Pages

Saturday, January 28, 2012

KangkungKu


Kangkung

Bunga Kangkung

Daun Kangkung yang segar dan gemuk macam aku heee.
Alhamdulillah...kangkung yang ditanam oleh ibu mertuaku dah boleh petik hasilnya. Ini gara-gara teruja Paknjang tanam kangkung hari tu la hehe. Yeay! Boleh buat cucur udang kangkung. Selain kangkung kat rumah aku ada serai, pandan dan bunga kantan (dan rumput dan lalang...bila dekat-dekat hujung bulan haha).

Kangkung ni kangkung hasil penyelidikan kat tempat aku. Tu yang gemuk dan segar. Adalah jugak sikit-sikit ulat makan, tapi it's ok...itu bermaksud kangkung ni bebas dari pesticide...Lagipun apa salahnya aku kongsi kangkung dengan ulat, ulat pun nak makan per hehe.

Terus jadi semangat nak tanam sayur-sayuran lain pulak. Err...nak tengok kebun aku? Tak perlu kot. Nanti korang tak dapat bezakan mana sayur mana rumput haha. Chaoz.

Friday, January 27, 2012

Astaghfirullahalazim! Tudung Muslimah Ada Gambar Sx

Tentu anda semua ingat ini gambar pada t-shirt. Tak...ini gambar yang terdapat pada tudung muslimah. Terkejut? Ya, aku lebih terkejut. Tatkala dok belek-belek nak beli tudung, ini yang aku jumpa. Sempat aku snap gambar.

Rosak....rosak.
Apa motif pembuat tudung ini? Label tudung ini kira bukan kecil-kecilan punya pengeluar. Kata si penjual, kalau mahu beli kain tudung jenis macam ni yang original...inilah pengeluar aslinya. Aku juga terfikir, apa tujuan penjual yang sudah semestinya beragama Islam menjual tudung sebegini. Terlepas pandang? Mustahil.

Jadi untuk anda semua, semasa membeli tudung...beleklah betul-betul corak di kain tudung tu. Dalam dunia yang cacamarba ini, tidak mustahil Islam cuba diperlekehkan dalam pelbagai cara.

Wednesday, January 25, 2012

Mann

Aku bukan peminat citer Hindustan. Tapi kalau citer Mann ni dah berapa kali aku tengok sejak zaman aku study di u dulu. Meleleh gak air mata setiap kali citer abih. Bagi aku citer ni lain dari citer Hindustan yang biasa-biasa tu. Lagunya pun sedap di dengar. Cuma part seksi meksi tu tak payah ler tengokkan hehe.

Alahai, TV2 tengah tayangkan citer Mann....mengimbau zaman aku masih kurus kering dan lone ranger dulu hehe.

Tuesday, January 17, 2012

Pameran Karakter Animasi Jepun...best best


Wah aku teruja ni! Anda minat Doraemon, Ultraman, Hello Kitty atau Sailormoon dan watak-watak yang seangkatan dengannya? Apa tunggu lagi. Jom ke Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, USM Pulau Pinang.

 Ada pameran karakter animasi Jepun bermula 16 Januari 2012 sehingga 4 Februari 2012. Eee.... aku  yang lebih-lebih terexcited memandangkan aku minat kartun walaupun dah tua tahap elok tengok Tanah Kubur di Astro Oasis jer kui kui kui.

Jom ramai-ramai! Maklumat lanjut sila klik di sini : Doraemon dan kawan-kawan

Monday, January 16, 2012

Bee Sting

Alhamdulillah...kena lagi. Kali keempat dah ni. Mula-mula aku macam macho...rileks...tepis-tepis chewah. Sekali...ambik hang. Bengkak muka macam alien uwaaaaa. Baru nangih macam budak kecik. Rupanya bisa lebah ni ambik masa lama untuk tersebar.

