Minggu ni minggu yang sibuk lagi buat keluarga kami. Sepupu aku si Kinah pulak bertunang. Kinah sebaya dengan Amir dan sebaya dengan Nirrah anak paknjang. Depa macam dah berpakat untuk bertunang dan kahwin dalam waktu yang dekat-dekat hehe.
Alhamdulillah, majlis pertunangan Kinah berjalan dengan lancar dan meriah.
So lovely :)
Sarung cincin.
Seperti majlis-majlis yang lain....selesai saja majlis...semua orang penat. Aku selaku jurugambar tak bertauliah macam nak tercabut kepala lutut hari ni hehe. Walaupun sebenarnya aku taklah buat keja teruk sangat sebab kualiti diri aku ni dah tahap nenek hehehe.
Oleh itu akibat keletihan, hari ni aku cuma masak daging masak lemak, daging bakar dan ikan goreng untuk juadah tengahari.
Ini resepi daging bakar yang mabelles walaupun simple betul cara nak buatnya.
Daging dihiris nipis dan lebar + Serbuk jintan manis + serbuk ketumbar + kunyit + garam. Perap selama sejam. Lepas tu bolehla dibakar di atas pan atau masukkan dalam oven. Membakarnya tak perlu lama.
Sedapnya bila makan nasi berlaukkan daging bakar cicah air asam atau sambal kicap. Nyum nyum. Waktu aku masukkan entri ni daging bakar ni dah abis pun hehehe.
3 comments:
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi singgah dan mengucapkan selamat hari lahir kepada saya.
Sedapnya pakjang tengok rupa daging bakar. Nak suruh makjang buat ni
W'sallam Pakngah. Sama-sama :)
Paknjang, sedap daging tu...dah buat ka belum? Tapi janganlah tambah nasi berpinggan pulak lepas makan tu hehe.
Post a Comment