Tentu anda semua ingat ini gambar pada t-shirt. Tak...ini gambar yang terdapat pada tudung muslimah. Terkejut? Ya, aku lebih terkejut. Tatkala dok belek-belek nak beli tudung, ini yang aku jumpa. Sempat aku snap gambar.
Apa motif pembuat tudung ini? Label tudung ini kira bukan kecil-kecilan punya pengeluar. Kata si penjual, kalau mahu beli kain tudung jenis macam ni yang original...inilah pengeluar aslinya. Aku juga terfikir, apa tujuan penjual yang sudah semestinya beragama Islam menjual tudung sebegini. Terlepas pandang? Mustahil.
Jadi untuk anda semua, semasa membeli tudung...beleklah betul-betul corak di kain tudung tu. Dalam dunia yang cacamarba ini, tidak mustahil Islam cuba diperlekehkan dalam pelbagai cara.
2 comments:
argghhh.... tak repot kat taukeh kedai ke? atau taukeh kedai pun ca..ya..nun..alif...
IM, mungkin dia tak perasan atau rabun tahap kronik. Kami siap tayang-tayang tudung tu dalam keadaan terkejut.
Dak...taukehnya org Islam...huhu menyedihkan.
Post a Comment