Tengahari semalam kami 3 beradik berkumpul makan-makan sempena menyambut hari kelahiran masing-masing. Pandai arwah mak dan ayah...birthday kami bertiga semua dekat-dekat tarikhnya hehehe. Kebetulan anak aku juga lahir dalam bulan yang sama.
Bila ahli keluarga semua makin bertambah memang seronok sesekali berkumpul. Makan tu hanya sampingan. Yang seronoknya bercerita dan mengeratkan silaturrahim.
Doaku semoga Allah panjangkan hubungan baik kami 3 beradik ini hingga ke syurga, amiin.
4 comments:
ingatkan buat kek ala boboboy... :-)
Tak naklah IM...satlagi kena letak Gopal pulak atas kek tu haha.
Bezday saya pun bulan Feb juga.. sama lah kita walaupun x pernah mengenali yang pastinya yg lahir bulan Feb ni insyaALlah tergolong dlm insan yang kuat,amanah dan murah senyuman tetapi "dalam hati ada taman" ALhamdulilah
May ALlah bless All Of Us
Ya anon. Org Februari ni hatinya lembut, instinct kuat hehe.
Post a Comment