Petua-petua yang aku dapat dari internet nampaknya sudah terlambat untuk diamalkan. Tapi takperlah untuk manfaat semua, aku catatkan di sini semua petua-petua yang dapat aku kumpulkan :

  1. Letak tahi hidung (adik dan kawan aku punya petua) - ambik tahi hidung dan sapu tempat kena sengat. Tahi hidung sendiri. Tapi aku tak sampai hati nak buat....geliiiiii.
  2. Letak tahi lembu (bapa dan mak sedara punya petua) - haiya...mana nak cari tahi lembu panas-panas.
  3. Tenyeh bunga melati pada tempat kena sengat.
  4. Asah pisau pada pengasah dan ambik air asahan sapu pada tempat sengatan.
  5. Baca Al-Fatihah 7x, Al-Ikhlas 3x dan ludah pada tempat kena sengat dengan niat semoga Allah hilangkan bisa sengatan.
Itu sajalah petua sengatan lebah untuk hari ini :( Ingat! Jangan lupa cabut sengat lebah tu dulu.

Saturday, January 14, 2012

Servis Mangkuk Tingkat di Penang




Wah! Aku baru tahu dah ada servis penghantaran makanan halal di Penang ni. Selama ni servis begini cuma ada di KL : mangkuk tingkat. Selama ni aku tengok masyarakat cina jer yang biasa guna servis macam ni.

Aku bukannya apa...memang aku pemalas nak keluar makan tengahari. Sejam tu biasanya aku keluar tapau makanan dan balik makan di ofis. Kedudukan ofis aku memang jauh dari cafe dan kedai makan. Alangkah baiknya bila dah ada servis penghantaran makanan macam ni. Tak payah susah-susah terperangkap dalam jem dan berpanas-panas hehe. Alasan aku yang memang tak suka makan beramai-ramai di kedai ;p (kata kawanku aku ni anti sosial dan tak tahu nak bergumbira hehe).

Ok, aku nak try Mangkuk tingkat Penang

Wednesday, January 11, 2012

Trend

Tersenyum-senyum aku lihat gelagat orang sekarang. Ke hulu ke hilir dengan kamera dslr tergantung di tengkuk. Setiap sudut semua diambil gambar. Teringat beberapa bulan yang lepas aku naik feri. Lama jugaklah dah tak merasa naik feri untuk ke seberang.

Elok feri pun bergerak, berpusu-pusu orang turun dari kereta. Alahai, semuanya bawa kamera dslr tergantung di leher. Hehehe....akhirnya nampak suasana macam kelakar. Sebab semua orang nak jadi jurugambar profesional.

Dua tiga orang kawanku juga punyai kamera dslr. Malangnya bila ambik gambar, aku rasa kamera handphone aku lagi lawa gambarnya. Yang paling memeritkan...pernah suatu ketika kawanku mengambil gambar di suatu majlis tapi semua gambarnya kabur. Janganlah tanya aku...aku tak reti bab-bab kamera gedabak ni. Aku cuma ada kamera kompak. Habislah gambar sepanjang majlis berjalan. Lepas 2-3 hari dia tergelak-gelak bagitahu aku punca gambar semua tak menjadi. Salah setting rupanya hehehe.

Moralnya nak ikut trend bukannya tak boleh. Tapi kan lebih elok belajar macam mana nak guna kamera canggih tu dengan sepenuhnya. Belajar dari internet, kelas-kelas fotografi. Kalau tidak sesia saja. Orang ada kamera dslr, ko pun nak ada kamera dslr. Orang ambik gambar sampai boleh buat duit, ko pulak ambik gambar macam kamera masuk air keh keh keh. Kalau teknik dan setting betul, gambar dari kamera kompak biasa pun cantik dan menarik. Lainlah nak jadi jurugambar profesional :-)

Thursday, January 5, 2012

Internet Terpantas


(BAHAGIAN PERTAMA)


MUNGKIN di kalangan pembaca, apabila diajukan soalan di manakah lokasi luar negara yang mereka ingin menggunakan super high speed broadband, jawapan yang pasti akan keluar ialah Amerika Syarikat ataupun Eropah.
Namun ketika artikel ini ditulis, Korea Selatan telahpun mencapai kelajuan internet terpantas di dunia.
Menjelang tahun ini, pengguna internet di Korea Selatan dapat memuat turun filem definisi tinggi dalam jangka masa dua saat sahaja. Kelajuan pasaran Jalur Lebar Korea Selatan dibangunkan dengan kadar yang luar biasa.
Perkhidmatan jalur lebar yang pertama dilancarkan di Korea Selatan pada tahun 1998. Ia mengambil masa dua tahun sahaja untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar tertinggi di dunia.

