nervous system.

Therefore if you need to put your mo! bile phone near you,
switch it off first.


4. DON'T SLEEP WITH MAKE UP

People who sleep with make up might have
skin problems in the long run.
Sleeping with make up will cause the skin to have
difficulty in breathing and problem in perspiring.
You will also need a much longer time to go into deep sleep.


Lastly.....


5. DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND

You may never wake up again. : )

Monday, December 14, 2009

Kepala Angin

Kesian sapa yang bersuami/isterikan si kepala angin.
Masa bercinta memanglah gelak kukakiki.
Lepas kawin aku rasa hari-harilah ko makan selipar.

Sebelum berkahwin tu siasatlah betul-betul latar belakang pasangan korang.
Jangan lepas ni baru nak menyesal.

Ingat lagi masa aku di U, si kepala angin ni silap sikit naik tangan ke muka aweknya.
Yang peliknya aweknya terus setia walaupun hari-hari nangis.
Lepas dah kawin tak tahulah macam mana.
Aku rasa tayar motor lak wheelie naik atas muka pompuan ni.

Ngeri kalau bayangkan.
Tapi entahlah...cinta itu buta.
Lepas kawin baru nak nangis.

Takut-takut si kepala angin macam ni, akhir-akhir kena santet jer.
Tak pun dijamu nasi ka******
Eee...nasibla.
Baru hilang kepala angin, tinggal kepala paip.

Thursday, December 10, 2009

Pertama Kali Kami Bersua



Kali pertama aku lihat hantu masa berumur 3 tahun.
Masa tu kami sekeluarga baru pulang dari Pahang, naik keretapi.

Sampai saja di rumah aku jadi tak tentu arah.
Aku mula menangis.
Menangis dan menangis.

Mak dan ayah jadi tak menentu tengok aku menangis tak henti-henti.

Aku masa tu masih kecil. Tak tahu macam mana nak beritahu mak dan ayah apa yang aku nampak.
Akhirnya aku bersuara "Hantu, hantu."

Aku tunjukkan setiap arah di mana hantu yang aku lihat melompat-lompat.
Memang hantu tersebut melompat-lompat di sekeliling aku.

Mak terus bacakan ayat-ayat suci Al-Quran padaku.
Ayah capai penyapu lidi dan kibaskan ke arah yang aku tunjukkan.

Akhirnya hantu tersebut hilang.
Aku terlena dalam sedu-sedan.
Aku demam panas yang teramat lepas tu.

Eh! Tak percaya ke?
Betul, aku masih ingat apa yang berlaku walaupun umurku baru 3 tahun.
(Dan aku masih ingat lagi bila aku lihat jasad arwah Pakcik Man dikapankan...aku masih kecil masa tu).

Tuesday, December 8, 2009

Rock Lagik!

Ayah bagi duit belanja sebanyak RM1 setiap hari untuk aku ke sekolah. Jumlah tu nampak banyak untuk budak sekolah rendah di zaman 80an. Tapi hakikatnya tolak duit bas pergi balik, aku cuma tinggal tiga puluh sen untuk makan. Sepuluh sen untuk sirap, sepuluh sen untuk mee goreng atau nasi lemak. Sepuluh sen lagi untuk berfoya-foya (rasa dah habis hebat time tu).

Tapi aku simpan duit sepuluh sen tu untuk lengkapkan misi aku. Misi nak beli kaset rock. Kadang-kadang aku cuma minum sirap, bawa bekal nasi lemak sardin yang Wa buat. Jadi jimat dua puluh sen.

Sebelum naik bas untuk balik, aku jalan lajak sikit dari stesen bas ke kedai jual kaset. Aku ingat lagi Cina yang jual kaset ni selalu tersenyum manis dengan dua lesung pipit di pipi..eeeuuii.

Aku akan belek-belek kaset rock kat situ. Sambil chup kaset mana yang aku nak beli. Nak beli, bukan boleh beli lagi. Kemudian aku akan bagitahu cina lesung pipit tu..."Simpan kaset ni untuk saya na...nanti saya mai beli."

