Pages

Thursday, January 24, 2013

Udang & Ayam Masak Paprik

Hari ni aku masak masakan ringkas saja. Maaflah gambar tak sempat nak snap...Kuantiti bahan-bahan tu agak-agaklah ya.
 
Bahan-bahan :
  • Udang
  • Isi ayam
  • Serbuk jintan manis
  • Bawang besar - hiris-hiris
  • Bawang putih - cincang
  • Sos tiram
  • Sos cili Thai
  • Daun limau purut
  • Garam
  • Gula
  • Kunyit
  • Kacang pea segar - tak perlu potong
  • Sedikit air
Cara :
  1. Gaul udang dan ayam dengan garam, kunyit dan serbuk jintan manis. Biarkan seketika.
  2. Panaskan minyak, goreng udang dan ayam sebentar sehingga separuh masak. Angkat.
  3. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu menggunakan minyak goreng udang.
  4. Masukkan sedikit air. Kacau.
  5. Masukkan sos tiram, sos cili thai serta daun limau purut.
  6. Perasakan dengan gula dan garam.
  7. Bila kuah mula mendidih, masukkan udang, ayam dan kacang pea. Biarkan sebentar dan tutup api.

2 comments:

insan marhaen said...

Susahnya. Tak boleh ke kirimkan yang dah siap pada IM melalui pak Anjang/

Nasi Paprik antara kegemaran ibu_suri...

IM? Hik... suka nasi goreng ikan masin + telor dadar...

Bearcat said...

Tak susah...ni resepi mudah...campak-campak ja hehe. Tapi memang membuka selera.

Kalau dok sebelah rumah bolehlah kirim-kirim hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...