Pages

Showing posts with label rohani. Show all posts
Showing posts with label rohani. Show all posts

Sunday, October 4, 2015

Untuk Diri 1#

Dunia kita ingat untuk  diurus, bukan untuk kita rungsing. Selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Ingat pada Allah, hati akan sentiasa tenang.

Ingat pada Allah caranya ialah dengan melakukan perkara-perkara yang baik.

Saturday, October 24, 2009

Wajah yang Manis



Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Sebagaimana kata Rasulullah,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."

Namun demikian tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
 
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan.
 
Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
 
 
credit to anynomous

Monday, October 5, 2009

Bercinta berpada-pada


Amaran : Bercium sebelum bernikah adalah haram....nanti kena tangkap basah macam beruk dua ekor ni

Pesan aku pada yang mereka yang tengah hangat bercinta. Jangan sekali-kali gadaikan maruah agama dan diri. Prinsip yang selama ini dipegang kukuh, boleh terpelanting hanya kerana cinta yang belum pasti. Kalau dah berkahwin tu lainlah cerita.

Ingat, kalau bercinta kerana Allah, insyaAllah akan selamat. Kalau bercinta kerana nafsu, binasa kelak nanti.

Tak kisahlah pada lelaki atau perempuan. Tanggungjawab yang dipikul tu sama sahaja. Tak ada bezanya.

Ada yang sebelum kenal cinta, alimnya....itu tak boleh ini tak boleh. Sekali dah mabuk cinta, ambik gambar berlaga pipi pun dah dia kira halal. Aisey...alim taik kucing. Sudah mabuk ectasy cinta. Parah.

So, adik-adik...jaga-jaga. Jangan percaya sangat dengan cinta sebelum kahwin. Baik bercinta selepas berkahwin....lagi masyuk. Tak percaya cuba try test hehe.

Sunday, September 27, 2009

Masjid perlu bersih!

Semalam sesi merayau bersama Abg, Mak dan Amir. Maksud aku merayau dengan kereta. Balik dari Giant kami tak terus pulang, ke Perda pula. Cari apa? Cari laksa untuk aku! Kerja pelik...cari laksa malam-malam.

Di Giant pun aku sekadar duduk dalam kereta menunggu Mak dan Amir beli-belah barang-barang keperluannya untuk balik ke kolej. Sebelum tu aku dan Abg jalan-jalan di dalam Guardian. Sebenarnya percubaan aku jalan-jalan sebagai persediaan untuk bekerja hari Isnin ni. Tapi alahai, tak sampai 30 minit aku dah 'surrender'. Wa sudah sakit itu kaki lor...Jadi aku pun duduk senyap-senyap dalam kereta sambil menikmati ais krim dan ditemani alunan lagu dari radio.

Sampai di Perda sudah masuk Maghrib. Singgah sebentar untuk bersolat Maghrib di Masjid Perda.

Masuk dalam ruang mengambil wuduk + tandas, hidung aku yang super sensitif menangkap satu bau yang kurang menyenangkan. Alamak! Lahabau! Sapalah yang dah berak dalam tempat mengambil wuduk? Tekak aku mulai loya. Sedangkan tandas tak sampai 3 meter, boleh pulak dibantai berak di tempat yang tak sepatutnya.

Mak masuk ke tandas. Aku yang dari tadi menahan pundi kencing yang tepu terus terpaksa menahan. Dari jauh aku lihat tahap kebersihan tandasnya pun tahap 'so so' aje. So goodbyelah. Cepat-cepat aku berwuduk dan meninggalkan tempat yang meloyakan itu.

Aku jadi aneh. Ini berkaitan sikap. Kebanyakan orang Islam di Malaysia ialah orang Melayu. Orang Melayu yang jarang mementingkan kebersihan tandas dan bilik air. Ada yang kaya, rumah memang hebat. Tapi bila jenguk ke tandas, alahai tak lalu...

