Rindu pada semua teman-teman sekaki. Apakan daya. Perlu berehat selama 6 bulan.
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Monday, March 20, 2017
Monday, October 17, 2016
BUAH DOKONG MANIS
Minggu ini kami balik ke kampung menghantar ibu mertua ku. Dua minggu juga dia berada di rumahku.
Kebetulan sekarang ni musim buah dokong di sana.
Wah! Bestnya. Buah dokongnya sangat manis!
Akhirnya kami pulang ke rumah dengan tiga kotak buah dokong yang diberikan oleh Makndak dan adik-adik iparku. Bolehlah aku beragih ke sana sini buah-buah ni.
Kata Abg, kat sana buah dokong dah tak ada harga. Sekilo cuma 70 sen.
Emm...selain dimakan begitu saja apa lagi yang boleh dibuat dengan buah dokong ni?
Sunday, July 10, 2016
Monday, February 29, 2016
Terengganu
Kisah yang tertinggal.
Time ni kami ke Terengganu. Cuaca kurang baik. Angin kuat dengan hujan lebat sekali-sekala.
Ini pantai di Kg Mangkuk, Penarik. Angin kuat sangat sampai aku rasa macam nak terbang. Tapi kami tetap gigih bergambar sebab pemandangannya cantik.
Ombak membadai. Ngeri aku tengok. Dahla kat situ banyak pokok kelapa. Dok berjaga jer takut buah nyoq jatuh.
Lepas puas bergambar kami bergerak ke Pantai Rhu Sepuluh nak makan ikan celup tepung.
Dalam perjalanan, ada yang nak ke tandas. Maka berhentilah kami di sebuah tandas awam yang nampak masih baru.
Masa sampai di situ ada seorang makcik, pakcik dan budak yang berumur lebih kurang 10 tahun. Kami ingat depa ni orang yang menjaga tandas awam tersebut.
Gigih kami pakat bayar duit kat depa sebelum masuk ke tandas. Pakcik tu pun dok cerita pasal tandas yang baru siap dan si anak duduk dalam kaunter kutip duit.
Sekali bila kami semua keluar tandas, depa satu famili dah tak ada. Hahaha....hampeh betui. Rupanya depa pun mai tandas tapi selamba kutip duit macam depa pulak jaga tandas tu.
Pakat gelaklah kami ramai-ramai. Rasanya tandas tu tak siap lagi sebab pintu pun tak diletakkan kunci. Terpaksalah sorang masuk dan sorang lagi jaga di luar.
Pokok kelapa meliuk-lintuk tapi steady jer. Sepatutnya kita pun macam tu...sekuat mana angin dan badai, sekecil mana pun kita, kita patut jadi macam pokok kelapa...steady jer :-)
Wednesday, February 10, 2016
Barang Antik
Ada orang minat mengumpul koleksi barang-barang antik seperti basikal di dalam gambar di atas ni. Tapi aku tak pasti depa nak buat apa dengan basikal-basikal ni.
Sarang labah-labah penuh haha.
Monday, October 13, 2014
Sabah Menggamit Lagi
Hatiku bagai digamit untuk ke Sabah lagi. Masih terasa keseronokannya masa kami ke Sabah sedikit masa dulu.
Tapi bulan November dan Disember bukanlah masa yang sesuai untuk kami ke sana. Nampaknya kenalah tunggu tahun hadapan, insyaAllah.
Layan gambar-gambar yang aku snap masa trip ke Sabah hari tu.
Sunday, October 12, 2014
Pak Belang Mandi
Hari ni hari bertuah bila dapat tengok Pak Belang mandi di waktu pagi.
Amboi! Hebat berenang...smooth jer.
Aku pun tak reti nak berenang macam tu.
Pak Belang buat muka cool jer masa berenang.
Ke hulu ke hilir sampai kami yang bosan dan tinggalkan Pak Belang.
*Gambar kurang memuaskan disebabkan jerebu*
Saturday, June 7, 2014
Wednesday, May 14, 2014
Perlis : Taman Ular
Assalamualaikum.
Gambar-gambar semasa pertunjukan ular di Taman Ular Perlis.
Kami tengok show pada pukul 2 petang.
Bayaran untuk menyaksikan pertunjukan ini ialah RM1.00 seorang.
Ular Ponti. Ular ini tidak berbisa. Abg confident jer kata ular ni ular Katam Tebu kah kah.
Sebelum pertunjukan bermula depa lepas ular-ular ni di atas pentas. Aku yang penakut sangat dengan ular dah eee siap-siap nak lari kih kih kih.
Cubaan mencium Ular Tedung Selar yang sepanjang 3 meter. Giler agresif ular ni...
Nah! Panjangkan. Gulp!
Berjaya jugak adik ni cium Ular Tedung Selar yang agresif ni. Seram!
Ini pula aksi membelit ular sawa ke pinggang dan depa minta penonton naik atas ular tu. Aku rasa ular tu ok jer tapi yang semput tak bernafas si adik yang ular lilit pinggang dia tu. Kesian betui aku kat adik tu. Nampak dia terseksa sangat huhu. Iyelah...bila orang pijak atas ular tu for sure ular tu akan membelit pinggang adik tu dengan lebih kuat. Fuh!
Komen aku, Taman Ular Perlis dah ada perubahan positif. Suasana persekitaran dah bersih dan semakin cantik. Cuma jumlah ular macam sedikit sangat jumlahnya. Pusing-pusing ular yang sama jer dipamerkan.
