Pages

Thursday, March 14, 2013

Rasa Nak Sekeh Orang.

Hari ini aku geram. Geram dengan orang yang buat kerja main-main dan tak amanah.

Alkisahnya adik bongsu aku akan berkahwin bulan Jun ni. Bulan Disember 2012 aku dan Abg dah sibuk mencari dewan untuk ditempah bagi melangsungkan majlis perkahwinan adik aku tu. 

Akhirnya dapatlah booking sebuah dewan. Alhamdulillah, lega. Abg terus isi borang tempahan. Duit deposit bulan April atau Mei 2013 baru perlu dibayar, kata pegawai yang menguruskan tempahan dewan tersebut.

Tiba-tiba Abg beritahu aku pegawai yang uruskan tempahan dewan tu call dia dan kata kami tak boleh langsungkan majlis di dewan yang kami dah buat tempahan. Katanya ada aktiviti dari organisasi lain yang  akan dijalankan di dewan tersebut.

WTH?? Seingat aku dah dua kali Abg call pegawai tersebut untuk confirmkan tempahan dewan tu. Senang-senang hati bapak dia jer batalkan tempahan kami dengan alasan orang lain dah tempah dewan tu terlebih dahulu.

Aku cukup membara dengan manusia yang buat mudah benda-benda macam ni. Dia ingat senang kami nak cari dewan lain memandangkan majlis perkahwinan adik aku cuma tinggal 3 bulan lagi. Sudahlah tarikh yang dipilih tu punyalah susah nak dapat dewan memandangkan time tu cuti sekolah.

AKU BENCI DENGAN ORANG YANG SUKA MENIPU DAN MENYUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...