Selamat untuk Pak Njang dan Mak Njang baru. Aku tak dapat hadir kerana masih bertapa.
Tapi aku bersyukur juga kerana tidak dapat hadir. Kerana mungkin majlis akan jadi sedikit huru-hara kerana aku tak dapat menahan air mata.
Masa mak beritahu aku yang Pak Njang dah jumpa calon baru, aku menangis-nangis.
Tadi sembang-sembang dengan Adik An, aku menitiskan air mata lagi. Bukan aku tak dapat menerima Mak Njang baru, tapi aku tak boleh hilangkan wajah arwah Mak Njang dari ruang mata aku. (ya...aku menangis semasa menulis entri ini).
Semoga roh arwah Mak Njang bahagia di sana. Pak Njang, semoga terubat kesedihan di hati. Walaupun kenyataannya arwah Mak Njang tak akan ada yang dapat menandinginya.
2 comments:
Terima kasih G. Memang tidak dinafikan yang Pak Jang akan berkahwin namun hakikatnya Pak Jang amat merindui Mak Jang. Tapi Pak Jang terpaksa meneruskan kehidupan yang sementara ini. Setiap detik dan saat wajah Mak Jang bermain dimata Pak Jang dan sebagai penawar rindu video yang Pak Jang upload di You Tube menjadi tempat Pak jang melepaskan kerinduan. Kalau orang lain kata rindu dekat Mak Jang, Pak Jang lebih rindu setelah 23 tahun berkongsi suka duka bersama. Tanpa Mak Jang siapalah Pak Jang. Mak Jang banyak mengajar Pak Jang erti kesabaran. Semoga tempat Mak Jang adalah Jannah. Air mata tidak dapat dibendung lagi hu hu hu...
Ya...semoga Pak Njang berbahagia di mata nyata. Di dalam hati Pak Njang pasti kenangan dan rasa rindu itu akan terus bertandang sampai bila-bila.
Kami semua juga terlalu merindui arwah Mak Njang...juga sampai bila-bila.
Post a Comment