Dua hari lepas Abg beli pisang. Pisang yang macam pisang Awak, pisang Tanduk dan pisang Nangka.
Pisang macam pisang Awak tu adik yang jual tu kata ada sedikit biji. Aku kata pada Abg, confirm betul-betul yang biji pisang tu benar-benar sikit. Kang jap gi bila goreng asyik kunyah biji bukan isi pisang hihihi.
Adik jual pisang tu dengan penuh keyakinan bagitau Abg yang pisang tu memang sikiiiitt jer bijinya.
So, pisang-pisang berjaya dijual.
Semalam dengan bantuan adik iparku aku buatkan goreng pisang. Resepi batternya seperti di bawah ini :
BATTER GORENG PISANG
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar mentega - dicairkan
Sedikit garam dan kunyit
Air
Cara-cara penyediaan :
1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, baking powder, garam dan kunyit.
2. Masukkan air sehingga adunan tadi menjadi batter yang sesuai; tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Masukkan mentega cair dan kacau rata adunan batter.
4. Celupkan pisang dan goreng.
Pisang ni manis sangat. Sedap.
Resepi batter ini bagi aku ok, sedap. Tapi aku masih tercari-cari batter untuk goreng pisang seperti yang dijual di sebuah gerai di tepi jalan kat sini. Sayangnya dah banyak resepi aku cuba tapi masih tak serupa rasa goreng pisangnya.
Pastu satu lagi, pisang ni banyak sangat bijinya. Ish! nak kena betullah adik yang jual pisang ni haha.
Aku rasa nak bawa jer sepinggan besar goreng pisang ni dan bagi kepada adik kat gerai buah tu hahaha.
*Gambar biji pisang bersepah tak sempat nak snap sebab tangan berlemoih dengan isi pisang sebab dok perisi biji :-D
2 comments:
Kalau kena pisang awak hat banyak bijik memang bosan kan...tu yang makchaq jarang beli pisang awak walaupun manis..
Pisang nangka anak2 kurang suka sebab ada rasa masam sikit..
Makchaq pun selalu tak puas hati dengan batter goreng pisang sendiri.. macam2 jugak dah try..
Oh Makchaq...tu memang pisang awaklah ya. Bijik memang banyak sangat. Tapi kami makan jugak walaupun jenuh perisi bijik hihihi.
Yalah. Awatla resepi semua tak sama macam goreng pisang sedap juai tepi jalan tu...emmm...apa rahsia depa kan?
Post a Comment