Pages

Sunday, January 26, 2014

Selamat Pengantin Baru

 
Selamat Pengantin Baru buat sepupuku Nirrah dan pasangannya Mizi. Semoga berbahagia hingga ke syurga :)

Cantik berseri-seri :)
 
Semalam baru berlangsung majlis perkahwinan sepupuku. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan meriah. Yang lebih menyeronokkan time ni jerlah semua sanak-saudara yang tinggal jauh dan dekat dapat berkumpul dan bermesra.

Dalam kegembiraan ada terselit kesedihan.

Aku terkenangkan arwah Maknjang Aisyah, ibu kepada Nirrah yang tidak sempat melihat majlis perkahwinan anak sulungnya berlangsung.

Aku juga terkenangkan perancangan terhadap adik aku yang tidak berjalan seperti yang diinginkan. Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Monday, January 20, 2014

Exercise Atas Tongkang

Gambar ni aku snap jarak jauh...kira macam PJJ jugak ni hehe. Masa tu aku tengah lepak dengan Abg dan Iman di tepi pantai. Pastu nampaklah ada dua tongkang besar tengah berlabuh. Pastu aku tengok dari jauh ada dua orang tengah berlari-lari.
 
Aku dengan keypohnya keluarkan kamera dan zoom. Yelah...mana tahu dorang tengah main kejar-kejar bawak pistol ke kan. Aku kan prihatin haha. Rerupanya...
 
Wah! Kagum aku dengan dua orang pakcik yang aku yakin pekerja di atas tongkang ni. Dorang tengah jogging korang....jangan tak percaya. Yang bestnya sorang pakai kasut kulit dan sorang lagi pakai selipar haha.
 
Itu tak penting. Aku respek dengan dua orang pakcik ni. Yang malas-malas exercise tu memang saja jer. Tengok! Pakcik ni atas tongkang pun boleh jogging! Korang kalau malas nak keluar rumah untuk exercise, kat dalam rumah pun boleh buat. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Cayalah pakcik hehehe. Dan saya mintak mahap sebab siar gambar pakcik tanpa izin ngeeee.
 




Sunday, January 19, 2014

Toy Museum, Pulau Pinang

Assalamualaikum.
 
Lega. Baru abis masak untuk makan tengahari. Jam baru pukul 9.30 pagi kui kui. Dah sibuk pikir pasal makan tengahari...*dang* Untuk sarapan aku just buatkan roti gula dan oats. Err...bukan aku buat pun roti tu...aku just sapukan marjerin dan tabur gula jer...puunn nak cerita.
 
Sekarang ni aku gigih makan oat untuk sarapan. Walhal sebelum ni dah dua bungkus oat pek besar dah masuk dalam tong sampah. Aku beli, makan dua tiga kali, pastu aku tinggal oat tu sampai kulat bermaharajalela. Rasa berdosa buang makanan macam tu...kesian orang yang kebuluran tak cukup makan...Jadinya kali ni aku minta Abg belikan aku oat paket paling kecik. Ha...bila dah abis baru aku akan beli lagi. Doanya bila aku konsisten makan oat, kolesterol jahat di dalam badan aku ini akan menurun dengan lebih pantas, insyaAllah.
 
Hari ni plannya nak ke rumah kakak sepupu aku. Anaknya baru dapat anak. Maksudnya sepupu aku dah ada cucu. Aku jer kurun bila ntah nak dapat cucu. Anak aku yang sorang ni pun kenit lagi. Panjang umur adalah rezeki tengok cucu. Kalau tidak cucu aku jer dapat tengok kubur aku iskk. Nak buat macam mana kan, kita manusia cuma mampu merancang tapi semua yang terjadi Allah yang menentukan. Kiranya jika awal kawin dulu aku terus dapat anak, mesti anak sulung aku dah berumur 14 tahun. Ni si kenit ni baru 4 tahun hehe.
 
Hari Jumaat baru ni cuti Thaipusam. Bosan punya pasal kami dah terjah Toy Museum yang terletak di Teluk Bahang. Dolu-dolu Toy Museum ni terletak di Tanjung Bungah. Disebabkan ruang yang tidak dapat menampung jumlah koleksi patung yang semakin bertambah, Toy Museum telah berpindah ke Teluk Bahang.
 
Untuk sampai ke Toy Museum korang cuma perlu terus ke Teluk Bahang dan ambik kiri bila sampai ke roundabout kecik pekan Teluk Bahang tu. Kemudian korang akan nampak signage Toy Museum di sebelah kiri sebelum sampai Masjid Teluk Bahang. Lokasi kali ni memang tak strategik sikit sebab jauh ke belakang Craft Batik dan di sebelah rumah orang. Aku bajet orang sebelah Toy Museum tu mesti dapat masuk free kan?
 
Kalau korang ke sini tak bawak kamera memang rugilah. Sebab tujuan utama masuk ke Toy Museum ni adalah untuk bergambar hehe. Rasa berbaloi bayar rm15 sebab banyak koleksi toys dalam tu.
 