PERTAMA DI DUNIA
Pada tahun 2005, Korea Selatan selangkah ke hadapan dengan kejayaan menjadi negara pertama di dunia yang telah mentransformasi pertukaran penggunaan dial-up sepenuhnya kepada jalur lebar.
Pada tahun yang sama, hampir 85% pengguna mempunyai akses internet sehinggan 1mbps.
Pada tahun 2010, kerajaan Korea Selatan yang bekerjasama dengan sektor swasta telah memulakan usaha untuk membekal kelajuan internet sehingga 1gbps.
Suruhanjaya Komunikasi Korea Selatan berhasrat untuk menyambungkan kesemua rumah di Korea Selatan dengan kelajuan 1gbps.
Kelajuan maksimum 1gbps dijangka hanya terdapat di bandar-bandar utama di Korea Selatan manakala pengguna internet talian tetap di bandar kecil dapat menikmati kelajuan di antara 50mbps-100mbps.
Mereka mempunyai dua pelan nasional jalur lebar iaitu Rangkaian Penyatuan Jalur Lebar (BCN) dan IT839.
Kedua-dua memfokus kepada mewujudkan rangkaian yang menyeluruh yang membolehkan pelanggan berkomunikasi pada bila-bila masa melalui pelbagai peranti, termasuk telefon tetap dan mudah alih, komputer peribadi, rangkaian rumah dan peralatan lain.

BCN TERBAIK DUNIA
Pada tahun 2004, kerajaan memilih tiga konsortium yang diketuai oleh Korea Telecom (KT), DACOM dan Korea Selatan Telekom (SKT) untuk membangunkan percubaan BCN dengan menggunakan pembiayaan sendiri.
Matlamat kerajaan Korea Selatan ialah untuk menubuhkan BCN terbaik di dunia yang boleh menyediakan perkhidmatan multimedia jalur lebar kepada 100 juta isi rumah yang menggunakan perkhidmatan talian tetap dan 100 juta pengguna perkhidmatan tanpa wayar.
BCN diikuti oleh rangkaian penumpuan Ultrabroadband (UBCN) program yang akan dijalankan antara 2009 dan 2013.
Ia akan memberi tumpuan kepada pembangunan jalur lebar dengan 1 kelajuan Gbps.

NEGARA PALING AGRESIF BANGUN JALUR LEBAR
Pada awal tahun 2011, Korea Selatan dinamakan sebagai negara paling agresif oleh perancangan kerajaan ke arah pembangunan jalur lebar dalam satu kajian yang membandingkan 16 buah negara.
Korea Selatan telah membuat satu pelan induk ataupun ‘master plan’ sejak 10 tahun yang lepas.
Dengan adanya strategi pembangunan jalur lebar negara yang sangat mantap dan amat terperinci, mereka dapat melaksanakan projek menaik-taraf tanpa ada sebarang masalah.
Luar biasa sekali, kerajaan Korea Selatan merancang untuk membelanjakan kurang daripada satu peratus daripada bajet kepada pelan, yang bercadang untuk mengisi jurang dengan menggalakkan pelaburan sektor swasta.
Tambahan, satu fakta yang paling menakjubkan ialah, usaha projek menaik-taraf kelajuan internet telah mendapat sokongan penuh daripada para ahli politik.
Soalan pertama yang akan timbul, mengapa Korea Selatan berusaha untuk membekalkan kelajuan yang pada pandangan penulis, amat luar biasa kepada penduduk mereka?

KE ARAH HARI ESOK
Jawapan yang tepat ialah mereka telah melihat potensi yang amat besar sekiranya kelajuan internet dipertingkatkan.
Bagi mereka, kelajuan internet luar biasa dapat merubah landskap kehidupan.
Jika saya bertanyakan kepada pengguna internet biasa, mungkin jawapan yang diperolehi ialah bukankah kelajuan broadband talian tetap di negara kita sudah memadai untuk kehidupan seharian biasa atau sekadar ingin melayari facebook atau twitter, baca berita secara online, menerima dan menghantar email kepada rakan-rakan.
Tujuan kita melayari internet bukan sahaja untuk membaca berita, mencari maklumat dan informasi, memuat turun lagu ataupun filem, membeli barang secara online tetapi lebih daripada itu.
Mereka ingin mengaplikasikan sepenuhnya teknologi internet dalam kehidupan mereka.
Internet adalah satu medium bertujuan menghubungkan komuniti dan pada masa yang sama, memudahkan segala perkerjaan.
Lebih daripada 94% isi rumah Korea Selatan sudah mempunyai akses kepada perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dan Korea mempunyai jumlah tertinggi pelanggan perkhidmatan jalur lebar di dunia pada tahun lepas.

