Anakku merenung ke arah Pulau Jerejak (gambar ini ada kaitan dengan entri; baru sampai dari KL terus berehat di QB) |
2 minggu lepas aku ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Ramainya manusia. Berhimpit-himpit, tergesel-gesel. Ish, rimas pulak jadinya. Berada di satu-satu booth tak boleh lama sebab manusia bertolak-tolak. Aduh, potong stim aku yang membuak-buak perasaan tengok buku-buku yang banyak. Kalaulah semua buku tu aku yang punya. Hahaha....aku kaya, aku kaya! Opps!
Sejak kecik aku memang hantu buku. Makan pun sambil baca buku. Mak kata aku mengikut pak sedara aku yang satu tu.... Mak selalu ingatkan aku "Baik-baik! Satgi tercekik tulang!"
Mana taknya, mata ke buku, tangan kanan saja yang suap ke mulut. Serius, aku main rasa jer dengan hujung jari nasi, lauk dan sayur dalam pinggan pastu terus suap masuk mulut. Nasi paling sedap bila dimakan dengan buku. Tak percaya cubalah hehe.
Selain dari buku yang banyak di rumah sebab ayahku suka membaca, kat rumah tok dulu banyak sangat buku-buku Tokwan, mak dan pak sedara. Aku kecik lagi time tu tapi aku dah belasah baca buku "Badai Semalam", "Salina", "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck", "Pribadi", "Hikayat Hang Tuah", "Ranjau Sepanjang Jalan" dan banyak lagi. Buku-buku Pakngah yang baru balik belajar dari Mesir pun aku baca hehehe. Buku-buku perubatan. Tapi terus-terang aku katakan ada jugak aku tak faham buku yang aku masa baca tu especially Salina dan Ranjau Sepanjang Jalan tu. Haha. Sekarang kalau tak faham lagi tak tahulah.
Sambung citer di PWTC. Niat nak beli buku anak, ayah dan mama. Yang dapat cuma buku anak dan mama. Ayah dapat penat dukung anak dan poket rabak dipau oleh mama. Nasib ler, sapa suruh janji, kan. Dah janji kenalah menunaikannya. Kalau tidak, ayah pun sama macam ahli politik sebelum menang pilihanraya hehe. Lepas pilihanraya, habuk pun takdak. Lagipun ayah jarang baca buku, asyik dengan komputer jer. Biarlah mama saja yang memanfaatkan peluang yang ada :p
Dalam 13 buah buku jer termampu beli. Nak kata murah sebab ada diskaun tak lah jugak. Setakat 10% tu apalah sangat berbanding kos datang jauh-jauhkan. Tapi keseronokan melihat buku melimpah-ruah tu yang best. Perasaan yang tidak dapat digambarkan.
Buku Ustaz Hasrizal tu dah aku khatam pun. Bagus isinya. Banyak teladan dan pengajaran yang dapat diambil dari buku ini biarpun Ustaz Hasrizal pun tua dua-tiga tahun saja dari aku. Nasihat-nasihat serta pandangan yang matang dan praktikal dalam menguruskan rumahtangga menurut Islam yang disampaikan secara selamba. Tak membebankan otak tapi banyak yang menyerap ke dalam fikiran. Aku cintakan buku ini.
Novel-novel cinta pun banyak tapi aku tak berminat nak beli. Entah kenapa, sejak dari remaja aku lebih tertarik dengan buku-buku kemanusiaan, motivasi, keagamaan dan komik. Novel cinta ada jugak baca tapi kurang. Macam membosankan.
Buku-buku lain malas pulak aku nak ambik gambar. Aku dah jadi pemalas nak upload gambar. Ok itu saja citer untuk kali ini. Daaa.
2 comments:
IM sejak rabun jauh ni, jarang baca buku.
Baca blog je...
Baca buku dengan baca di internet sangat berbeza perasaan dan penyerapannya.
Post a Comment