Monday, March 1, 2010
Cukup-cukuplah
Tak cukup dengan Halimah Jongang, depa buat pulak cerita Fatimah Juling. Teruk betul mentaliti orang yang buat drama-drama nih.
Rezeki Ada di Mana-mana
Ada yang simpati pada aku. Depa luahkan pada mak. Kenapa aku berhenti kerja tetap yang dah menjamin masa depan aku dulu? Depa kata gaji dah banyak. Kalau tidak, taklah aku dok nganga macam sekarang.
Aku senyum ja. Gaji kerja baru aku pun sama jugak dengan kerja lama. Aku mohon position tetap bukannya kontrak. Aku waras lagi time mohon tu.
Tapi kita sebagai manusia bukan boleh tahu apa yang akan terjadi masa mendatang. Aku tak menyesal letak jawatan kerja lama. Aku memang dah tak suka kerja tu tahap dewa langit dah. Kalau bertahan 5 tahun lagi mungkin aku dah jadi Pakcik Din Beramboi yang pakai selipar kat leher. Lagipun bukan membabi buta aku lepas jawatan tanpa ada ganti kerja. Cuma ini semua ujian daripada Allah. Kena redhalah.
Anda-anda semua yang sihat dan berkerjaya bagus pun tahukah apa nak jadi esok harinya? Sekali accident, hilang kaki, tak boleh berjalan....maka terjadi jugak perkara yang sama dengan aku.
Rezeki Allah dah tetapkan. Adalah muslihat di sebalik yang berlaku. Kita tunggu dan lihat.
Alhamdulillah aku dah boleh berjalan tempang-tempang. Selalu aku perasan aku macam House (MD). Cuma nak naikkan semangat sendiri.
Tunggu 2 bulan lagi, aku akan berlari sambil diperhatikan monyet-monyet di Botanical Garden dengan jelesnya. Aku akan berlari sambil makan aiskrim dan tayang pada monyet-monyet tu.
Amaran : Makan sambil berlari adalah tidak sopan. Menayang dan mengejek haiwan juga adalah perkara tidak baik (aku just nak balas dendam pada monyet yang sambar aiskrim aku time aku boleh jalan dulu ja).

Sunday, February 28, 2010
Cinta-mencintai
Cinta itu bukan macam barang-barang yang dijual di kedai. Kalau rosak atau hilang, boleh terus pergi kedai dan beli barang yang sama. Akulah itu, sering beli 2 benda yang sama. Satu buat spare bila satu lagi hilang atau rosak.
Biasanya kasut. Mak selalu tanya "Hang tak dak kasut jenis lain ka? Keja pakai kasut sama saja." Ataupun "Awat baju hang mak tengok serupa saja?" Mana tak serupa, dah aku sekali beli 2 yang sama.
Sebenarnya itu kasut dan baju baru aku. Cuma bentuk dan jenis yang sama. Bila aku dah sedap dengan satu benda, jarang aku nak tukar dah. Kecuali barang tu dah tak dijual di kedai. Itupun aku seboleh-bolehnya pi cari benda yang seakan-akan serupa.
Tapi dengan cinta kita tak boleh buat macam tu. Semua orang tak boleh kecuali orang yang banyak compartment dalam hati depa. Sebab mana mungkin manusia ini sama. Walaupun kadang-kadang hidung sama penyek, mata sama pesek; hati dan perangai jarang yang serupa.
Kita tak boleh beli cinta di kedai. Ataupun masa dapat cinta itu kita terus pesan 2 cinta sekaligus. Lainla cinta kita tu ada kembar. Itu pun haram kita simpan cinta dua beradik dalam satu masa.
Takutkan bila kita kehilangan cinta itu....menderita kita mahu cari cinta yang sama.
(Aku cerita cinta manusia, bukan cinta pada Ilahi...wokey :-))

Saturday, February 27, 2010
Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir
Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.
Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur dengan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur dengan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin
Friday, February 26, 2010
Siong
Tengok tak cerita ni?
Aku tak tengok.
Cuma tengok sedutannya di tv.
Darah aku tersirap.
Bulu roma meremang.
Gambit Saifullah yang melakonkan watak hantu bermuka putih tepung, bersiung dan menghisap darah.
Nak tahu tak?
4 tahun lepas masa aku terganggu, makhluk yang wajahnya serupa inilah yang sering hadir di sisiku.
Memujuk aku untuk bertemankan dia.
Menghulurkan tangan untuk aku di bawa ke alamnya.
Serius, aku tak menipu.
Aku pernah ceritakannya pada abg.
Sampai aku jadi gentar bila bersendirian di rumah.
Dia pasti akan datang memujuk.
Aku tak pernah bermimpi kerana dia hadir dalam sedar, waktu siang dan malam.
Beza cuma matanya merah.
Siapa penulis cerita Siong tu?
Aku nak sangat tahu.
Mungkin watak tersebut terhasil daripada pengalaman sebenar penulis.
Misteri.
(aku cuba google muka hantu tu tapi tak dapat).

