Pages

Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Tuesday, April 11, 2017

GEMBIRA TERSENDIRI

Sekarang ni ada dua orang sakit dalam rumah aku. Tak tahulah siapa yang akan jaga siapa hihihi. Kiranya bantu-membantulah ya.

Kaki aku bengkak teruk dua hari lepas sebab aku asyik kuatkan diri ke dapur untuk memasak. Abisnya aku kena marah dengan Abg. So, selama dua hari ini aku cuma rehat di katil macam tuan puteri. Padan muka.

Aku seronok adik ada di rumahku. Nampak sangat aku perlukan orang untuk bercakap haha. Semalam masa menonton tv pun kami bergelak ketawa. Alhamdulillah. Rasa seronok sangat. Anakku pun nampak gembira. Iyelah dah sebulan anakku pun asyik terperuk dalam rumah semenjak aku ditimpa musibah yang indah ini hihihi.

Minggu depan aku perlu ke hospital untuk follow up. Berdebar sebenarnya...untuk tahu progres kaki aku. Doanya mintalah baik-baik sahaja.

Sebenarnya bila ke hospital pun aku dah gembira. Sebabnya aku dapat berjumpa manusia-manusia lain selain Abg dan anakku hihi. Mulalah aku tersenyum-senyum. Mesti pelik orang sekeliling tengok aku haha. Biarkanlah, asalkan aku bahagia.

Friday, April 7, 2017

ADIK SAKIT

Adik aku warded lagi. Kesian dia. Dalam hujung tahun lepas dan tahun ini sudah beberapa kali dia warded akibat penyakitnya.

Semalam dalam pukul 11.00 malam kami bergegas ke hentian Sg. Bakap untuk mengambil adik iparku. Buat sementara waktu adik iparku akan tinggal di rumahku dan berulang ke hospital.

Seronok pula semalam jalan-jalan di highway. Untuk aku yang dah dekat sebulan tak berjalan ke mana, laluan di sepanjang highway tu pun dah cukup menggembirakan aku hihihi. Anakku pula dibuai mimpi sepanjang perjalanan.

Alhamdulillah adik iparku selamat tiba.

Pada aku dalam hidup ini macam mana kita rasa kita boleh berdikari pun kita tetap memerlukan insan lain. Walaupun kita rasa tak memerlukan saudara-mara atau rakan-rakan, kita tetap perlu orang lain untuk membantu dan memudahkan urusan hidup kita :)

Jadi apatah lagi kalau dengan adik-beradik. Lagilah perlu bantu-membantu. Hidup ini bukan akan tamat di dunia ini sahaja. Hidup kita akan berterusan sehingga ke akhirat. Jika itu yang kita fikirkan pasti setiap pertolongan akan dilakukan dengan hati yang senang dan ikhlas.

Aku doakan adikku cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan rawatannya hari ini. Dia beritahu aku dia akan menjalani minor surgery tengahari ni. Semoga segalanya akan berakhir dengan kebaikan. Ameen.

Saturday, March 25, 2017

MENANTI

Alhamdulillah. Pagi yang indah.

Hari ni hati aku sedikit berbunga-bunga menantikan kehadiran adik-adik. Sudah agak lama Angah tak datang ke rumah disebabkan sibuk dengan macam-macam hal.

Acu selalu juga datang jenguk sebab rumah Acu dekat jer.

Minggu lepas Angah dah nak datang tapi kami pula tak ada di rumah. Terpaksa keluar ke pejabat sebentar.

Iman orang yang paling gembira bila Angah atau Acu nak datang. Kali ni Iman dah happy sangat bila tahu Angah nak datang. Dah lama tak jumpa Angah; Iman rindu sangat.

Aku minta Angah bawa Iman pergi potong rambut. Rambut Iman dah panjang. Minggu depan sekolah akan buka. 

Sepanjang keadaan aku begini, aku tak dapat memasak bila adik-adik datang. Hihi kakak cuma tunggu makanan yang adik-adik bawakan. Semoga murah rezeki adik-adikku...Ameen.


Gambar cucur ikan bilis yang sedap. Rangup di luar, lembut di dalam. Kata Iman, sedapnya cucur ini.

Resepi mudah menggunakan air panas mendidih. Pertama kali cuba dah jatuh cinta. 

Rindunya nak memasak...

