Alhamdulillah, selamat sudah adik bongsuku berkahwin.
Fuh! Letih tak terkata selesai menguruskan urusan perkahwinan dari A-Z. Disebabkan mak dan ayah telah tiada; aku dan Abg adalah penggantinya.
Malam sebelum kenduri masih ada tetamu yang tercicir. Jenuh aku meminta maaf dan menjemput mereka melalui Paknjang. Alhamdulillah mereka memahami dan tetap hadir. Terima kasih.
Hujan lebat pada hari tersebut. Aku gelisah. Takut tiada tetamu yang hadir dan makanan akan dibazirkan.
Alhamdulillah, tetamu hadir seperti dalam perancangan. Majlis berjalan lancar dan santai. Yang paling menyenangkan hatiku, saudara-mara dapat berkumpul dan beramah-mesra. Begitu juga dengan teman-teman baikku. Rasa sangat terharu bila mereka sanggup datang dari jauh, dalam hujan lebat semata-mata untuk meraikan jemputan dariku.
Terima kasih yang tak terhingga buat Abg, Izat, sepupu, mak dan bapa sedara yang banyak membantu meringankan bebanku. Aku sangat menghargainya.
Tetapi ada sedikit kekecewaan....gambar aku dan Abg sangat minima jumlahnya berbanding mereka yang lain yang berposing bagai nak rak.
Ish, sampai hati hangpa semua lupakan tuan rumah...hehehe.
Gambar pengantin dalam pokok-pokok lalang yang aku suspek jirat cina...errk!
Gong Xi Fatt Choi....hehe
Iman dan Fawwaz
Maksu dan Paksu bergambar dengan Iman. Kelakar tengok gambar ni sebab Iman nak lari hehehe.
2 comments:
Waa... IM pun tercicir juga nih.
kalau tak mesti boleh berduet dengan Pak Anjang nyanyi lagu Broery...
Ehehe...insyaAllah, sekali lagi kenduri nama IM takkan tercicir lagi.
Post a Comment