Pages

Tuesday, April 16, 2013

Petua Tercekik Tulang

Dulu-dulu kalau makan nasi, tak sah kalau tak ada ikan. Berbeza dengan sekarang, tak sah makan nasi kalau tak berlaukkan ayam.

Kalau dah namanya ikan, pasti ada tulang. Maka adalah kejadian tercekik tulang ikan semasa makan nasi.

Petua daripada arwah mak dan ayah senang saja. Tapi untuk petua ini perlukan pembantu untuk melaksanakannya.

  1. Sediakan secawan air.
  2. Berdiri di belakang mangsa.
  3. Gunakan kedua belah tangan dan tarik kedua belah telinga mangsa dengan agak kuat ke atas.
  4. Mangsa minum air sambil membacakan Bismillah serta selawat ke atas Nabi sambil berniat semoga tulang yang tercekik itu hilang.
Setakat ni memang mujarab petua yang diikuti. Tulang memang lepas. Cuma yang tak bestnya, di saat ini juga ada yang mengambil kesempatan untuk tarik telinga kita kuat-kuat untuk mengena keh keh keh.

2 comments:

insan marhaen said...

Petua dari mak IM ialah minum air dari senduk nasi yang belum berbasuh.

IM dah cuba beberapa kali tapi macam tak menjadi jer...

Bearcat said...

Hehehe...itulah, nak kaitkan cara yang mak IM bagi petua tu dengan Sains macam tak nampak jalannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...