Pages

Saturday, August 11, 2012

Tok di Intensive Care Unit

Tok masih di ICU. Pernafasannya juga masih bergantung kepada ventilator. Petang semalam aku sempat melawat Tok semasa waktu rehat. Kerongkong Tok sudah ditebuk. Tok pun masih lena, diberi ubat sedation. Muka Tok agak bengkak kesan daripada water retention.

Sedih tengok Tok dalam keadaan macam tu.

Pada tahun 2007, Tok mengalami keadaan yang sama. Bezanya pada waktu tu Tok masih kuat, tak selemah sekarang di atas faktor usia.

Aku masih ingat ketika Tok berjuang untuk sembuh dulu, Mak, Maknjang dan Ayah turut bersedih. Tapi kuasa Allah tidak ada siapa dapat menduga. Tok panjang umur sebaliknya Mak, Maknjang dan Ayah yang pergi dahulu.

Aku agak emosi bila terpaksa ke ICU Hospital Pulau Pinang. Di sebelah ICU, terletaknya CCU; tempat Mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sedaya upaya aku tahan air mata daripada menitis; baik untuk keadaan Tok atau untuk kenangan kehilangan arwah Mak di situ. Aku harus redha dengan ketentuan Ilahi. Sedangkan diri ini pun akan ke 'sana' juga suatu hari nanti.

Doaku semoga segala urusan Tok dipermudahkan dan membawa kebaikan kepadanya. Aku sangat sayang Tok.


Walaupun Tok kadang-kadang lupa dan uzur, solat tak pernah Tok abaikan. Gambar ni masa Tok bersama Maksu. Tok masih sihat ketika ini.

2 comments:

insan marhaen said...

muga Tok sihat.

zaman-zaman IM. JH dan WN aktif bersilat, selalu berlatih di depan rumah tok bawah pokok nyoq.

kenangan yang berlalu begitu pantas.

Bearcat said...

Amin. Terima kasih.

Oh ya ka IM pernah dok bersilat di depan rumah Tok? Tak pernah perasan pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...