Pages

Tuesday, August 4, 2009

Gambar-gambar Tertangguh : Lata Tembakah

5. Akhirnya....masalah dapat diselesaikan. Si pemilik kereta tolol mendapat "memo perkenalan" dari geng mafia Penang.....hahaha padan muka. Sapa suruh bangang sangat.

4. Pemilik kereta yang tolol tu bernasib baik dia tak ada time tu....tapi tak mustahil si pemilik kereta sedang terketar-ketar melihat apa yang berlaku di sebalik pohon senduduk...

3. Si usus pun dah naik hangin dan cuba tunjuk mafia gak....


2. Mafia-mafia mula berkumpul untuk menyelesaikan masalah orang yang tak pernah fikirkan orang lain....gerun ooo....semua besaq-besaq!

1. Kejadian menguji kesabaran....akibat kebangangan sebuah kereta mem'block' kereta salah sorang kerabat kami.

Alien???
Yang tak dapat mandi, menyimpan segumpal keinginan yang membara :)






Syiok....spa ikan-ikan makan kulit kaki.






Tingkat 2 saja yang kesampaian.






Titi gantung ke Air Terjun Lata Tembakah.






Monday, August 3, 2009

Gambar-gambar Tertangguh : Taman Tamadun Islam...Panas Lit lit!


Pengawal masjid.

Tukar posisi.


Gergasi.

Pengantin baru gagah berlari, say no to train! Hehe.

Posing tengah panas, senyum maintain.



Ni fesyen apa berposing aku pun tak paham.

Golongan OKU semua naik train....aku tak termasuk tau hehe.

Konon2 kat China tapi dok Terengganu....layan jer :-)
Tok.

Vampire mengamuk lapar kopok lekor.
Konon seksi ler tu...macam Puffer Fish jer rupa haha.
(yg tudung itam tu)
Sekupu-sekupu yang makan beras Gred A++

Gambar-gambar tertangguh : Perlawanan Badminton yang SENGET!

Gaya macam pro....tapi...
Ni nak main badminton ka nak gelak?

Ni lagi best...yoyoooo...sekali ada yg cramp hahaha.


Yg tengah tu langsung tak dak group...tapi dapat hadiah..aik?


Aksi mencairkan lemak-lemak tepu di badan.




Aku dan Kuarantin

Tak ada kena-mengena dengan H1N1 pun tapi lagaknya aku dikuarantin lebih teruk daripada itu. Sekejap-sekejap tidur kat wad. Bosannya hidup aku Tuhan saja yang tahu. Tapi mahu tak mahu redha sajalah. Bila ada tenaga lebih baru boleh jengah internet. Itupun mulalah rasa dunia tunggang-terbalik.

Rasanya aku lebih tenang di wad. Aku banyak habiskan masa di atas katil. Tidur dan selebihnya memerhatikan gelagat doktor, jururawat, pesakit, pelawat, pak guard dan makcik cleaner. Kalau jiran katil sebelah terlebih peramah, lebih banyaklah aktiviti aku memejamkan mata. Bukan apa, aku memang malas bercakap banyak-banyak. Aku perlukan tenaga. Jika jiran katil sebelah pun macam aku, maka tercetuslah perbualan. Yang patut-patut saja. Selebihnya aku banyak tersenyum.

Mahu membaca mata rasa kabur. Mungkin kesan ubat yang diberi aku lebih selesa baring lalu terlena. Cuma bila doktor datang membawa jarum dan butterfly catheter aku mula telan air liur. Entah bahagian mana lagi mahu dicucuknya. Nasib badanlah bila urat-urat darah semulajadi halus. Masuk saja drip, sehari, block. Terpaksa cari laluan lain lagi.

