Pages

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Sardin King Cup

Kalau nak masak laksa Penang, untuk bagi lebih sedap kenalah letak sardin dalam tin sebagai salah satu bahan kuah laksanya.
Sardin yang sedap untuk buat laksa adalah sardin King Cup.
Ni Maknjang yang ajar aku.

Mulanya aku ingat sardin King Cup ni produk bukan Islam.
Rupanya produk orang kita, alhamdulillah.

So sejak itulah aku dah mula guna sardin King Cup.

Hujan-hujan rasa terliur nak makan laksa pulak...adeih.

credit to : mukminbrand.com

Thursday, December 19, 2013

Pasport Haiwan Kesayangan

Korang ada haiwan kesayangan? Pastikan haiwan kesayangan korang tak jadi pendatang tanpa izin maka dengan itu silalah daftarkan haiwan tersebut hehe.

Sekarang ni Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dah sediakan khidmat untuk daftarkan haiwan kesayangan korang...kiranya depa nanti akan ada pasportlah. Ingat tuan haiwan jer yang boleh ada pasport?

Haiwan kesayangan yang dimaksudkan ialah daripada spesies kucing, anjing, arnab dan kuda. Kalau korang ada bela unta atau biawak, maaflah...nampaknya tak der dalam list haiwan yang boleh buat pasport lagi ngeee.

Boleh ke link di bawah ini untuk maklumat lanjut.

Friday, May 3, 2013

Bagaimana Memilih Arnab Sebagai Haiwan Kesayangan (1)

Ramai di antara kita gemar membela arnab sebagai haiwan kesayangan. Di sini aku ingin memberi beberapa panduan  ringkas sebelum membeli arnab.
Semasa memilih arnab di kedai haiwan atau pasar malam pastikan arnab tersebut dalam keadaan sihat. Bagaimana nak tahu arnab tersebut benar-benar sihat?

1. Perhatikan bulu arnab tersebut. Arnab yang sihat bulunya bersih dan bersinar. Ini menunjukkan yang arnab tersebut sihat dan sentiasa 'grooming' dirinya. Jika arnab itu sakit tentulah ianya tidak akan membersihkan dirinya sendiri.


2. Pastikan mata arnab bersinar, tiada lelehan pada mata, hidung atau mulut. Jika ada, itu menunjukkan kemungkinan arnab tersebut mengalami jangkitan pada saluran pernafasan.

3. Cuba teliti telinga dan kawasan muka arnab. Pastikan telinga dan bahagian mukanya bersih daripada jangkitan ektoparasit (contohnya tungau). Jangkitan ektoparasit biasanya akan menyebabkan telinga dan bahagian muka arnab seakan mereput, serta alopecia (botak) pada badan akibat bulu yang luruh.
 
4. Bahagian tapak kaki arnab sepatutnya tiada bengkak kemerah-merahan. Jika ada, ianya dikenali sebagai 'pododermatitis' iaitu jangkitan pada 'pad' di tapak kaki arnab. Keadaan ini jika dibiarkan tanpa rawatan, akan menyebabkan arnab mati akibat menahan sakit dan tidak mahu makan selain risiko jangkitan sekunder oleh bakteria.

5. Pilihlah arnab yang berumur 2 bulan dan ke atas. Ini kerana, tempoh cerai susu (berhenti menyusu) bagi arnab ialah 2 bulan. Ramai peniaga arnab akan menjual arnab apabila ianya mencecah umur 1 bulan. Ini meningkatkan risiko kematian kepada anak arnab tersebut memandangkan ianya masih kecil dan ketahanan badannya masih lemah.


Jangan terpedaya dengan kata-kata manis peniaga. Mereka hanya ingin mendapatkan keuntungan dan melepaskan tanggungjawab kepada pembeli. Ramai daripada pembeli membeli arnab yang belum sampai tempoh cerai susu kerana tertarik dengan kecomelan arnab tersebut. Tetapi apabila dibawa pulang dan dibela dalam jangkamasa yang singkat sahaja kebanyakannya anak arnab itu akan mati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...