Pages

Monday, October 6, 2014

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua. Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan mendapat keredhaaan Allah.

Kita hebat merancang tetapi Allah lah pelaksana yang terbaik.

Pagi raya selesai solat Aidiladha, kami ke rumah maklang. Beraya di situ sampai dua jam.
Bersembang, bergelak ketawa sambil makan ketupat dan rendang ayam di luar rumah.
Iman sangat allergik dengan kucing.
Sebab tu kami terpaksa duduk di luar rumah.
Maklang ada memelihara beberapa ekor kucing.
Kucing parsi yang gebu-gebu dan boleh buatkan Iman allergik.

Tengahari, Abg bawa aku dan Iman berehat.
Tak beraya ke mana-mana dah.
Cuma baring-baring malas sambil perhatikan Iman.
Doanya Iman cepat sihat dan cergas kembali.

Ini raya paling pelik aku rasakan setelah raya puasa hari tu.
Ya, ada sesuatu yang Allah cuba sampaikan.

Ya Allah...terima kasih kerana aku masih punya Abg dan Iman.

Maksu beberapa kali menjemput kami ke rumahnya.
Niat hati memang nak ke sana.
Tapi bila pandang Iman, biarlah dia berehat dulu.
Nanti Iman over excited, terbaring pulak dia lepas tu.

Nampaknya hari ni bolehlah kami ke rumah terbuka Pakngah.
Harapnya Iman gembira.
Iman dah sedih sebab tak dapat tengok lembu korban.
Iman sedih sebab tak dapat beraya dengan Nenek dan Tok Ki.

Dalam kehidupan ini banyak pengorbanan yang perlu dilakukan
demi untuk sebuah kebahagiaan ☺


4 comments:

al-lavendari said...

Bila nak sampai Iman rumah Pakngah ni ?Iman juga nama cucu Pakngah yg terbaru.

insan marhaen said...

Bagaimana mak abah kita berkorban untuk kita dulu, begitu juga kita berkorban untuk anak-anak kita.

Dengan harapan anak-anak kia akan berkorban untuk cucu cucu kita kelak...

inni osman said...

assalammualaikum,selamat hariraya...duduk di penang ka...dkt mana...dah follow u...jemputlah ke `rumah' kita pulak...hehe

Bearcat said...

Pakngah ~ jika diizinkan Allah pasti Iman akan ke rumah Pakngah suatu hari nanti. Bolehlah Iman bersua muka dengan Iman Pakngah :)

IM ~ ya...semoga pengorbanan yang kita buat ini ikhlas untuk anak-anak dan cucu-cucu kita :)

Inni ~ W'sallam wrh. Selamat hari raya aidiladha...satu kapai lah kita ya hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...