Pages

Wednesday, January 6, 2010

Ahli keluarga sendiri pun tak boleh dipercayai

Terharu, ngeri dan rasa takut bila baca berita hari ini. 4 sekeluarga dibunuh kejam oleh ahli keluarga sendiri.

Terlalu ramai manusia yang gila dan bersikap kebinatangan zaman ini. Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terlibat.

Klik sini untuk berita selanjutnya.

Tuesday, January 5, 2010

Wad Itu

Minggu lepas aku masuk wad lagi. Mulanya aku di tempatkan di bilik berdua. Tapi aku cepat-cepat menolak. Menyusahkan aku kerana tandasnya jauh di luar. Sudahlah aku terpaksa mengharapkan bantuan wheel chair dan orang lain untuk ke situ. Lagipun bilik tersebut jauh dari pandangan nurse. Kalau apa-apa hal jenuhlah nak tunggu nurse datang. Loceng panggil nurse? Hehe tekanlah....kalau nasib baik nurse di kaunter, cepatlah dia datang. Kalau tak...terkencinglah aku di atas katil.

Jadi aku ke bilik berlima. Selesa, nyaman, betul-betul di depan kaunter nurse. Tapi nyamuk punyalah banyak. Ngeng, ngeng, ngeng. Pap, pap, pap. Nasiblah orang sebelah. Aku ni jenis kasar, tampar nyamuk pun bunyi macam aku pukul kompang. Kadang-kadang nyamuk lepas, lengan aku yang pedih merah macam nak tercabut kena tamparan sendiri. Satu malam aku dapat bunuh tujuh ekor nyamuk. Walla! Silap haribulan tambah satu penyakit lagi aku dapat, penyakit bawaan nyamuk....minta dijauhkan.

Sebelum ni aku dah pernah masuk ke wad ni tapi duduk di katil yang lain. Pesakit di katil sebelah aku ada menceritakankan pada malam pertama dia masuk wad, sedang dia terlelap dia dikejutkan dengan suara menjerit di telinganya. Bingkas dia bangun tetapi tak ada sesiapa pun.

Malam itu aku sedang memerhatikan nurse di kaunter. Aku bosan, jadi aku layan mata melihat kerenah nurse dan doktor yang lalu-lalang. Tiba-tiba di sebelah kanan ku laju melintas sekujur tubuh hitam. Aku pusingkan leher dan baru perasan mana ada ruang untuk manusia masuk, di situ ada curtain (kain tutup tu...aku tak tahu orang panggil apa). Rupa sekujur tubuh itu seakan Tuxedo Mask dalam cerita Sailor Moon.




Emm patutlah....sebentar kemudian baby di katil itu (katil itulah) menangis tak henti-henti sampai kesian pulak aku dengar. Ibu dan ayah baby baru tu macam panik jer bila baby mereka menangis tak nak henti.

Aku pulak sambung tido lagi baik. Dahla badan bintik-bintik merah kena gigit nyamuk.


Mekanik








Wheel chair telah mengalami kerosakan. Usia wheel chair tu pun dah lama; masa arwah Tok Wan masih ada. Tok Wan meninggal bulan Mei 2005. Kalau tak salah aku Pak Ngah Danial yang belikan wheel chair ni. Kemudian Tok pula guna masa Tok sakit hari tu. Tak sangka manusia ketiga yang menggunakan wheel chair itu adalah aku; si cucu.

Aku pening-pening sebab bila Abg pergi kedai dan tanya untuk sewa wheel chair, rupanya tak ada. Nasib baik Abg kepalanya memang kreatif. Abg cuma cari spare-part wheel chair.

Maka 3 lelaki ini telah sedaya-upaya membaiki wheel chair Tok sampai ok. Yey! Bolehla aku sorong laju-laju lagi. Kalau tidak asyik tak jalan dan macam nak patah.

Terima kasih 3 lelaki. Berpeluh-peluh gak tu...sampai terpelanting semua baju hehe.

Monday, January 4, 2010

Mulut atau Hati?

Orang selalu kata si polan tu mulut memang jahat tapi hatinya baik.
Tapi aku tak dapat terima.

Adakah ini bermaksud di suatu waktu si polan itu akan mengumpat dan memaki hamun dan dalam masa yang sama membantu orang yang dicercanya?

Apa yang aku faham, apa yang terpendam dalam hati itulah yang akan terzahir pada perbuatan dan terucap pada mulut.

Kalau hati bersih, kata-kata yang keluar dari mulut selalunya perkataan yang baik-baik sahaja; begitu juga sebaliknya.

Jika begitu, agaknya Allah akan menilai yang mana satu, mulut atau hati?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...