Pages

Saturday, March 30, 2013

Iman Request Kapkek

Fuh! Berpeluh-peluh...baru habis masak bihun sup seperiuk. Tengok pada periuk macam 5-6 orang yang nak makan walhal cuma ada 2 orang dewasa dan 1 budak kicik kat dalam rumah ni. 

Beberapa hari yang lepas Iman request nak makan kapkek....nak kapkek nak kapkek. Mahu tak mahu aku pun buatlah cupcakes time tu jugak. Ni bahana tengok Cupcakes War lah ni...terus teringin nak makan kapkek si budak kicik tu.

Cupcake yang aku buat taklah cantik pun macam dalam blog-blog masakan lelain tu. Tapi rasa sedaplah tu sebab Iman dan Abg makan banyak. Aku ni kalau buat kek, aku makan jerlah sekeping...yang lain-lain depa berdua ni lah tukang perabih. Yang tak adilnya depa tetap kurus...aku yang macam belon ish ish.


Tengoklah rupa cupcake aku....ada yang senget...ada yang tak penuh. Biasalah, ice cream scoop takder, aku bantai guna senduk jer. Topping pun takder sebab memang takder bahan....tu pun licin. Aku rasa orang letak topping atau cream tu maybe depa nak sorok cupcakes depa yang senget macam aku punya tu keh keh keh.

Aaaa....aku masih fening-fening dengan hal dewan kenduri adik aku tu. Hari tu aku dah jumpa manusia yang menguruskan dewan tu. Harap baju batik jer lawa, management hancus. Baru urus dewan 4-5 buah dah kelam-kabut, belum urus negara lagi. Eh! eh hehehe.

Semalam Iman dah jerit-jerit minta aku buat kapkek lagi. Nampaknya petang ni kenalah membaking lagi. Zzzzzzz....

Tuesday, March 26, 2013

Gambar Kambing

Teruja dengan seminar kecemerlangan kerja yang aku hadiri, malam tu jugak aku minta Abg lukiskan kambing. Konon-kononnya nak menilai Abg secara psikologi.
 
Siap saja lukisan kambing, aku pun emmmmmmm.
 
Betul sangatlah tu.
 
Kambing yang Abg lukis tak ada TELINGA.
 
Memang tepatlah Abg memang bukan pendengar yang baik. Patutla aku selalu bercerita seorang diri alih-alih tengok Abg dok kroh kroh.
 
Boleh pulak lukis kambing tak ada TELINGA sedangkan tanduk dan ekor semua ada.
 
Bagus betul aku pergi ke seminar kecemerlangan kerja tu. At least memang betullah kata penceramah tu. ZzzzzZZzzz.

Thursday, March 14, 2013

Rasa Nak Sekeh Orang.

Hari ini aku geram. Geram dengan orang yang buat kerja main-main dan tak amanah.

Alkisahnya adik bongsu aku akan berkahwin bulan Jun ni. Bulan Disember 2012 aku dan Abg dah sibuk mencari dewan untuk ditempah bagi melangsungkan majlis perkahwinan adik aku tu. 

Akhirnya dapatlah booking sebuah dewan. Alhamdulillah, lega. Abg terus isi borang tempahan. Duit deposit bulan April atau Mei 2013 baru perlu dibayar, kata pegawai yang menguruskan tempahan dewan tersebut.

Tiba-tiba Abg beritahu aku pegawai yang uruskan tempahan dewan tu call dia dan kata kami tak boleh langsungkan majlis di dewan yang kami dah buat tempahan. Katanya ada aktiviti dari organisasi lain yang  akan dijalankan di dewan tersebut.

WTH?? Seingat aku dah dua kali Abg call pegawai tersebut untuk confirmkan tempahan dewan tu. Senang-senang hati bapak dia jer batalkan tempahan kami dengan alasan orang lain dah tempah dewan tu terlebih dahulu.

Aku cukup membara dengan manusia yang buat mudah benda-benda macam ni. Dia ingat senang kami nak cari dewan lain memandangkan majlis perkahwinan adik aku cuma tinggal 3 bulan lagi. Sudahlah tarikh yang dipilih tu punyalah susah nak dapat dewan memandangkan time tu cuti sekolah.