TOY MUSEUM, TELUK BAHANG, PENANG
WAKTU BUKA : 9.00 PAGI - 6.00 PETANG SETIAP HARI
(LAST ADMISSION PUKUL 5.30 PETANG)
HARGA TIKET : RM15 (DEWASA), RM10 (KANAK-KANAK)
TAKDER CHARGE UNTUK PARKING DAN PENGGUNAAN KAMERA
 
 
Jom layan gambar...ni pun sikit jer gambar yang aku letak...penat nak letak semua hehe.
 
 Pintu masuk Toy Museum

 King Kong
 
 Iman nak jadi Kung Fu Panda
 
 Ni Predator ke? Aku tak kenal hehe.
 
 Pak Spiderman...macam real.
 
 Favorite aku masa kecik-kecik haha
 
 Encik Joker ni memang nampak real. Anak aku sampai menjerit-jerit tak nak lalu depan Joker.
 
 Ni favorite aku masa zaman student di u haha.
 


 Mr. Bean...pakcik sapa ntah hehe.

 Chip n Dale. Comel :)
 
 Doraemon and the gang...Abg suka lah kot haha.
 
 Aku ada bergambar dengan Yoda. Iman marah-marah kata aku ambik gambar dengan orang buruk dan jahat..eerrkk! haha.
 Iman perasan jadi Spiderman.
 
 Iman nak tiru Jin tapi dah rupa monkey pulak haha.
 
 Abg tak benarkan Iman ambik gambar dengan Wonder Woman sebab sexy tapi Iman nak jugak hehe.
 Eeee...tak suka I
 
 Macam hensem jerrrr....
 
 Yang ni lagi hensem haha
 
Yang ni lagi lagi hensem....owner Toy Museum haha.
 


Friday, January 17, 2014

Bulan Terang

15 haribulan...bulan penuh...
Kalau beli ketam, isinya pasti penuh.
Kalau jiwa tak kuat, tengok bulan pasti jadi sasar.
Oh! Bulan...sangat cantik kamu ini. Subhanallah.


Tuesday, January 14, 2014

Sambal Makndak

Percayalah...walaupun rupa sambal ni tak berapa lawa tapi rasanya...aku bagi 5 bintang!
 
 
Waktu cuti sekolah baru ni, Makndak yang tinggal di Kelantan balik ke Penang. Makndak ada sediakan sejenis sambal yang aku rasa sangat sedap dan kena dengan selera aku.
 
Kata Makndak, sambal tu sambal Siam/Thai. Huhuhu...aku memang tak boleh dengan makanan Siam/Thai ni. Pada aku semua jenis makanan Siam/Thai dari kuih-muih sampailah ke lauk-pauk semuanya sedap-sedap belaka.
 
Ok...hari ni aku dah dapatkan resepi daripada Makndak. Aku buat sambal ni untuk makan tengahari tadi.
 
Disebabkan kesedapan sambal Makndak ni, aku yang tak tahan kepedasan ni sampai makan bertepuk meja dan menangis-nangis kekeke.
 
Sambal ni rasanya pedas, masam dan manis. Huh! Cukup rasa. Kata Makndak lagi, sambal ni boleh disediakan dalam jumlah yang banyak pastu simpan dalam peti sejuk. Kata Makndak lagi, bila keesokan harinya sambal ini akan lebih sedap sebab semua rasa akan bersatu (betui ke perkataan ni hihihi)
 
 
SAMBAL MAKNDAK
 
15 biji cili padi
3 biji cili merah (aku tak masukkan sebab cili merah abih)
1 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 biji limau nipis (perah dan ambil jusnya)
2 ulas bawang putih (saiz besar)
1 biji bawang besar (boleh tambah jumlahnya jika suka)
Sedikit belacan - dibakar (aku tak masukkan)
 
CARA MEMBUATNYA
 
Bawang besar dan bawang putih dibakar. Aku potong kasar-kasar semua bawang dan goreng dalam kuali tanpa minyak.
 
Potong cili padi dan cili merah.
 
Kisar cili, bawang dan belacan dengan sedikit air masak.
 
Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk. Tambahkan air limau nipis, cuka, garam dan gula. Gaul hingga sebati.
 
Siap untuk dihidangkan bersama-sama ulam-ulaman...Kalau nak makan bersama-sama bihun sup pun sedap sambal ni.
 
Cubalah resepi yang mudah ni...pasti tak menyesal :)


Saturday, January 11, 2014

Belajar Melukis

 
Di hotel Abg berusaha mengajar Iman melukis. Cantik! Follow daripada youtube... hihi


Wednesday, January 8, 2014

Beli Coklat Sambil Menderma Untuk Gaza

Aku kurang sihat. Ke Klinik Syifa. Sempat minta Abg belikan coklat ni di sana. Harganya RM3.50 sekeping.
 
Rasanya sedap. Ada satu lagi perasa strawberi dan cornflakes. Tak sempat diambil gambar sebab sudah masuk ke dalam mulut.
 
Marilah kita sama-sama membeli coklat ini sambil menderma untuk Gaza.
 

 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...