Cina kalau menjual memang bagus. Dia angguk-angguk dan senyum sambil beri keyakinan kepada aku yang dia akan simpankan kaset itu untuk aku. Kalau orang Melayulah yang si penjualnya, mesti aku dah kena gelak. Dahla pakai uniform sekolah rendah.

Berpeluh aku simpan duit. Lebih dari sebulan jugalah baru aku mampu beli kaset yang berharga rm10 masa tu (murahkan!). Cina lesung pipit tu gelak saja pada aku time aku beli kaset yang aku suruh dia simpan. Kemudian pada masa yang sama aku suruh dia simpan kaset yang lain pulak. Itu untuk stok 2-3 bulan lagi. Sebelum bawa balik kaset, Cina tu akan testing dulu kaset yang aku beli. Bestnya dengar lagu berdentam-dentum. Kaset pertama aku beli, Search dan kompilasi lagu-lagu hitnya.

Balik rumah aku termenung. Nampaknya aku kena simpan lagi kaset yang aku beli. Di rumah aku tak ada radio kaset. Macam mana aku nak dengar lagu-lagu dari kaset tu. Ciss! (Masa aku tingkatan 2 barulah ayah belikan aku radio kaset...dapatlah aku dengar semua kaset yang aku beli).

Cerita aku sebijik macam cerita Kami lakonan allahyarham Sudirman. Hehe.

Dan jangan terkejut kalau time tu aku dah kenal Akil Hayy yang menganggotai kumpulan D'Riyadh....dengan alunan suara nak terkucilnya "Di Alam maya ini.....harta dan harga diri.....bukanlah mainan....tapi kenyataan...bla bla bla...." Blah ler lu Akil Hayy.

(Sepupu aku sarankan aku pada masa tu beli kaset di pasar malam...cetak rompak...rm5. Eee tak rockla main cetak-cetak rompak nih).

Saturday, December 5, 2009

Ex-Boyfriend

Disebabkan aku rock, aku kena ada boyfriend yang rock juga. Kawan-kawan aku semua ada boyfriend time tu. Aku pun ada...tapi sembunyi-sembunyi.

Kawan-kawan aku simpan gambar boyfriend depa dalam purse. Aku pulak simpan gambar boyfriend aku dalam wallet. Huh! Different kay. Tapi aku tak pernah tunjuk gambar boyfriend aku pada sesiapa pun hatta pada sahabat baik aku sendiri. Percintaan itu satu rahsia, antara aku dan dia saja. Indahnya.

Suatu hari ada spot-check. Ha! Semua purse kena geledah termasuk wallet aku. Yang mana ada gambar semua kena rampas. Merah juga mata kawan-kawan aku menahan sedih sebab gambar boyfriend depa kena rampas.

Aku? Masih senyum lebar. Gambar boyfriend aku tak kena rampas pun. Cuma cikgu yang buat spot-check berkerut tenung gambar boyfriend aku dalam wallet. Kemudian wallet aku dipulangkannya.

Kawan-kawan ramai yang tak puas hati. Depa datang nak tengok gambar dalam wallet aku. Mahu tak mahu terpaksa aku tunjukkan. Depa macam cikgu tadi gak, berkerut dahi lalu berlalu tanpa berkata apa-apa.

Sah. Cikgu dan kawan-kawan aku memang tak kenal boyfriend aku yang cukup gah time tu. Hahaha.
Time tu aku tengah angau dengan Jon Bon Jovi.



Friday, December 4, 2009

Aku nak Rock!

Masa umur aku 12 tahun, aku rasa aku paling rock. Aku suka dengar lagu-lagu rock, Melayu ada, English pun ada. Budak-budak sebaya aku time tu tak reti pasal rock lagi...aku dapat ilham rock ni kat mana pun aku tak tahu. Mungkin sebab perangai aku, aku tak suka sama macam orang lain. Apa aku buat, aku nak lain dari yang lain. Sampai pakaian pun lain daripada kawan-kawan aku (sekarang kalau tengok semula gambar lama...sakit perut aku gelakkan diri sendiri).