Berlubang-lubang sudah tangan ini. Dah tak lawa....kesian abg pegang tangan aku yang dah tak lawa (sebenarnya tangan sebelah kiri sedia tak lawa sebab ada alien yang hinggap). Bilalah kuarantin ini akan berakhir? Aku rasa bosan...tersangat bosan. Mengenangkan kerja aku yang tertangguh sekian lama, aku mulai bimbang. Apa-apa pun aku berserah pada Allah. Jika masih ada rezeki ku di situ, aku akan terus bekerja seperti biasa bila aku sudah sihat nanti. Jika sebaliknya, aku tetap redha.

Saturday, July 25, 2009

Baca ja lah no...

Disebabkan "keuzuran" aku nak menaip lama-lama tak boleh, aku copy paste ja e-mail lucu yang abg send kat aku....hehe....baca ja lah no...

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan.
Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu.
Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan.
Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan.
Sedang mencari-cari... tiba-tiba dia terjumpa cermin.
Dia pun bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahuan isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya.
Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu...
Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
Bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. dia ternampak cermin suaminya.
Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..
Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..

Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Wednesday, July 1, 2009

Sambal Kicap

Apa hal ntah, makan apa pun nak sambal kicap.

Tabiat ni bermula masa tahun 1996 bila aku menyewa rumah dengan budak Jawa dari Johor, Klang dan Pahang.

Mula dengan goreng pisang cicah sambal kicap.....wuhuhu aku dah rasa ketagih.
Maka terbawak-bawaklah sampai ke hari ni bihun goreng, cucur udang dan apa saja semua nak bantai makan dengan sambal kicap.

La ni berjangkit pulak tabiat ni pada abg.

Oh sambal kicap.

Tuesday, June 30, 2009

Respect?

Tak mungkin aku akan respek pada orang yang pandai bercakap sahaja tapi praktikalnya hancooor. Ilmu tinggi, akhlak sesama insan 'out'....maknanya ilmu yang ada itu tak berkat. Respek? Malam sikitlah no...

Sunday, June 28, 2009

Cotton Candy yang tak manis.

Cotton candy atau orang kampung aku panggil Gula Rambut. Setakat ni warna pink saja yang aku pernah tengok, warna-warna lain tak pernah tengok lagi.

Mone, ahli keluarga baru kami suka makan rambut aku masa aku tido. Aku andaikan dia menganggap rambut aku adalah Gula Rambut.

Habis dikunyah, dijilatnya "Gula Rambut" setiap kali aku tido malam. Sakit ati aku sebab bangun pagi aku kena syampu rambut bekas air liur Mone.

Mustahil rambut aku manis.... Mungkin ada rasa ikan goreng kot bekas tangan tak cuci bersih lepas makan nasi dan tangan mengusap-ngusap kepala. Ceh! Mone = anak kucing gedik yang berkuasa bateri Energizer. Apa saja bergerak habis dilanyaknya. Huh!

Saturday, June 27, 2009

Bukan Tapa Rumah Kedai

Nak sangat bertapa...haa amek... Sampai tumbuh janggut kebosanan bergolek-golek ke kiri dan ke kanan. Baru dapat kuasai ilmu menyuruh orang menurut pesanan aku tanpa bantahan (hehe jangan marah).

Thursday, June 25, 2009

Pesan nenek moyang (yang semestinya bukan nenek aku...)

Kalau kamu marah, keluarkanlah amarahmu sepuas-puasnya agar tidak menyakitkan mindamu.... Kalau kamu sedih, keluarkanlah air matamu jika itu dapat melegakan kesedihanmu.... Kalau kamu benci, keluarkanlah kebencianmu agar tiada lagi rasa kebencian itu.... Kalau kamu gembira, keluarkanlah kegembiraanmu dan ketawalah sepuas-puas hatimu.... TAPI INGAT........................!!!!!!!!!! Kalau kamu malu....JANGAN SEKALI-KALI MENGELUARKAN KEMALUANMU...!! KELAK BINASA DIRI!!! Nenek moyang sapalah punya pesanan ni...ish ish.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...