Tuesday, May 3, 2016

Balik Kampung

Sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei, aku pasti ramai yang ambil peluang untuk balik ke kampung masing-masing. Begitu juga dengan Abg. Sebenarnya kami akan bersama-sama rombongan Paksu untuk menyambut menantu. Dah sehala, maka balik kampung teruslah.

Dari rumah anakku ok, sihat alhamdulillah. Tapi sesampai saja di kampung, lelah dah mula menyerang. Tercungap-cungap. Rasanya dah lama Iman tak diserang lelah. Berkemungkinan perjalanan yang panjang, cuaca luar panas dan cuaca sejuk aircond dalam kereta dah bercampur-baur menyebabkan lelah menyerang.

Akhirnya kenduri menyambut menantu pun kami tak pergi. Iman ke unit kecemasan. Lepas tu rehat-rehat sahaja di rumah sambil sambung guna inhaler.

Disebabkan cuaca yang amat panas kami bawa Iman berehat di tepi pantai. Iman tidur lena di dalam kereta yang dibuka pintunya. Angin pantai yang bertiup buat Iman nyenyak betul.


Dari kejauhan ternampak Pulau Topi. Aku selalu tertanya-tanya apa yang ada di pulau ini.

Cantik betul cuaca pada masa tu. Sayangnya kami tak bawa tikar. Kalau tidak memang kami dah landing kat situ sambil makan nasi bekal yang dibawa.

Bila aku lihat pada pokok kelapa yang dogol tu hati terasa sayu. Teringat akan diri sendiri yang dah semakin berumur dan bila-bila masa pun akan jadi seperti pokok kelapa itu...

Banyak kambing yang kami lihat di pantai. Kambing yang makan apa saja. Aku lihat kambing-kambing ini memamah plastik...kambing oh kambing. Akhirnya kami sedekahkan kuih akok yang dibeli kepada kambing ini. Licin dimakannya. Sakit perut nanti tanggung sendiri ya kekeke. Sebabnya kambingkan herbivor, makan tumbuh-tumbuhan. Ini makan kuih akok pulak. Kata Abg, elok kambing ni makan kuih akok kedut daripada dia makan plastik tu kekeke.

Rasa tenang sekali bila balik ke kampung. Bertambah tenang dapat berjumpa ibu dan bapa mertua.

Sunday, February 28, 2016

Happy Birthday!

Tengahari semalam kami 3 beradik berkumpul makan-makan sempena menyambut hari kelahiran masing-masing. Pandai arwah mak dan ayah...birthday kami bertiga semua dekat-dekat tarikhnya hehehe. Kebetulan anak aku juga lahir dalam bulan yang sama.

Bila ahli keluarga semua makin bertambah memang seronok sesekali berkumpul. Makan tu hanya sampingan. Yang seronoknya bercerita dan mengeratkan silaturrahim.

Doaku semoga Allah panjangkan hubungan baik kami 3 beradik ini hingga ke syurga, amiin.




Thursday, June 18, 2015

Ramadhan

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua. Semoga Ramadhan ini membawa seribu rahmat kepada kita semua.

Anakku dah mula berpuasa. Alhamdulillah. Tahan sampai pukul 4 petang untuk permulaan. Kami tak minta dia berpuasa. Dia yang dengan rela hati mahu belajar berpuasa. Sampai pucat muka dia masa aku ambil di tadika. Terkejut aku bila cikgu cakap Iman langsung tak nak makan sebab nak berpuasa.

Hihi...wahai anakku :-)


Saturday, April 11, 2015

Kait

Maknjang wife kepada Paknjang sekarang ni ambik tempahan mengait kasut dan topi baby. Selain kasut dan topi baby, beg untuk sejadah pun ada. 

Comelnya! 

Teringat topi aku masa baby dulu. Masa tu Mak minta sorang sedara kaitkan untuk aku.

Aku dah minta Maknjang kaitkan satu set untuk baby lelaki, anak sahabat baikku. Sahabatku ini dah  sebulan melahirkan anak kelimanya. Tak sempat ke hospital...lahir dalam kereta. Alhamdulillah sahabatku dan babynya selamat.

Ok, mari kita jamu mata dengan topi dan kasut yang Maknjang kait. Comel! Hehe.









Wednesday, April 8, 2015

Bila Suami Memasak...

Abg tak pandai memasak. Abg kalau boleh memang nak avoid dapur. Mungkin dia tak selesa atau kekok. Abg cuma mahu tolong-tolong aku tapi Abg memang tak nak memasak sendiri.

