Pages

Wednesday, June 24, 2009

Bun Orang Miskin

Aku paling suka bun orang miskin. Intinya kaya yang sedap.

Masa zaman sekolah, bermula dari sekolah rendah, aku tergolong dalam pelajar yang menerima skim bantuan makanan untuk pelajar miskin. Di kalangan teman-teman rapat aku hanya aku sorang jer yang terima bantuan ni. Yang lain penerimanya kawan-kawan aku yang miskin dan kurang menyerlah dalam pelajaran.

Masa rehat, aku akan ke bahagian belakang pejabat kerana di situ akan diagihkan bun-bun untuk para pelajar yang terpilih. Paling seronok kalau ada pelajar yang tak hadir sebab bun lebih akan diagih-agihkan.

Kiranya masa tu jimat juga duit belanja yang mak dan ayah beri pada aku (tak banyak pun...rm0.30 jer untuk belanja sekolah setiap hari).

Ada juga hari lain kami dapat makanan percuma di kantin; makanan yang dijual di kantin. Laksa, nasi lemak, mee goreng dan bihun sup. Seingat aku itu saja jenis makanan yang dijual di kantin.

Aku makan percuma setiap hari. Tapi kadang-kadang sepinggan laksa memang tak cukup untuk aku. Aku tambah sepuluh sen lagi untuk dapat lagi sepinggan laksa. A'a dasar anak orang susah yang makan banyak :)

Sebenarnya aku memang sentiasa lapar kerana di sebelah petangnya aku aktif sukan. Mana cukup sepinggan laksa percuma.

Tapi sampai sekarang aku belum bertemu dengan Bun Orang Miskin yang sedap macam aku makan dulu-dulu. Mungkin juga sekarang aku dah terlebih makan sampaikan semua makanan tidak ada lagi keistimewaannya...

APA-APA PUN.....TERIMA KASIH ATAS BANTUAN YANG TAK SEBESAR MANA TAPI CUKUP BERERTI BUAT ORANG SEPERTI AKU.

Thursday, June 11, 2009

Selamat Pengantin Baru Pak Njang

Selamat untuk Pak Njang dan Mak Njang baru. Aku tak dapat hadir kerana masih bertapa.

Tapi aku bersyukur juga kerana tidak dapat hadir. Kerana mungkin majlis akan jadi sedikit huru-hara kerana aku tak dapat menahan air mata.

Masa mak beritahu aku yang Pak Njang dah jumpa calon baru, aku menangis-nangis.

Tadi sembang-sembang dengan Adik An, aku menitiskan air mata lagi. Bukan aku tak dapat menerima Mak Njang baru, tapi aku tak boleh hilangkan wajah arwah Mak Njang dari ruang mata aku. (ya...aku menangis semasa menulis entri ini).

Semoga roh arwah Mak Njang bahagia di sana. Pak Njang, semoga terubat kesedihan di hati. Walaupun kenyataannya arwah Mak Njang tak akan ada yang dapat menandinginya.

Monday, June 8, 2009

Keroppi


Petang itu kami ke rumah mak. Sebelum aku bertapa aku perlu jumpa mak.
Di Seberang Jaya kami berselisih dengan kereta Kancil yang penuh dengan Keroppi.

Kata abg "Bearcat, tu.....keroppi banyak tu....Insan Marhaen kot."

Aku hanya gelak-gelak sambil membalas "merepek kerepek ler lu."

Tiba di mini market di Penanti, selesai membeli.

Kata abg lagi "Tu...Insan Marhaen."
"A'a....betui la."

Tak sempat tengok pulak sama ada IM benar-benar berubah.
Lain kali kita teropong lagi hehe....jangan marah.
Dalam pertapaan. Muka aku masuk dalam suratkhabar. Hahaha. Macam bagus saja. Hakikatnya.....rasa tak nak bertapa lagi. Penatla weh!

Thursday, June 4, 2009

Ayah, aku bingung.

Dah genap 6 bulan pemergian ayah. Betapa pantasnya masa berlalu.

Aku masih gagal memulihkan kecederaan hati akibat pemergian ayah. Simptom-simptomnya masih dapat dilihat; aku boleh tertawa dan dalam masa yang sama air mata mengalir.

Serasa seolah-olah aku kini hidupnya jasad yang penuh jiwaku sudah tinggal separuh. Ya, setiap malam aku akan menangis. Menangis sendirian kerana terlalu rindukan ayah.

