Ini gambar aku, Izat dan Amir. Masa tu aku baru berumur 15 tahun. Nak ambik SRP time ni. Lokasi, di rumah lama di kampung dulu.
Izat dan Amir comel sangat-sangat waktu kecil. Cutekan? Tengok si Izat, dia yang duduk atas benda untuk baby tidur tu. Kaki pun dah terlebih-lebih. Amir pula bulat....ya bulat dan debab. Tak larat aku nak dukung.
Kalau time balik sekolah, dari jauh Izat dah lari sambut aku. Adalah habuannya nanti. Coklat, gula-gula atau anak patung kertas. Ha? Anak patung kertas?? Iye....anak patung kertas yang boleh tukar-tukar baju tu...Izat suka main benda ni dulu hahaha.
Kemudian aku akan jadi kuda. Merangkaklah aku dalam rumah dengan Izat di belakangku. Dengan pembaris satu dan leher terikat lampin (dia ingat dia superman) Izat akan menunggangku. Kaki pun tak sampai. Bila jatuh dia akan ketawa terkekeh-kekeh. Kalau sakit dia meraung.
Bila Amir besar sikit, terpaksalah aku jadi kuda untuk dua orang pulak. Sakit gak pinggang sebab aku kurus saja masa tu. Tapi kalau kenangkan...memang aku enjoy...enjoy layan adik-adik waktu depa masih kecil.
Yang tak enjoy cuma masa nak basuh uk, uk depa. Alahai bosannya.
Tapi bila masing-masing dah besar, terasa sangat kemesraan tu dah berubah. Memanglah, aku dah tak boleh dukung dan lambung-lambung Izat dan Amir lagi. Tak boleh nak cubit-cubit pipi depa lagi. Lagipun depa dah tak se'cute' dulu hehe.
Yang penting, aku dah tak boleh buli depa lagi. Huhuhu.
4 comments:
Tak boleh buli tapi boleh buat geng.
geng keja tidoq...kroh kroh kroh hehehe.
apa jd pd depa la nh ?
apa jd pd depa la nh ?
Post a Comment