Minggu lepas kami ke rumah Maksu. Teruja kami lihat Paksu gigih untuk memasak char kueh teow yang dia belajar dari Youtube. 

Paksu bagi semangat pada Abg untuk memasak.

Kebetulan aku tak berapa sihat. Dapur tak berasap berminggu.

Abg masuk dapur dan masak makan malam untuk dua hari. Dan inilah hasilnya...

Malam 1: Bihun goreng letak telur dan sosej ayam


Malam 2: Kueh teow letak ayam goreng beli di kedai tomyam

Alhamduillah! Sedapnya Abg masak!

Nampak Abg happy sangat dengan hasil pertama masakannya.

Lepas ni bolehlah aku ajar Abg masak masakan lain pulak. Air tangan Abg macam air tangan arwah Ayah...sedap sangat bila masak.

Monday, March 23, 2015

Balik Kampung

Bila Iman balik kampung...



Halaman rumah nenek luas. Seronok Iman dan sepupu-sepupunya berlari sampai jatuh tergolek-golek hehe.
Yang lawaknya Iman kata susah nak fahamlah...dorang cakap Kelantan dan Terengganu :-)

Tuesday, March 3, 2015

Keliru Lagi

Masa dalam kereta Iman dengan penuh keyakinan meminta aku pasangkan cd "Nabi Yusuf".

Aku dan Abg tercengang-cengang. Seingat aku kami tak pernah ada cd berkaitan kisah-kisah nabi. Cd nasyid dan zikir tu adalah.

"Nabi Yusuf yang mana ni Iman? Mama confuse."

"Itu...Nabi Yusuf yang mukanya hensem dan suara sedap tu, " balas Iman.

Lagi tercengang-cengang kami dibuatnya.

"Ish mama ni...ni Nabi Yusuf ni," sambung Iman lagi sambil menarik kotak cd di sebelah aku.

"Iman! Wahahaha."

Aku dan Abg dah gelak bagai nak rak dalam kereta. Iman pulak tercengang-cengang tengok gelagat kami.

Korang agak siapa "Nabi Yusuf" tu?
 
 Credit to Google

Sami Yusuf la...wahahaha.

Adeih anakku. Tersimpul tali perut mama gelakkan kamu.

Saturday, February 14, 2015

Tak Mahu Ke Sekolah

Sejak masuk 5 tahun anak aku sedikit meragam nak ke sekolah.
Dia tak teruja macam last year. Dulu, apa saja yang berlaku dalam kelas pasti semua dia akan ceritakan.

Aku dan Abg risau.

Selepas diselidik rupanya anak aku tak selesa dengan seorang guru kelasnya.
Kata anakku dia selalu dimarahi tanpa sebab.
Sebab tu lah setiap kali nak dihantar ke sekolah anakku mengalir-ngalir air matanya.

Akhirnya Abg pergi berjumpa guru kelas anakku yang seorang lagi tu.
Guru J ini memang penyayang dan lembut tutur katanya.
Abg bertanya sama ada anakku ini nakal dalam kelas.
Tidak, jawab guru J.
Akhirnya Abg pun memberitahu masalah anakku yang resah gelisah setiap kali hendak ke sekolah.
Pulang dari sekolah wajah anakku masam mencuka dan moody.

Kelmarin anakku dah kembali ceria.
Pulang dari sekolah pun mula ketawa dan menyanyi-nyanyi.
Katanya Guru L dah tak marah-marah lagi.
Guru L dah cakap dengan dia elok-elok.
Alhamdulillah.

Mungkin Guru L tersilap teknik dalam mendidik.
Dipukul rata satu teknik untuk semua budak.
Baguslah Guru j dan L cepat bertindak setelah permasalahan dikemukakan.

Aku dan Abg bukan tak biasa marah anak.
Marah kami bersebab dan kami akan sentiasa terangkan pada anakku itu kenapa kami marah dan apa tujuannya.
Dan marah kami bukan dalam bentuk jerkah tengking.
Sebab itulah anakku itu jadi 'terkejut' bila dijerit tanpa sebab musabab.
Dia keliru.

Moga anakku itu akan terus ceria dan bersemangat untuk terus ke sekolah :-)

Thursday, November 27, 2014

Anak Mengikut...

Anak akan mengikut apa yang ibu bapa mereka lakukan.