Yang lebih aneh, tempat sesuci masjid selalu sangat tandas dan bilik airnya kotor. Aku buat andaian kerana aku dan Abg kaki merayau. Kerap singgah ke masjid-masjid. Dan aku terus rasa kecewa. Ini memberikan tanggapan yang buruk pada masjid dan utamanya agama Islam sendiri.

Ini belum bercerita tentang masjid di negeri Pantai Timur. Suatu masa, kerja aku memerlukan aku banyak keluar untuk 'sampling' di Pantai Timur. Adalah seorang staf berbangsa Cina yang turut serta. Suatu hari, kerana sudah tidak tahan kami terpaksa berhenti di sebuah masjid di tepi jalan. Kerana kedudukan tandasnya di luar, staf berbangsa Cina ini turut serta untuk melepaskan hajat.

Masuk saja ke tandas yang tersedia dalam 4 buah di situ, aku terus rasa malu. Kotornya! Aku lihat muka rakan aku tadi dah geli-geleman tapi terpaksalah juga melepaskan hajat.

Kalau bercakap pasal telekung, aduh sedih juga ni. Ada masjid yang telekungnya dah berapa lama tak basuh entahlah. Bau masam, bertahi lalat. Bila terlupa bawa telekung sendiri, terpaksa jugalah pakai telekung masam tu. Pengunjung masjid yang gunakan telekung sering buat tak kisah. Bila habis solat, terus telekung dicampakkan tersadai. Jarang aku lihat telekung tersusun kemas kecuali di masjid di Bertam. Telekung tersusun elok dan bersih di 'hanger'.

Sebenarnya semua ini berbalik kepada diri kita semua. Pengguna masjid. Jika kita gunakan kemudahan yang disediakan dengan baik, seperti kita gunakan kemudahan di rumah sendiri, pasti semua masalah ini tidak berlaku. Jadi sama-samalah kita menjaga kebersihan masjid di samping mengimarahkannya. Jangan nak harap pada AJK masjid saja untuk melakukan semua tugas-tugas itu.

Maaf, makcik membebel pulak hari ini...adeih dah tua rupanya aku.

Saturday, April 18, 2009

Tips Orang Berjaya

Sifat Pertama : Mendirikan sembahyang dengan khusyuk. Teknik perlaksanaan: - Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat. - Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat. - Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat. - Memintas gangguan fikiran dengan mengucap isti¡azah (membaca a¡uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kita sebanyak tiga kali. - Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat. - Melakukan perbuatan solat dengan tenteram. - Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan. - Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.

Sifat Kedua : Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.
Teknik perlaksanaan: - Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut. - Mengawal diri untuk berbicara. - Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib. - Berdiam ketika perlu. - Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai. - Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil. - Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut. - Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita. - Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (televisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain). - Jiika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.

Sifat Ketiga : Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.
Teknik perlaksanaan: - Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus. - Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah. - Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan. - Membantu secara sukarela tanpa diminta. - Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya. - Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi. - Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat. - Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak. - Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yangwajib. - Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.

Sifat Keempat : Menjaga kemaluan (kehormatan).
Teknik perlaksanaan: - Menundukkan pandangan daripada melihat aurat yang diharamkan. - Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah. - Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita. - Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya. - Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau. - Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks. - Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian. - Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Sifat Kelima : Menjaga amanah.
Teknik perlaksanaan: - Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia. - Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya. - Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah. - Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi. - Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus. - Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.
Perkara-perkara tuntutan amanah: - Perkara fardhu dalam agama. - Penempatan orang-orang Islam. - Anggota badan. - Waktu. - Ilmu. - Harta .- Barang titipan. - Rahsia orang lain. - Tugas dan jawatan. - Perkara yang diminta untuk dibincangkan.

Sifat Keenam : Setia pada janji.
Teknik perlaksanaan: - Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan. - Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya. - Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji. - Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi. - Menzahirkan nilai kesetiaan melalui perlaksanaan yang telus. - Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Sifat Ketujuh : Tetap memelihara sembahyang.
Teknik perlaksanaan: - Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting. - Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir. - Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu. - Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat. - Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...