Kalau dah nak jadi rock, rambut kena rock. Sebelum ni tukang gunting rambut aku adalah Mak. Mahu tak mahu Mak akan paksa gunting rambut. Lawa tak lawa nasibla. Cakap banyak, silap-silap gunting Mak singgah kat 'jugular vein' aku....Eee ngeri. Mak aku komando. Semua orang dah tahu.

Satu hari tu aku 'plan' tak nak kasi Mak gunting rambut aku. Mak gunting rambut aku tak rock. Macam budak pompuan yang nak pakai riben besar atas kepala.

Nak pergi kedai gunting, duit mana ada. Jadi aku ambik cabaran menggunting rambut sendiri. Yeah! Rock! Aku berdiri di depan cermin dengan gunting. Aku pun mulala menggunting ikut hati rock aku. Kejadian ni berlaku di Sg Ara, rumah Tok. Adik An tukang tunggu aku gunting rambut.

Selesai misi aku, aku sengih puas. Aku rasa dah abis rock dengan rambut ada ekor kuda kat belakang, panjang di depan, rapat sebelah tepi.

Masa turun ke dapur, Mak jeling rambut baru aku. Aku dah cuak. Ada instinct tak best dalam hati aku. Mak dok perati saja aku tak lepas-lepas. Aku buat-buat tak nampak sambil ajak Adik An dok luar rumah.

"Bearcat! Hang mai sini!," kedengaran suara komando Mak aku menjerit.

Mampus!

Di belakang rumah dekat pokok-pokok pisang, Mak ketong rambut aku macam tikus gigit labu. Tanpa belas kasihan dan tanpa skill. Main redah saja gunting. Sambil menggunting kepala aku disenyoh-senyoh. Sakit siot! Mulut tak payah cakapla....macam M16. Pekak seketika telinga aku.

Adik An cuma mampu berdiri tercegat tengok aku kena 'belasah' dengan Mak. Aku diam, tahan air mata daripada mengalir. Tak rock la menangis. Dalam hati punya meradang Tuhan saja yang tahu.

Kemudian Mak tinggalkan aku dan Adik An. Aku tengok cermin. Rasa nak meraung. Masa tu menitis gak air mata aku. Rambut aku dah panjang pendek, tinggi rendah entah macam hapa-hapa.

Maksu kata kesian sambil dok gelakkan aku. Masa tu aku rasa nak tumbuk semua orang.

Kemudian aku mengamuk. Mana boleh aku pergi sekolah macam tu. Ni bukan rock...ni rambut orang gila! Akhirnya Mak membebel-bebel marah, kasi aku duit. Aku dan Adik An jalan kaki ke kedai gunting rambut Tai Chang. Sambil berjalan, muka aku merah tahan marah. Malu beb kat orang di pekan Sg Ara.

Kesudahannya Tai Chang pun tak leh nak adjust banyak sangat rambut aku. Rambut aku tetap senget.
MAkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

(bukti bergambar ada...tapi aku tak sanggup letakkan di sini)

Thursday, December 3, 2009

Miki yang nakal

Aku rindu pulak bila si nakal seekor ni tak ada di rumah.
Sapa lagi kalau bukan Miki.


Kinah ambik Miki sekejap untuk dijaga aka kasi rapat-rapat dengan Yumi. Kira nak bagi kenal-kenal dulu sebelum bernikah la ni haha.

Rumah mak aku jadi aman sebentar dengan ketiadaan Miki. Dah beberapa hari tak nampak tapak-tapak kaki comel di atas lantai. Mone juga dapat baring dengan aman tanpa digomol oleh Miki.

Ish! Tapi aku rindu pulak dengan dia. Kinah ada hantar laporan setiap hari. Kesian Kinah. Mungkin Jumaat ni bolehlah hantar Miki pulang. Memang dia nakal dan belum cukup akal.





Suka sangat Miki tidur atas ribaan mak (sebenarnya dia cukup suka pada sesiapa saja yang pakai kain batik!)


Tak cukup tidur, kepala Miki dah hilang masuk dalam kain batik, hehe....kecik-kecik dah gatai.


Gambar sesi kangkang santai aka nak ngorat Yumi...tak senonoh betui.


Sesi mengorat dari kejauhan...Yumi jual mahai lak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...