Aku suka uli, cubit dan cium anak aku tak kira masa. Aku jadi geram bila tengok anak aku. Aku rasa anak aku sangat comel dan gebu. Semua ibu akan ada perasaan yang sebegitu terhadap anak mereka. Itu normal. Walaupun anak-anak orang lain lebih comel dan gebu.

Rupanya anak aku juga buat semula apa yang aku buat pada dia. Pantang aku berbaring, dia akan datang dan uli, cubit dan cium aku tak henti-henti. Anak aku akan kata "Geram mama comel dan gebu. Geram saya nak cubit-cubit."

Rupanya itulah anak...apa yang kita beri, dia lihat dan dengar, itu juga dia akan ulang tayang kepada kita.

Berbuat dan beri contoh yang baik, insyaAllah anak itu akan jadi anak yang baik.

Saturday, November 8, 2014

Plasticine

Tadi sambil makan malam, sambil melayan berita di tv.

Iman : Mama, plasticine tu kenapa pulak?
Aku : Plasticine yang mana?.
Iman : Tu...plasticine kat tv tu...

Aku pandang Abg. Abg angkat bahu sebab tak faham.

Iman dah nampak nak marah.

Iman : Plasticine yang Israel bunuh tu la!

Ooo Palestine.

Tak leh tahan....aku dan Abg gelak tak berbunyi.
Iman ternampak kami gelak.

Iman : Saya kan tak boleh sebut betul. Janganlah gelak!

Terus Iman merajuk.

Hehehe budak kecik yang prihatin.

Sorry ya sayang. Tapi mama gelihati.


Monday, October 6, 2014

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua. Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan mendapat keredhaaan Allah.

Kita hebat merancang tetapi Allah lah pelaksana yang terbaik.

Pagi raya selesai solat Aidiladha, kami ke rumah maklang. Beraya di situ sampai dua jam.
Bersembang, bergelak ketawa sambil makan ketupat dan rendang ayam di luar rumah.
Iman sangat allergik dengan kucing.
Sebab tu kami terpaksa duduk di luar rumah.
Maklang ada memelihara beberapa ekor kucing.
Kucing parsi yang gebu-gebu dan boleh buatkan Iman allergik.

Tengahari, Abg bawa aku dan Iman berehat.
Tak beraya ke mana-mana dah.
Cuma baring-baring malas sambil perhatikan Iman.
Doanya Iman cepat sihat dan cergas kembali.

Ini raya paling pelik aku rasakan setelah raya puasa hari tu.
Ya, ada sesuatu yang Allah cuba sampaikan.

Ya Allah...terima kasih kerana aku masih punya Abg dan Iman.

Maksu beberapa kali menjemput kami ke rumahnya.
Niat hati memang nak ke sana.
Tapi bila pandang Iman, biarlah dia berehat dulu.
Nanti Iman over excited, terbaring pulak dia lepas tu.

Nampaknya hari ni bolehlah kami ke rumah terbuka Pakngah.
Harapnya Iman gembira.
Iman dah sedih sebab tak dapat tengok lembu korban.
Iman sedih sebab tak dapat beraya dengan Nenek dan Tok Ki.

Dalam kehidupan ini banyak pengorbanan yang perlu dilakukan
demi untuk sebuah kebahagiaan ☺


Friday, September 5, 2014

Happy Birthday Abe Sahak!

Kek Birthday untuk Ayah!
Last week birthday Abg.
Aku tak berapa sihat...rancangan nak sediakan kek suprise untuk Abg telah terbantut.
Akhirnya anak aku yang siapkan kek daripada Playdoh untuk ayahnya.

Abg "Ni kek ka kereta kebal ni?"
Iman "Itu lilin lah ayah...apalah...tiup cepat!"




Monday, July 14, 2014

Iftar Keluarga Kami

Malam semalam kami berbuka beramai-ramai di rumah seorang sepupu. Kiranya ni iftar keluarga untuk tahun inilah. Kebetulan keluarga sepupu dari Kelantan juga balik ke Penang, dapatlah kami berkumpul.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun sederhana. Tuan rumah menjamu kami semua dengan menu Nasi Daging yang aku bagi 6 bintang. Haa...melampau dak punya sedap hehe. Thank you Najib dan sakinah :) Yang lain-lain bawakan makanan serba sedikit bagi memeriahkan lagi majlis. 