Ayah teman aku di kala gembira dan sedih. Teman aku ketawa dan menangis. Hanya ayah yang memahami aku sejak kecil. Ayah tahu kebolehan ku di alam nyata dan sebaliknya. Dan ayah terlalu banyak menyimpan rahsia.

Aku jadi bingung bila aku perlu teruskan hidup tanpa ayah. Kerjaku tunggang-langgang, kehidupan seharianku sudah tak terurus.

Semasa ayah masih ada, setiap berita gembira, setiap berita sedih pasti aku akan cepat-cepat menceritakannya pada ayah. Tiap kali aku rasa 'down', ayah jugalah insan yang dapat memulihkan semula semangat dalam diri ini.

Abg, aku mohon maaf. Abg terlalu baik. Aku harap abg faham. Terima kasih kerana sedaya upaya cuba merawat hati ku yang cedera sejak pemergian ayah.

Aku juga cuba untuk pulih seperti sedia kala....tapi entah bila. Ayah, aku bingung...

Wednesday, June 3, 2009

Selamat bertapa. Semoga dapat ilmu berguna. Selamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat!

Monday, June 1, 2009

Lesen Memandu

Sembang-sembang dengan Kinah yang sedang belajar memandu. Tergelak aku dengar sesi pembelajaran Kinah dengan Pak Burn. Padan muka Pak Burn kot....hehe.

Terkenang aku masa umur 20 tahun, bila mak dan ayah paksa aku ambil lesen kereta. Liatnya aku Tuhan saja yang tahu. Aku rasakan dengan lesen motor dah cukup untuk aku ke sana ke sini.

Dengan berat hati aku pun belajar acuh tak acuh (tapi dalam hati nak juga lulus sebab aku fed-up belajar benda yang aku tak suka berulang kali).

Tiba hari ujian di JPJ Bukit Tengah aku dah macam panik. Dahla seorang diri terkulat-kulat. Dengan pakai t-shirt merah menyala. Muka aku yang 'nerd' dah jadi putih macam cat ICI.

Aku tengok ramai yang pergi ujian berkumpulan, dengan geng. Geng aku cumalah cikgu sekolah memandu aku. Ujian memandu di bukit. Aku dipanggil.

Dengan penuh keyakinan aku masuk ke dalam kereta Iswara putih. (Hangpa untungla belajar memandu dengan kancil). Aku hidupkan enjin dan tekan minyak.

Alamak! Apahal la JPJ kasi kereta rosak pulak untuk aku. Potong stim betul ler.

Lantas aku buka pintu dan angkat tangan, "Encik JPJ, saya dapat kereta rosak, boleh saya tukar kereta lain?".

Encik JPJ pakai 'cap' datang jenguk dalam kereta aku. "Hang tak turun hand-break, hang kata kereta rosak! Jalan!"

Sepantas kilat aku pecut naik bukit. Malunya huhuhu. Sebelum aku memecut kereta naik bukit, aku dengar orang lain yang sedang menunggu giliran gila punya gelak pada aku. Alhamdulillah, sekali ambik ujian aku dah lulus. Good luck to u Kinah hehe.

Saturday, May 30, 2009

Jalan-Jalan Eratkan Ukhuwwah

Muka tak mandi pagi....baru sampai hehe. Pak Njang....hanya dia yang tahu apa yang difikirkan....lama baru masuk ke dalam rumah Mak Ndak.
Mawan tak leh lepas bantal....sayang nak tinggal tido ler tu hehe.
Kinah dan Nirah teruja lepas buat bising dalam surau hahaha.
Pagi-pagi buta mana ada kedai makan buka....semua dah muka lapar.

Thursday, May 21, 2009

Sunday, May 10, 2009

Durian

Semalam aku beli durian di Balik Pulau. Dua biji jer. Harga oklah, murah daripada Cap Tupai. Sayangnya rasa durian tu macam durian kawin. Jadi pagi ni aku buat cucur durian.

Minggu lepas abg beli durian Cap Tupai. Sebiji rm12. Akulah yang teringin sangat nak makan. Emm memang sedap.

Aku cuma tunggu musim durian di Perak. Masa tu boleh borong durian yang sedap dengan harga yang murah.

Di tepi jalan Changkat Jering, ada pakcik yang menjual durian pokok sendiri. Angkutlah 2 guni, tak rugi.

Kolesterol meningkat, pandai-pandailah sendiri hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...