Pages

Wednesday, April 8, 2015

Bila Suami Memasak...

Abg tak pandai memasak. Abg kalau boleh memang nak avoid dapur. Mungkin dia tak selesa atau kekok. Abg cuma mahu tolong-tolong aku tapi Abg memang tak nak memasak sendiri.

Minggu lepas kami ke rumah Maksu. Teruja kami lihat Paksu gigih untuk memasak char kueh teow yang dia belajar dari Youtube. 

Paksu bagi semangat pada Abg untuk memasak.

Kebetulan aku tak berapa sihat. Dapur tak berasap berminggu.

Abg masuk dapur dan masak makan malam untuk dua hari. Dan inilah hasilnya...

Malam 1: Bihun goreng letak telur dan sosej ayam


Malam 2: Kueh teow letak ayam goreng beli di kedai tomyam

Alhamduillah! Sedapnya Abg masak!

Nampak Abg happy sangat dengan hasil pertama masakannya.

Lepas ni bolehlah aku ajar Abg masak masakan lain pulak. Air tangan Abg macam air tangan arwah Ayah...sedap sangat bila masak.

4 comments:

Dr K said...

ada bakat tu..hihi
saya mmg tak geti dan tak minat masak. haha..syukur bila kahwin, wife saya mmg minat memasak. :)

Bearcat said...

Daddy Ziyyad, ya...sang suami ada bakat terpendam rupanya. Mana tau daddy ziyyad pun ada bakat terpendam yang lebih hebat he he.

Anonymous said...

Akak rasalah org lelaki ni kalau sesekali masak memang terangkat sedapnya sebab masa masak tu memang sepenuh jiwa..hihihi

Bearcat said...

Akak betul tu. Masa potong sayur dan pegang sudip tu dah macam nak pi berperang punya seriusnya ha ha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...