Belum terlambat kiranya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kengkawan pembaca blog ini. Raya kan sebulan...sebelum dan semasa raya jangan haraplah dapat mengupdate blog. Sibuk mengalahkan wakil rakyat kui kui.
Perancangan awalnya kami akan balik beraya di Terengganu. Aku pun dah apply cuti awal sebelum raya supaya memudahkan kami balik ke sana. Yang lebih best, aku dok bersenang-lenang di rumah tanpa berbuat apa-apa sebab nak beraya di Terengganu.
Tup-tup Abg beritahu "Cancel balik Terengganu di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan."
"Apaaa???"
Akhirnya aku dah jadi kelam-kabut macam orang tak betul dah. Terpaksa pergi beli langsir ready-made di Kamdar. Main ambik jer yang mana sempat. Minta tolong abg beli daging, beras pulut, ayam dan lain-lain bahan untuk dimasak pagi raya.
Baju raya memang tak sempat beli dah pun. Bajetnya nak pakai baju-baju yang aku dah pakai masa kenduri kawin Amir. Yolah, orang Terengganu mana nampak kami pakai baju-baju tu lagi hehehe. Sekali, amek ko. Maka pakai jerlah baju yang mana ada....sapa tanya-tanya nanti aku kasi silambam haa...
Cuma baju Iman sempat abg beli sepasang. Tu pun alahai macam kain buruk! Susah betul kalau orang lelaki tak reti shopping baju pompuan ni hehe. Kebetulan hari tu aku kena gastrik teruk, maka tergolek jerlah aku di sofa tak dapat ikut abg dan Iman shopping satu hari suntuk. Sekali bila dorang balik, Iman dengan happynya bagitau yang ayah dah beli baju raya untuk dia. Aku buka bungkusan dan rasa nak menangis...kesian anakku...baju macam kain buruk, dah la mahal haha. Aku dah gelak-gelakkan abg sampai akhirnya dia pun tak sanggup nak suruh Iman pakai baju tu.
Untunglah mak mertuaku pernah belikan dua helai baju kurung bermanik-manik untuk Iman dua tahun lepas. Tahun ni baju tu baru muat elok dengan Iman. Alhamdulillah ada jugak baju raya Iman.
Iman di salun gunting rambut.
Rambut raya Iman...taraaa!
Tahun ini jugak aku pertama kalinya buatkan ketupat daun palas macam yang arwah mak selalu buat dulu. Menitis jugak air mata aku masa masakkan ketupat tu sebab teringatkan arwah mak dan ayah. Alhamdulillah ketupat jadi elok macam mana arwah mak buatkan. Seronok tengok suami, anak dan adik-adik makan ketupat dengan berseleranya.
Ketupat daun palas
Untuk lawan dengan ketupat, aku masakkan serunding basah resepi arwah tok. Sedih jugak teringat kat tok. Adeih, raya kali ni asyik sedih mengenangkan semua mereka yang dah tak ada.
Ok, tak nak tulis panjang-panjang. Layanlah gambar-gambar raya semasa open house di rumah
warna nostalgia dan
gemersik qalbu. Memang meriah dan kelakar hehe.
Makan satey di rumah Warna Nostalgia
Iman teringin adik....cucu Warna Nostalgia.
Blogger Gemersik Qalbu menjamu selera dengan hidangan laksa power! Huh! Memang sedap!
Budak-budak kecik yang sedang membelasah predator Warna Nostalgia....nak menangis Warna Nostalgia dibuatnya haha.
Adik-adik sepupuku yang comel-comel belaka hehehe.
Blogger Warna Nostalgia bersama DD
Di rumah terbuka Gemersik Qalbu. Syoknya kena angin bendang...rasa nak lentuk jer hehe.
Masakan ala kampung dengan ulam-ulaman, pekasam dan tapai pulut..oh oh oh.
Iman berposing di atas tangga dengan baju raya tahun lepas haha.
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin. (especially to IM yang hilang mana ntah blognya...hehe)