Tapi serius aku terketa-ketar kaki bila nak ke rumah sepupu yang sorang ni. Rumahnya nun jauh di tingkat 18. Mak ai...aku ni gayat tahap 3. Sesampai kat atas tu terus pening tak hingat. Adoilah haha.










Tuan rumah yang sporting. Thanks!


Paklang dengan pinggan yang penuh hehe.



Paknjang dan Maknjang bawak pasembur dan sardine puff homemade. Sedap!


Solat berjemaah.


Aktiviti mentapau makanan untuk bawak balik. Terima kasih sekali lagi! :)

Si cantik manis yang bukan orang Korea hehehe.

Alaaa....aku tak dak gambar pun. Merajuklah...Takder sapa nak ambik gambar aku. Depa semua sibuk makan isk isk :(

Wednesday, June 4, 2014

Bila Toknjang Melompat

Suatu petang di rumah Toksu QK.
Toknjang WN dan Iman dah buat lompatan di tepi bendang.
Haha...dahsyat jugak Toknjang. Masih boleh melompat dengan tinggi.

Ok...Iman lompat dulu.

Jom lompat sama-sama.

Lompat lagi tinggi! Haha.

Penat melompat, Toksu GQ suapkan isi nyoq :)

Tuesday, April 1, 2014

Sejuklah Anakku!

Waktu malam di Cameron Highlands dalam hujan anakku minta mahu makan aiskrim.
Dah dapat aiskrim strawberry dia tersenyum riang.
Alhamdulillah dia tak batuk atau demam keesokan harinya.

Sejuklah anakku sayangggg.....ish ish.

Saturday, March 1, 2014

Sabah : Tanjung Aru


 Tanjung Aru seakan-akan Pantai Cenang di Langkawi. Tempat tumpuan pelancong. Banyak kedai-kedai makan, bar dan kedai yang menjual cenderamata. Kami ke sini sebab teruja untuk mengambil gambar matahari terbenam yang dikatakan nombor tiga tercantik di dunia. Wow! Memang teruja.


 Boleh pilih gerai makan mana yang digemari.

 Ini kawasan food court yang terletak di hujung pantai. Ada dijual pelbagai makanan dan minuman di sini. Yang femes di Sabah ni pastilah kepak ayam. Aku cuma pesan satey ayam beberapa cucuk dan air kelapa. Masa memesan makanan tu tak ku bagitahulah yang nak air kelapa dalam gelas atau kelapa sebiji. Sekali bila air sampai...alamak kelapa sebijiklah pulak. Jenuhlah aku nak habiskan. Air kelapanya pulak tak berapa sedap...akhirnya kelapa tinggal kelapa di atas meja. Satey pun aku jamah 3 cucuk saja.

Di sebelah food court ini ada disediakan surau dan tandas

 Pantainya luas dan memanjang.

 Kanak-kanak ini aku rasa anak-anak peniaga di kawasan food court. Depa tak peduli pun orang ramai yang ada. Penat main kuda depa buka baju dan seluar togel jer terjun ke dalam laut. Abg suruh aku snap gambar..aku kata tak mo aaa hehehe.

 Kebetulan hari tu awan tebal berarak. Awan terasa amat rendah masa kami di sini.

 Orang memang ramai di sepanjang persisiran pantai. Semuanya membawa kamera. Tujuan mereka sudah pasti sama dengan kami; bergambar hehe.

 Lapangan Terbang (Terminal 2) kat sebelah tu jer. Aku kagum betul dengan pilot yang boleh landing kapal terbang elok jer tak masuk ke dalam laut hehe. Kalau aku gamaknya bawak kapal terbang tu dah lama jadi macam cerita "Aeroplane...aeroplane." haha.

Iman mencapai kepuasan tersendiri kat sini. Pertama kali dia minta izin nak main pasir aku benarkan. Apa lagi budak kecik ni...main pasir sesungguhnyalah. Kebetulan kedengaran muzik gendang Tarian Singa...Iman pun main pasir sambil menari Tarian Singa haha. Menurun sapalah gamaknya ni :P

Subhanallah...cantikkan. Sayangnya hanya ini yang dapat aku snap. Takder rezeki hari tu. Awan tebal...matahari nampak ciput jer. Aku rasa bukan aku sorang yang kecewa, ramai lagi yang kecewa nak tengok matahari terbenam hari tu. Takper...lain kali kami datang lagi hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...