INSENTIF
Korea Selatan telah pun menjadikan pembinaan jalur lebar sebagai keutamaan negara dan dalam kes-kes yang tertentu, kerajaan telah memberi insentif kepada syarikat-syarikat swasta untuk turut serta membangunkan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Dengan cara ini, ia dapat menghalang pemain utama daripada memonopoli perniagaan mereka, menggalakkan persaingan dan inovasi.
Di Korea Selatan, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar dari syarikat kabel atau telekomunikasi.
Tetapi mereka juga boleh memilih di kalangan pembekal bebas yang diberi akses oleh kerajaan menggunakan infrastruktur yang sedia ada untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada pengguna.
Kerajaan Korea Selatan juga telah memberi insentif kepada pengguna dengan memberikan subsidi untuk menarik banyak lagi pengguna melanggan talian tetap.
Tambahan dengan persaingan sihat di antara syarikat komunikasi swasta mahupun bebas, harga yang ditawarkan sangat murah dan dari segi kebaikannya, menguntungkan pengguna.
Pelik tetapi benar, kerajaan Korea Selatan tidak meletakan sasaran untuk mencapai kelajuan internet 100,200 ataupun 500mbps, sebaliknya telah meletak sasaran nasional untuk mencapai kelajuan 1000mbps(1gbps) pada tahun 2012.

NEGARA KITA BERBANDING KOREA SELATAN
Di negara kita, kelajuan internet paling tinggi dapat dinikmati oleh pengguna talian tetap ialah 20mbps, manakala talian tanpa wayar ialah 15mbps untuk rangkaian 4G dan 7.2mpbs untuk rangkaian 3G.
Umobile 3G pula berkemampuan untuk mencapai kelajuan 42mbps .
Korea Selatan pada asasnya telah memilih untuk menaiktarafkan teknologi negara untuk membantu memulihkan ekonomi yang hancur ketika mengalami krisis ekonomi 1997.
Ia seterusnya mencipta persaingan jalur lebar yang sihat, memberi kebaikan kepada pengguna dari segi harga perkhidmatan jalur lebar dan meningkatkan kelajuan.
Walaupun ekonomi masih bergelut, Korea Selatan telah mencapai kemajuan yang setara dengan pelbagai bentuk teknologi digital.
Penduduk mereka boleh mendapatkan video atas permintaan dalam talian dalam kualiti definisi tinggi, malah lebih murah berbanding rakyat Amerika membayar sewa DVD.
Pelajar berpendapatan rendah dapat menggunakan sambungan kelajuan tinggi untuk mengambil tutorial secara percuma untuk ujian kebolehan negara, peperiksaan yang boleh menentukan kemasukan kolej dan permintaan pekerjaan pada masa depan.
Petani menggunakan internet sebagai wadah untuk menjual hasil tanaman mereka dan sayur-sayuran.
Tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawasanya kita boleh membeli buah dan sayur-sayuran secara online tetapi hakikatnya, fenomena ini sedang berlaku di Korea Selatan dalam skala yang besar.
Selain itu, rakyat Korea Selatan menggunakan sepenuhnya manfaat internet untuk membaiki tahap pembelajaran bahasa Inggeris.
(NANTIKAN BAHAGIAN KEDUA RENCANA INI)


Diambil dari mStar Online

Wednesday, January 4, 2012

Ombak Rindu Edisi Ketinggalan

Teruja dengan komen-komen di akhbar dan internet, aku pun langgan Ombak Rindu di Astro First semalam. Nak juga aku tengok filem yang kaut 11 juta tu. Mesti best sangat ni, sampai ada yang beri komen tengok filem ni berulang-kali dan siap menitiskan air mata.

Dengan penuh suspens aku tekan channel 482. Sebelum tu aku buat pengakuan ikhlas yang aku memang tak suka tengok Aaron Aziz berlakon (apatah lagi Azizah Mahzan tu).