Saturday, May 10, 2014
Perlis : Taman Anggur, Pusat Pertanian Bukit Bintang
Assalamualaikum.
Last week kami ke Taman Anggur Perlis.
Senang jer nak ke tempat ni...
Berdekatan dengan Taman Ular Perlis di Sungai Batu Pahat.
Keluar ke jalan besar, ambik kiri dan terus jer dari Taman Ular tu.
Besar betul ladang anggur kat sini kalau nak bandingkan dengan ladang anggur di Beris, Sik, Kedah.
Tiket masuk RM3 seorang.
Masa kami ke sana hari hujan so gambar-gambar tak berapa nak lawa.
Pastu sekarang bukan musim harvest anggur; anggur baru tengah nak membesar.
Kata petugas di situ anggur akan dipetik dan dijual pada bulan Jun.
Nampak gayanya kena datang lagilah ke sini hehe.
Pintu masuk Taman Anggur Perlis. Snap gambar dalam hujan gerimis :)
Di kawasan luar ni rupanya kat atas tu penuh buah anggur. Aku tak perasan pun. Masa dok langut-langut baru...ehh banyaknya anggur. Anggur yang ni boleh kot nak petik masuk mulut hehehe :p
Wakaf untuk pengunjung berehat. Basah dek air hujan.
Aku nak naik atas ni nak snap gambar tapi tengok bebudak kat atas tu macam tak mau turun-turun jer..malas pulak aku. Dari atas tu nampaklah ladang anggur yang luas tu.
Petikan daripada Al Quran tentang kebaikan memakan anggur.
Anggur mengandungi vitamin C yang tinggi. Patutlah dalam petua mengatakan kalau nak kulit cantik kena banyak makan anggur. Tetiba aku terbayang Cleopatra dok santai sambil makan segugus anggur merah hehe. Patutla dia cantik :p
Informasi tentang anggur. Lambat juga boleh petik hasilnya. Kalau dulu main game sat jer tanam anggur dah besar dan boleh petik buah haha. Ni ke tunggu 4 bulan....haishh!
White Malaga ni kalau tak salah aku buah anggur hijau yang besar dan manis. Aku cukup tak suka anggur hijau yang masam piau tu eeee.
Kawasan penanaman yang dibenarkan untuk pelawat masuk. Kat sebelah sana pun ada jugak tapi masih tak berputik pun lagi pokoknya.
Black Opal ni aku suka. Anggur jenis orang kaya makan dalam tv tu hehe.
Jumpa lagi bulan Jun nanti, insyaAllah :)
Monday, May 5, 2014
Countryside Stable Penang
Assalamualaikum.
Dah lama Iman teringin nak menunggang kuda. Akhirnya petang semalam tercapailah jugak impian Iman.
Kami ke Countryside Stable yang terletak di Pantai Malindo, Sungai Burung, Balik Pulau.
Lokasi stable ni agak jauh dari jalan besar.
Kalau nak ke sana boleh ikut signage yang ada di tepi jalan.
Countryside Stable dibuka pada jam 3pm - 7pm setiap hari.
Cantik betul pemandangan masa melalui jalan masuk ke sana.
Mata tak lepas pandang pada sawah padi hijau terbentang dengan dihiasi pokok-pokok kelapa dan bukit-bukau.
Cumanya hati-hati memandu...jalan di situ agak sempit dan lepas untuk sebuah kereta sahaja.
Kalau bawak macam nak race ada kemungkinan masuk dalam tali air kat sebelah jalan tu.
Beli tiket dulu sebelum masuk.
Di pintu masuk kita akan disambut oleh dua ekor rusa :)
Kebanyakan baka kuda di sini ialah baka Arabian. Baka Arabian ni aku cukup terpesona tengok...badan langsing dan nampak bertenaga...kuda yang seksi hehe.
Keldai pun ada sepasang. Keldai ni tengah bunting. Kejanya nak menyondol badan aku jer ish...gelii awak busuk haha.
Membersihkan ladam kuda.
Mendengar penerangan yang diberi oleh pemilik stable ni rasa akulah...lupa nak tanya :P
Cik ni cukup ramah dan bagus memberikan informasi tentang kuda di sini. Lupa nak tanya nama Cik ni lah...
Miniature horse @ kuda mini yang dilepas bebas. Sangat cute.
Muka serius jer nak tunggang pony haha
Yihuu! Seronoknya dia hehe.
Kawasan yang memang terjaga kebersihannya. I like!
Di sini ada dijual lobak merah dan hay untuk diberi makan kepada kuda. Sebungkus lobak merah berharga RM2. Aiskrim pun ada dijual di sini. Tapi bukan untuk kuda...untuk pengunjung hehehe.
Helmet untuk menunggang kuda.
Aku memang pencinta kuda. Nampaknya anak aku dah mewarisi minat yang sama.
Masa study dulu aku tak sempat ambik sijil menunggang kuda.
Time tu schedule tight sangat...dah dekat final.
Sampai sekarang aku rasa rugi sangat.
Ok, jangan lupa datang ke tempat ni.
Anak-anak dan mak bapak anak-anak mesti suka sangat hehe.
Lepas tunggang kuda boleh lajak ke depan sikit; Pantai Malindo.
Port photographer ambik gambar sunset.
Subscribe to:
Posts (Atom)