Pages

Wednesday, April 15, 2009

Kreatif

Aku tahu ramai dah tengok gambar ni....tapi aku nak letak jugak...kreatif la dorang ni hehe.

Ngusik lagi

Tengahari tu aku ke kedai pakcik yang nak beli timbang kat Tesco tu lagi, nak tapau makan tengahari. Malas makan di situ.

"Pakcik, bungkus satu, " kataku pada pakcik timbang yang menceduk nasi.

"OO dia nak pakcik bungkus satu...emmh emmmh...pakcik bungkus," kata pakcik timbang dengan muka serius.

Kali ni aku gelak jer. Bisik kawanku sambil tergelak, pakcik timbang ni suka kat Bearcat rupanya. Dengan muka yang serius pakcik timbang buat lawak dengan aku. Aku terkenangkan arwah ayah...

Saturday, April 11, 2009

Besar woo!




Wuu sedapnya!
Sotong hasil abg mie dan kengkawan mencandat sotong di laut dalam di Terengganu.
Wuuu. Mak yang mulanya tak percaya citer Kak Ina, akhirnya terpaku tengok sotong tu.
Dapatlah sotong tu tujuh ekor. Huuu manisnya.

Friday, April 10, 2009

Assalamualaikum!

Tadi, abg balik dari kerja. Aku buka pintu tapi aku tahan abg tak benarkan abg masuk.

 "Bagi salam dulu."

 "Abg dah bagi salam, Bearcat yang tak dengar."

 "Takleh masuk! Bagi salam dulu," kataku sambil tekan pintu tak nak bagi abg masuk.

 "Oit! Abg dah bagi salam laa....!," suara abg dah mula meninggi.

Aku terpaksa buka pintu dengan sedih. Petang tadi di tempat kerja aku dengar tazkirah. Menurut hadis, Rasulullah takkan masuk ke dalam rumah selagi salamnya tak dijawab oleh isteri Baginda. Emm...tak dapatlah aku nak praktikkan apa yang aku dengar.

Tak Bisa Memiliki

Apakah yang engkau cari, Tak kau temukan di hatiku. Apakah yang engkau inginkan. Tak dapat lagi ku penuhi. Begitulah aku, Pahamilah aku. Mungkin aku tidaklah sempurna. Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku. Mungkin aku tak bisa memiliki, Dirimu seumur hidupku...

Thursday, April 9, 2009

Panas ke Keras??

Balik kerja aku sibuk bercerita pada abg. Kisah aku, Z dan N yang terjumpa satu kucing tidur di tengah jalan di atas bukit. Kucing tu kelihatan daif sangat.

Aku berhentikan kereta dan mahu ambil kucing itu tapi Z dan N jerit-jerit dalam kereta suruh aku teruskan perjalanan.

 Aik! Si Z pun takut....cett... nama saja lelaki. Mungkinlah....sekeliling hutan; bila kami berpatah balik pun kucing tu masih statik di tempat yang sama.

Aku bercerita penuh semangat pada abg yang matanya tertancap pada Buletin Utama; kisah pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

"Betui ler tu....jangan ambik kucing tu....tu kawasan panas tu," abg bersuara. "Kawasan panas ka kawasan keras bang??" "Err...kawasan keras...hehe silap pulak." Menyampahnya. Uh!

Wednesday, April 8, 2009

Timbang Kati

Aku dan 3 orang kawan makan tengahari di Hammer Bay. First time aku ikut kawan makan di situ. Orang agak ramai.

Pakcik yang tolong sendukkan nasi tu baya-baya arwah ayah aku. Disenduknya nasi memang banyak.

Maka aku dan kawan-kawan pun bersuara "Pakcik, kami nak nasi separuh saja."

"Ha....takpa....esok pakcik pi beli timbang kat Tesco hangpa habaq brapa gram hangpa mau nasi pakcik nak ceduk."

Nasib baik pakcik jual nasi. Kalau pakcik jual traktor dah lama kami pakat-pakat langgar kedai pakcik. Semua pelanggan kedai makan dengar suara pakcik yang kuat tu. Kami nak kemukakan saman malu.....malu.....Kami tau pakcik eksyen sebab lauk-pauk pakcik sedap. Cisss!

Saturday, April 4, 2009

Berita Baik untuk Kinah


Cik Kinah, berita baik untuk anda!
Teh masih hidup! Teh masih hidup!
Buktinya....dia muncul kembali di kedai itu.
Baru abis pantang kot.....
(sila bezakan Teh yang mana satu ya....jangan silap no hahaha)

Serupa


Tiga hari aku di KL menghadiri mesyuarat. Sepanjang mesyuarat berjalan aku tersenyum-senyum sendiri. Apa tidaknya, wajah arkitek dari syarikat pembinaan sebijik macam Izat. Dengan rambut yang ala-ala orang tak gunting rambut, senyuman dan aturan gigi yang sama, karakter dan cara bercakap yang serupa. Cara berpakaian pun sama juga.

Emm ada juga manusia yang serupa dengan adik aku.
Doa aku adik aku ni akan berjaya seperti arkitek tu juga. Berjaya di dunia dan akhirat. Walaupun aku cukup rimas tengok rambut 'sergun' macam membebankan kepala otak dia tu hehe.

Lebah

Dari pada pemerhatian, aku dapati gerombolan lebah yang masuk ke rumah aku punyai waktu kemasukan yang sama. Selesai azan Subuh, elok-elok orang masjid abis solat, lebah pun mulai masuk rumah aku dengan bunyinya...ngeng ngeng ngeng ngeng.

Aku dah mula lali dengan lebah-lebah ini. Cuma...pandai tengok jam pulak lebah ni. Jadi aku akan bersiap cepat-cepat sebelum lebah masuk.

Sarang lebah? Entah, tak ada pun. Tapi abg kata lebah tu banyak di pokok rambutan depan rumah yang sedang berbunga dengan banyaknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...