AKU BENCI DENGAN ORANG YANG SUKA MENIPU DAN MENYUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN!


Wednesday, March 6, 2013

Iman Dapat Motor

Seronok Iman dapat hadiah motor dan jaket dari Angah Ijat dan Acu Amir. Terima kasih adik-adikku.
 
Aku bisik kat Iman "Sebelum Angah dan Acu kawin, Iman pau depa dua cukup-cukup." Haha.
 
Dengan keluasan rumah aku yang sekangkang arnab, Iman hanya mampu forward dan reverse motor barunya.
 
 

 

Monday, March 4, 2013

Al-Fatihah Untuk Pejuang-pejuang Negara

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama golongan syuhada. Semoga ahli keluarga mereka yang terlibat akan tabah menghadapi ujian ini. 

Aku hanya mampu menitipkan doa buat PDRM, ATM dan penduduk di sana semoga dilindungi oleh Allah setiap masa.

Sungguh...jiwa halus aku amat tersentuh setiap kali aku terbaca atau melihat liputan tentang pencerobohan di Lahad Datu. Tanpa aku sedar air mata menitis perlahan.

Ya Allah! Peliharalah saudara-saudara kami semua di sana...


Saturday, March 2, 2013

Zoo Dan Mee Udang Itu...

Hari tu kami ke Zoo Taiping. Kesian Iman, dah berminggu kami berjanji nak bawa Iman tengok animals tapi disebabkan kesibukan, faktor cuaca, semuanya jadi tertangguh. 

Ada sekali tu kami dah sampai di Taman Tasik Taiping tiba-tiba hujan turun mencurah-curah. Akhirnya kami cuma berkelah dalam kereta sambil makan laksa #sedapsungguh# yang paknjang bagi. Lepas tu kami pun bertolak balik. Gigih betul kami nak makan laksa sampai bawa ke Taiping kekeke.

Gambar tertangguh...laksa Maknjang yang marvellous.

Ok, alhamdulillah. Kali ni cuaca elok di Taiping. Sebelum tu dah hujan. Sampai di Zoo Taiping orang pun tak ramai seperti selalu, cuaca pulak redup. Memang sesuai nak bersantai-santai.

Acu Amir suruh Iman cucuk badak batu...ajaran sesat betul hehe.

 Acu Amir ni dengan replika dia beranilah cucuk-cucuk lubang hidung. Cuba kasi yang real punya haha.

 Ni apa punya kerja ntahlah...aissh!

 Romantika selepas hujan...hehe.

Ungka bawa anaknya di perut. Comel. 

Iman bagi makan rusa. 

Iman bagi makan wallabi. 

Ok, lepas penat dan gembira berjalan-jalan di dalam zoo kami ke Kuala Sepetang. Teringin nak makan mee udang yang diheboh-hebohkan tu.

Di Kuala Sepetang ada tiga kedai mee udang yang terkenal. Lepas congak-congak, kami buat keputusan untuk makan di kedai paling famous. Nak juga rasa dan nilai tahap mana kesedapan mee tu sampai manusia berbondong-bondong ke sana macam kenduri kawin.

Memang ramai manusia di situ. Tapi bila suap saja mee ke dalam mulut..emm indah khabar dari rasa kui kui. Tak sedapnya. Mee pun entah basuh entahkan tidak sebab rupa dan rasa macam mee tu terus dari dalam plastik ke dalam kuah mee yang tak sedap tu. Yang makan kuehtiau lagi best...kuehtiau masih melekat-lekat antara satu sama lain dan keras! Udang memanglah banyak tapi aku rasa tak sedap sebab udang tak berapa masak.

Kesimpulannya mee udang kat situ giler tak sedap. Baik makan mee udang di Sg. Dua. Sepuluh kali lebih sedap mee udang yang aku buat. Itu Abg dan Amir yang cakap kay kekeke.


Friday, March 1, 2013

My Birthday :)

 Birthday saya 23 Februari. Disebabkan orang yang nak buat suprise tu tak sabar-sabar, 22 Februari tu dah celebrate dah birthday haha. Lawak pulak. Mungkin Abg yg tak sabar nak makan kek Secret Recipe ni kot... :p
Terima kasih Abg untuk kek yang sedap dan hadiah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...