Lima hari di Langkawi sampai kami jadi bosan tak tahu nak ke mana. Akhirnya sebelum balik, kami decide untuk ke Buffalo Park/Taman Kerbau (macam aneh jer bunyinya Taman Kerbau hehe).
Yang kelakarnya nak sampai ke sana, kami meredah masuk kampung, entah ke mana-mana. Alhamdulillah sampai jugak akhirnya. Objektif utama adalah untuk memperkenalkan kerbau kepada anak aku. Eh! Betui ke? Maksud aku...anak aku tak tahu rupa kerbau macam mana jadi inilah masanya untuk dia tengok rupa dan beza kerbau dan lembu. Lembu biasalah dia tengok hehe. Bukanlah bermakna aku nak kerbau berkenalan dengan dengan anak aku haha.
Iman buat tanduk kerbau tapi nampak macam orang sakit kepala..hehe.
Beli tiket masuk...RM2 ke RM3 tak ingat pulak.
Dapat minum susu kerbau segar sebelum masuk. Rasa susu kerbau aneh skit.
Ha...ni salah silah kerbau. Silalah baca...
Produk dari susu kerbau. Banyak jugak ye.
Untuk sapa-sapa yang nak naik kerbau dan bergambar. Tapi masa kami sampai dah petang...tak ada pun kerbau untuk bergambar.
Kandang kerbau.
Ini kerbau untuk ditunggang. Bagi RM100 pun aku tak akan naik. Muka bengis...eeee.
Haaa...inilah kerbau balar (albino). Dah nampak macam babi pulak rupanya hehe.
Ini kerbau yang konon-konon sedang mengawan bila ada pelawat tengok, walhal sama jantina.
Anak kerbau balar.
Izat berani usap kepala anak kerbau balar jer sebab anak kerbau ni nampak baik berbanding yang lain hehe.
Izat tengah memikirkan untuk buat projek ternakan kerbau kat KL kekeke.
Aiskrim susu kerbau. Sedap.
Dadih susu kerbau. Sedap jugak. Tapi rasa aneh skit lah.
Iman menikmati aiskrim susu kerbau.
Ada pelbagai menu makanan berasaskan kerbau. Tapi masa kami pergi tak ada oranglah pulak.
Kesimpulannya tempat ni sunyi, terpencil dan kecik jer. Sesuailah bawak kanak-kanak yang tak kenal rupa kerbau. Jangan harap yang lebih-lebih...nanti kecewa kekeke.
4 comments:
Ok nanti bulan Februari ni pkjang & mkjang blh naik belakang kerbau
Kekeke...jangan sampai kena ligan dengan kerbau dah. Garang jugak bapak kerbau kat situ.
Kalau taak salah kat Singapura ada Hospital Kandang Kerbau.
Terbaca melalui filem Melayu klasik...
IM, cer tanya WN...rasanya Paknjang pun lahir kat Hospital Kandang Kerbau hehehe.
Post a Comment