Aku tak suka betul dengan applikasi WhatsApp. Sapa yang ada nombor telefon aku boleh sesuka hati WhatsApp aku. Rimaslah.
Baru ni nombor telefon aku terlepas kepada orang yang tak sepatutnya. Walaupun masa bekerja aku ada berurusan dengan orang tersebut tapi tak perlulah berwhatsapp benda-benda yang tak perlu.
Aku block orang tersebut. For sure dia bengang. Buat masa ni aku belum terserempak lagi dengan orang tu.
Aku rasa WhatsApp ni tak ada privacy. Tambah-tambah lagi bila ada kawan-kawan yang suka sangat add aku ke dalam group yang aku tak nak. Bukan nak ditanya kita dulu. Dahlah group tak boleh nak block.
Ada satu group tu dah 4 kali aku left. Dah tak paham-paham orang yang sama dok add aku lagi. Nang bo ti nang kui bo ti kui betuila. Aku pm dia bagitau tolong jangan add aku lagi. Tapi dia sebagai admin bagi alasan semua orang dalam group tu nak aku masuk. Sah jenis tak paham cakap orang.
Telefon aku telefon zaman dinasour. Bila dah banyak sangat group plus group kerja maka paham-pahamlah apa jadi huhu.
Akhirnya aku nekad delete WhatsApp daripada telefon aku. Puas hati aku. Lega.
Err! Aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan sebab komunikasi kerja aku masih memerlukan WhatsApp.
Buatlah WhatsApp yang privacy. Yang hanya boleh digunakan oleh orang yang kita approve. Maka tak daklah masalah.
Ni orang jual rumah pun tak abih-abih dok hantar WhatsApp. Macam-macamlah hehehe. Dah. Bye.
2 comments:
wow, saya dah lama rasa whatsapp sgt menyemakkan hidup saya huhuhu..la ne kalau kawan2 rapat tak suruh online mmg saya takkan online..saya lebih suka berinteraksi melalui email berbanding whatsapp dan apa2 aplikasi yg berkaitan..
Saya lagi best. Dah tong sampahkan whatsapp. Benda mudah dan ala2 percuma ni mmg selalu disalahgunakan...hehe.
Post a Comment