Pages

Saturday, March 30, 2013

Iman Request Kapkek

Fuh! Berpeluh-peluh...baru habis masak bihun sup seperiuk. Tengok pada periuk macam 5-6 orang yang nak makan walhal cuma ada 2 orang dewasa dan 1 budak kicik kat dalam rumah ni. 

Beberapa hari yang lepas Iman request nak makan kapkek....nak kapkek nak kapkek. Mahu tak mahu aku pun buatlah cupcakes time tu jugak. Ni bahana tengok Cupcakes War lah ni...terus teringin nak makan kapkek si budak kicik tu.

Cupcake yang aku buat taklah cantik pun macam dalam blog-blog masakan lelain tu. Tapi rasa sedaplah tu sebab Iman dan Abg makan banyak. Aku ni kalau buat kek, aku makan jerlah sekeping...yang lain-lain depa berdua ni lah tukang perabih. Yang tak adilnya depa tetap kurus...aku yang macam belon ish ish.


Tengoklah rupa cupcake aku....ada yang senget...ada yang tak penuh. Biasalah, ice cream scoop takder, aku bantai guna senduk jer. Topping pun takder sebab memang takder bahan....tu pun licin. Aku rasa orang letak topping atau cream tu maybe depa nak sorok cupcakes depa yang senget macam aku punya tu keh keh keh.

Aaaa....aku masih fening-fening dengan hal dewan kenduri adik aku tu. Hari tu aku dah jumpa manusia yang menguruskan dewan tu. Harap baju batik jer lawa, management hancus. Baru urus dewan 4-5 buah dah kelam-kabut, belum urus negara lagi. Eh! eh hehehe.

Semalam Iman dah jerit-jerit minta aku buat kapkek lagi. Nampaknya petang ni kenalah membaking lagi. Zzzzzzz....

2 comments:

Anonymous said...

oh terer lah ni. sy kalau adik beradik cake ni sy terer buat chocolate moist je, yang lain hancusss =.=

saya harap izat tak suka makan cupcake. muahahaha *evil laugh*

-ezza :)

Bearcat said...

Kira Ezza terrer gak tu boleh baking choc moist cake.

Izat terrer makan. Jangan risau muahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...