Thursday, February 25, 2010
Kakiku Gagah Berlari
Lama sungguh aku bercuti dari menulis. Bercuti dari menulis di blog saja. Dalam diari aku tetap teruskan menulis.
Heh! Aku dah hilang kerja. Amazing. Sekelip mata aku dapat kerja, sekelip mata aku hilang kerja sebab kaki aku yang tiba-tiba mogok untuk berjalan dengan lurus apatah lagi berlari.
Tak pernah aku bayangkan akan jadi macam ni. Dulu, kaki ni lah yang kuat menendang. Pantang ada pertandingan sukan, kaki ini jugalah gagah berlari. Merentas desa tu kacang jer buat aku.
Sekarang kaki sudah mogok. Mungkin kaki ni dah penat. Dia pun mahu rehat.
Rehatlah dulu kaki. Nanti-nanti kita lari lagi (masalahnya kau buat jiwaku kacau kaki...)

Wednesday, January 6, 2010
Ahli keluarga sendiri pun tak boleh dipercayai
Terharu, ngeri dan rasa takut bila baca berita hari ini. 4 sekeluarga dibunuh kejam oleh ahli keluarga sendiri.
Terlalu ramai manusia yang gila dan bersikap kebinatangan zaman ini. Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terlibat.
Klik sini untuk berita selanjutnya.

Tuesday, January 5, 2010
Wad Itu
Minggu lepas aku masuk wad lagi. Mulanya aku di tempatkan di bilik berdua. Tapi aku cepat-cepat menolak. Menyusahkan aku kerana tandasnya jauh di luar. Sudahlah aku terpaksa mengharapkan bantuan wheel chair dan orang lain untuk ke situ. Lagipun bilik tersebut jauh dari pandangan nurse. Kalau apa-apa hal jenuhlah nak tunggu nurse datang. Loceng panggil nurse? Hehe tekanlah....kalau nasib baik nurse di kaunter, cepatlah dia datang. Kalau tak...terkencinglah aku di atas katil.
Jadi aku ke bilik berlima. Selesa, nyaman, betul-betul di depan kaunter nurse. Tapi nyamuk punyalah banyak. Ngeng, ngeng, ngeng. Pap, pap, pap. Nasiblah orang sebelah. Aku ni jenis kasar, tampar nyamuk pun bunyi macam aku pukul kompang. Kadang-kadang nyamuk lepas, lengan aku yang pedih merah macam nak tercabut kena tamparan sendiri. Satu malam aku dapat bunuh tujuh ekor nyamuk. Walla! Silap haribulan tambah satu penyakit lagi aku dapat, penyakit bawaan nyamuk....minta dijauhkan.
Sebelum ni aku dah pernah masuk ke wad ni tapi duduk di katil yang lain. Pesakit di katil sebelah aku ada menceritakankan pada malam pertama dia masuk wad, sedang dia terlelap dia dikejutkan dengan suara menjerit di telinganya. Bingkas dia bangun tetapi tak ada sesiapa pun.
Malam itu aku sedang memerhatikan nurse di kaunter. Aku bosan, jadi aku layan mata melihat kerenah nurse dan doktor yang lalu-lalang. Tiba-tiba di sebelah kanan ku laju melintas sekujur tubuh hitam. Aku pusingkan leher dan baru perasan mana ada ruang untuk manusia masuk, di situ ada curtain (kain tutup tu...aku tak tahu orang panggil apa). Rupa sekujur tubuh itu seakan Tuxedo Mask dalam cerita Sailor Moon.
Emm patutlah....sebentar kemudian baby di katil itu (katil itulah) menangis tak henti-henti sampai kesian pulak aku dengar. Ibu dan ayah baby baru tu macam panik jer bila baby mereka menangis tak nak henti.
Aku pulak sambung tido lagi baik. Dahla badan bintik-bintik merah kena gigit nyamuk.

Mekanik
Wheel chair telah mengalami kerosakan. Usia wheel chair tu pun dah lama; masa arwah Tok Wan masih ada. Tok Wan meninggal bulan Mei 2005. Kalau tak salah aku Pak Ngah Danial yang belikan wheel chair ni. Kemudian Tok pula guna masa Tok sakit hari tu. Tak sangka manusia ketiga yang menggunakan wheel chair itu adalah aku; si cucu.
Aku pening-pening sebab bila Abg pergi kedai dan tanya untuk sewa wheel chair, rupanya tak ada. Nasib baik Abg kepalanya memang kreatif. Abg cuma cari spare-part wheel chair.
Maka 3 lelaki ini telah sedaya-upaya membaiki wheel chair Tok sampai ok. Yey! Bolehla aku sorong laju-laju lagi. Kalau tidak asyik tak jalan dan macam nak patah.
Terima kasih 3 lelaki. Berpeluh-peluh gak tu...sampai terpelanting semua baju hehe.
Monday, January 4, 2010
Mulut atau Hati?
Orang selalu kata si polan tu mulut memang jahat tapi hatinya baik.
Tapi aku tak dapat terima.
Adakah ini bermaksud di suatu waktu si polan itu akan mengumpat dan memaki hamun dan dalam masa yang sama membantu orang yang dicercanya?
Apa yang aku faham, apa yang terpendam dalam hati itulah yang akan terzahir pada perbuatan dan terucap pada mulut.
Kalau hati bersih, kata-kata yang keluar dari mulut selalunya perkataan yang baik-baik sahaja; begitu juga sebaliknya.
Jika begitu, agaknya Allah akan menilai yang mana satu, mulut atau hati?

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)