Akhirnya, habislah 2 jam aku tengok citer tu. Aku termenung depan tv. Buang RM15. Citer sia-sia. Tipikal citer Melayu. Cuma gambar suasananya cantik. Bosannya + menyampah. Bosan sebab jalan citer dah boleh baca. Menyampah tengok adegan-adegan keterlaluan yang bagi orang sekarang ni dah tak heran. Eeee kalau budak-budak tengok macam mana? Mesti depa ingat benda macam ni biasa. Apalah perasaan isteri si Aaron Aziz tu ya? Ish.

Kesimpulannya baik aku tengok Baby TV. Taklah aku rasa sesal-sesal ni.

Tuesday, January 3, 2012

Tingkatkan Servis Setinggi Gunung Jerai

Hari ni masih cuti. Kami bosan di rumah jadi mengambil keputusan berjalan-jalan. Ke mana? Ke Gunung Jerai! Sebabnya? Adik-adik belum pernah jejak ke situ. Lagipun The Regency Jerai Hill resort dah cantik sekarang. Kenapa namanya The Regency Jerai Hill Resort? Bukan Jerai Mountain Resort? Emm...entahlah.

Sampai di puncak Gunung Jerai, adik-adik dah terpegun...wah cantiknya. Sayang, semua gambar kurang cantik...cuaca agak mendung. Macam tak ceria jer gambar.

Disebabkan sudah tengahari, kami mengambil keputusan makan di situ. Nampak tempatnya macam ada kelas...harga makanan reasonable lah dengan kedudukannya di puncak yang tinggi. Tapi servis agak hancus. Yang ambil ordernya entah apa-apa...pesan lain, yang datangnya cuma 2 makanan. Nasib baik aku tanya...kalau tidak ngangalah Amir dan Abg. Makanan pun ok-ok jer. Mintanya Nasi Ayam Hainan, datangnya Nasi Ayam Madu...ler. Itu rupanya nasi ayam hainan gunung jerai. Izat dan Abg minta Nasi Goreng Bagus tapi nasinya tak berapa bagus macam namanya hehehe. Tapi minuman memang ok. Sedap.


Nasi Goreng Bagus yang tak berapa nak bagus :-)
 Seharusnya pihak yang terbabit meningkatkan lagi kualiti servis di sini. Baru ada ummphh...Kelakar pulak si pelayan yang ambik order tu bila aku sebut Hainanese Chicken Rice sampai sudah dia tak faham. Bila sebut Nasi Ayam Hainan baru dia faham. Lain kali suruh staf hafal semua menu tu dulu ya sebelum ambil order hihihi.

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year

Salam. Selamat Tahun Baru 2012. Semoga tahun ini diri kita lebih baik dari yang sebelumnya, insyaAllah.

Nampaknya cuti tahun baru ni, cuti paling panjang buat aku. Apa tidaknya, si Iman tu taskanya tutup agak lama. Abg pulak tak boleh bercuti, terpaksalah aku yang bercuti. Seronok bila dapat bersama dengan Iman di rumah. Kalau tak kerana keperluan, dah lama aku berhenti kerja dan menjaga Iman di rumah.

Semalam boleh dikatakan sejarah, aku kononnya naklah tengok pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baru 2012. Tak ke mana pun...di QB saja bersama adik-adik. Tu pun dalam kereta jer pusing tiga empat round sampai pukul 12 tengah malam. Orang punyalah ramai. Macam-macam spesies yang ada. Yang baru keluar dari gua pun ada hehehe; geli tengok.

Iman pulak excited, menjerit-jerit tengok belon, layang-layang dan lampu. Tapi minta maaflah...tengok jer lah...nak turun ramai sangat manusia dan polis trafik.

Tepat 12 tengah malam bunga api pun dilepaskan. Haiyaaaa!!! Macam hampeh haha. Bunga api meletup mau tak mau. Macam dah masuk angin. Memang lawak ler. Dah la 5 bunga api jer kot yang digunakan. Kami dalam kereta tak larat nak gelak. Lagi kesian pada jurugambar yang siap setting tripod dan kamera macam nak apa jer. Mesti depa dok ingat bunga api super canggih yang nak keluar.  Cukuplah...sekali ni saja aku tunggu pertunjukan bunga api di malam tahun baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...